Teladan #1 : Pembuka Constantinople
Kenapa Constantinople begitu istimewa? Constantinople atau kini dikenali sebagai Istanbul adalah merupakan salah sebuah bandar yang istimewa dan sangat bersejarah di dunia. Ianya telah diasakan oleh Maharaja Rom yang bergelar Emperor Constantine pada tahun 330M. Constantinople begitu strategik dari sudut ketenteraan, perniagaan, perhubungan dan politik pemerintahan antarabangsa sehinggakan Napoleon Bonaparte (Panglima dan Pemimpin Perancis 1769-1821) mengatakan bahawa kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Constantinople adalah Bandar yang paling layak menjadi ibu kotanya - “If the Earth were a single state, Constantinople would be its capital.” Di dalam sejarah Islam, keistimewaan Constantinople telah pun diumumkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri ketika baginda menggali Parit Khandaq “Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Bagaimana sikap...