Posts

Showing posts from 2015

Musytaq

Rindu ini, tidak bisa diungkap dengan kata-kata, tidak bisa diluahkan kepada manusia. Kerana mereka tidak akan faham, apa makna rindu, apa makna sayang, dan apa makna ukhuwah yang tulen. Kakak, Ingat dulu, saat kita sering bergurau senda bersama? Ingat dulu, saat kau sering mengingatkan aku kepada Pencipta? Ingat dulu, saat kau tidak pernah jemu melayan diri ini? Aku rindu saat itu, Saat kemanisan ukhuwah mula berputik, Saat kau akui kasih sayang kau atas nama Lillah, Dan saat kita jatuh bangun bersama. Kau dengan mulut manis seperti madu, Dan aku pula dengan lawak yang sentiasa membuat kau ketawa. Kita berdua, Berkongsi cerita, Berkongsi suka dan duka, Lalu saling menguatkan. Nama kau, tetap terpahat di dalam hati. Kerana kau, istimewa, terlalu istimewa. Dimana kau berada, kakak? Kemari, aku ingin katakan sesuatu, "Aku rindu ukhuwah kita yang dahulu." Hanya itu. Ya, itu saha...

Teladan #1 : Pembuka Constantinople

Image
Kenapa Constantinople begitu istimewa? Constantinople atau kini dikenali sebagai Istanbul adalah merupakan salah  sebuah bandar yang istimewa dan sangat bersejarah di dunia. Ianya telah diasakan oleh Maharaja Rom yang bergelar Emperor Constantine pada tahun 330M. Constantinople begitu  strategik dari sudut ketenteraan, perniagaan, perhubungan dan politik pemerintahan antarabangsa sehinggakan Napoleon Bonaparte (Panglima dan Pemimpin Perancis 1769-1821) mengatakan bahawa kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Constantinople adalah Bandar yang paling layak menjadi ibu kotanya -  “If the Earth were a single state, Constantinople would be its capital.” Di dalam sejarah Islam, keistimewaan Constantinople telah pun diumumkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri ketika baginda menggali Parit Khandaq “Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Bagaimana sikap...

CERPEN: HEY, NINJA

Image
     "Termenung apa?" satu suara menegur lembut. Pemilik suara itu mengambil tempat duduk di sebelahku. Aku menoleh memandang Mak Jah disebelah. Sebuah senyuman aku hadiahkan kepadanya. "Hmm. Tak ada apa.." jawabku lalu kembali memandang skrin televisyen yang menayangkan kartun Ninja Turtle. Okay memang nampak tak matang remaja berumur 19 tahun macam aku ni tengok cerita kartun. Biarlah, asalkan aku bahagia. Kahkah. "Syie tak keluar hari ini?" tanya Mak Jah lagi. Aku menggeleng perlahan.     "Imani mana?" tanya Mak Jah lagi.     "Hmm. Dia sibuk kut. Tak call Syie, pun." jawabku sambil mencapai alat kawalan jauh. Skrin televisyen bertukar gelap. Bosannya!      Ting tong!      Loceng rumah yang berbunyi mengejutkan aku. Mak Jah sudah berlari-lari anak keluar rumah untuk melihat siapa yang datang.      "Syie, Imani datang!" laung Mak Jah dari luar. Aku terus mengatur langkah keluar rumah. ...