CERPEN: HEY, NINJA
"Termenung apa?" satu suara menegur lembut. Pemilik suara itu mengambil tempat duduk di sebelahku. Aku menoleh memandang Mak Jah disebelah. Sebuah senyuman aku hadiahkan kepadanya. "Hmm. Tak ada apa.." jawabku lalu kembali memandang skrin televisyen yang menayangkan kartun Ninja Turtle.
Okay memang nampak tak matang remaja berumur 19 tahun macam aku ni tengok cerita kartun. Biarlah, asalkan aku bahagia. Kahkah. "Syie tak keluar hari ini?" tanya Mak Jah lagi.
Aku menggeleng perlahan.
"Imani mana?" tanya Mak Jah lagi.
"Hmm. Dia sibuk kut. Tak call Syie, pun." jawabku sambil mencapai alat kawalan jauh. Skrin televisyen bertukar gelap. Bosannya!
Ting tong!
Loceng rumah yang berbunyi mengejutkan aku. Mak Jah sudah berlari-lari anak keluar rumah untuk melihat siapa yang datang.
"Syie, Imani datang!" laung Mak Jah dari luar.
Aku terus mengatur langkah keluar rumah.
"Eh. Buat apa kat sini?" tanya aku hairan.
"Assalamualaikum." ucap Imani sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
"Waalaikumussalam." jawabku sambil tersengih.
"Aku nak ajak kau keluar. Jom?" ujar Imani menyatakan niat kedatangannya kesini.
Aku memandang Imani atas bawah. Dia mengenakan jubah berwarna merah jambu dan tudung labuh hitam. Ini yang buat aku malu setiap kali kami keluar bersama. Iyalah, penampilan dia jauh berbeza dari aku. Sampaikan ada yang memandang serong terhadap Imani kerana berkawan dengan orang sepertiku.
"Hey. Nak pergi ke tak nak?" Imani bersuara lagi serta merta mematikan lamunanku.
"Err...Sekejap, aku pergi siap dulu!" aku terus berlari masuk ke dalam rumah untuk bersiap. Dalam hati, aku sudah berbunga riang. Kebosanan yang melanda tadi terus hilang.
Aku memilih sepasang seluar jeans berwarna biru lembut dan sepasang baju tshirt berwarna putih di dalam almari. Pashmina berwarna merah hati menjadi pilihan. Sedikit minyak wangi aku sembur di baju. Lipbalm dicalit di bibir.
Beg tangan berjenama LV aku capai. Tisu, bedak, minyak wangi, powerbank, losyen tangan, cermin mata hitam, beg duit, aku masukkan semuanya ke dalam beg tangan. Banyak kan? Biasalah tu, perempuan. Hahaha.
Kipas ditutup, bersedia untuk melangkah keluar dari bilik.
*****
"Shopping lagi?" tanya Imani tidak puas hati. Bukan tak mampu, tapi sudah bosan katanya.
"Habistu?"
"Makan nak?" cadang Imani.
"Siapa belanja?"
"Amboi, dengan aku pun nak berkira." Imani sudah bercekak pinggang.
Ketawa aku pecah. Lucu melihat muka tidak puas hati Imani.
Kami mengatur langkah ke sebuah restaurant mewah. Aku tak boleh kalau makan makanan murah, alergik tahu!
Lainlah Imani, asalkan makanan, makan sajalah.
"Nak makan apa?" tanya Imani sebaik kami melabuhkan punggung di kerusi.
"Syie, nak makan apa?" tanya Imani lagi.
"Syira Diyana!" Imani menepuk meja perlahan.
Aku terus tersedar dari lamunan. Pantas aku menoleh memandang Imani di depanku.
"Tengok apa sampai khusyuk sangat ni?" tanya Imani hairan. Aku tersengih.
"Tu haa.." aku menunding jari kearah sekumpulan niqabis yang sedang duduk selang tiga meja dari kami.
"Ada apa?" Imani menjongketkan sedikit keningnya. Dia turut memandang kearah sekumpulan niqabis itu.
"Cantik." tutur aku sepatah.
"Laa..ingat kan apa.." Imani mengeleng-geleng kepalanya perlahan.
"Nak tahu something tak?" tiba-tiba aku rasa ingin bercerita kepada Imani apa yang aku rasakan sejak kebelakangan ini.
"Sekejap. Sebelum tu, kita order makanan dulu ya. Kak!" Imani mengangkat tangan untuk memanggil pelayan yang tidak jauh dari kami.
Selepas pesanan diambil, pelayan perempuan itu beredar. Dari riak wajahnya, aku tahu dia pelik. Pelik lihat aku dan Imani yang macam langit dan bumi. Jauh beza.
"Kau nak cakap apa tadi?" tanya Imani. Dia merenung aku. Tumpuan diberikan seratus peratus kepadaku.
"Apa pendapat kau pasal aku?"
Imani diam sejenak. Nampak macam sedang fikirkan sesuatu.
"Kau cantik, baik, peramah, memahami. Tapi..."
"Tapi?" Imani diam.
Sekali lagi, aku mengalihkan pandangan kepada sekumpulan niqabis tadi. Tanpa sedar, bibirku menguntum senyum.
"Orang macam aku ni tak layak kan jadi baik?" tanyaku kepada Imani dengan senyuman sinis.
"Ishh. Kenapa cakap macam tu?"
"Aku suka tengok dia orang. Sejuk je mata memandang. Aku nak sangat jadi macam tu satu hari nanti."
"Syie.."
"Hmm?"
"Bukan satu hari nanti. Tapi mula dari sekarang. Kau yakin ke kau boleh hidup 'satu hari' nanti tu?"
"Tapi Im..."
"Dah, kita makan dulu. Aku nak happy-happy je hari ini. Jangan buat drama." Imani memotong apabila melihat seorang pelayan berjalan kearah kami.
*****
"Nak beli?" sergah Imani yang entah dari mana apabila melihat aku sedang membelek-belek jubah pelbagai warna di hadapanku.
Aku senyum nipis sambil menggeleng perlahan.
"Beli lah satu. Senang kalau ada kenduri ke apa..." Imani turut sama membelek jubah itu.
"Kenduri apa? Kenduri kahwin kau?" ketawa aku pecah. Saja nak mengusik si Imani ni.
"Ishh kau ni. Lambat lagi..." muka Imani sudah merah menahan malu.
Aku pantas mengambil dua pasang jubah berwarna hitam. Terdapat sedikit sahaja manik diatas jubah itu. Tak adalah menarik perhatian sangat kan?
"Nak beli?" tanya Imani Soalan yang sama untuk kali kedua.
"Haah. Esok kau kata ada ceramah Ustaz Idrus dekat Shah Alam kan? Aku nak ikut. Satu ni untuk kau. Kita pakai sedondon. Baru sweet. Haha.." aku berjalan kearah bahagian buku-buku pula. Imani ketawa kecil sambil mengekori aku dari belakang.
"Buku ni best tau. Nak beli tak?" tanya Imani sambil mencapai sebuah buku bertajuk 'Tarbiah Sentap'
Aku menelan air liur apabila membaca tajuk buku itu.
Sentap? Huh, aku dah lah tak boleh baca sentap-sentap ni. Sensitif sikit.
"Itu tanda hati kau tak mati!" tiba-tiba cik hati menyampuk. Alahai.
"Kau dah pernah baca?" aku memandang Imani yang sedang asyik melihat buku-buku lain.
Imani mengangguk. Pantas tangannya memasukkan buku itu ke dalam troli. Macam tahu-tahu saja aku teringin nak baca. Sentap pun sentap lah.
"Ada lagi nak beli?" tanya Imani. Kaki kami sudah melangkah kearah kaunter bayaran.
"Hmm. Tak ada kut." jawab aku mendatar. Dalam fikiran masih lagi berfikir apa lagi yang belum dibeli.
"Hah, wait here." arah Imani dan terus berlari meninggalkan aku yang terpinga-pinga.
*****
"Niqab ini, memang sunat. Tapi bukan boleh dipakai main-main. Ada orang, nak selfie je, pakai niqab. Lepastu post di instagram mengharapkan ada banyak puji-pujian dari followersnya terutama yang berserban dan berjanggut sejemput. Walhal sebenarnya di luar dia bukan berniqab pun.
Ya, memang niqab atau purdah ini hanya sehelai kain yang menutup muka wanita. Tapi tahu tak apa fungsi sebenar niqab ini? Untuk mengelak fitnah. Lagi-lagi di akhir zaman ini. Rasulullah SAW bersabda, fitnah terbesar dunia ialah wanita. Sebab apa? Sebab wanita itu perhiasan. Indah. Sangat indah. Kalau lah niqab itu tujuannya untuk saja-saja, pasti ramai wanita yang suka jiwa mereka sahaja pakai. Kejap pakai, kejap tak. Cuba setting niat semula nak pakai niqab itu kerana Allah. Bukan sebab mahukan pujian atau perhatian orang.
Disebabkan sikap sesetengah wanita yang salah menggunakan fungsi niqab ini lah wanita yang betul-betul berniqab kerana Allah terkena tempiasnya. Apa guna pakai kain di muka itu tapi upload gambar di laman sosial? Nak bermegah yang kamu itu berniqab? Nak tunjuk betapa cantiknya kamu berniqab? Nak tunjuk bahawa kamu itu wanita solehah? Solehah kah? Fungsi niqab itu untuk mengelak fitnah. Jika kamu upload gambar semua tu, wujud ke tujuan untuk mengelak fitnah? Konon ada sifat malu. Konon nak jadi wanita yang tidak di pandang dan tidak memandang. Tapi apa yang kamu buat itu bukan ke telah menarik perhatian dan memalukan diri kamu sendiri? Hawa, kalian sangat berharga. Sebab itu Allah suruh tutup aurat dan jaga maruah. Cuba tepuk dada dan tanya diri kamu, sebab apa aku pakai niqab? Kerana Allah atau manusia? Mana sifat malu aku?
Bagi yang baru sahaja ingin berniqab, perbetulkan niat dan diri kamu dahulu. Buat yang wajib dahulu baru yang sunat boleh menyusul. Jangan malukan agama sendiri dan cemarkan image wanita berniqab yang lain. Sama ada berniqab atau tak, berhentilah upload gambar. Jika wajah selalu ditatap ajnabi, lalu apa yang tinggal untuk suami? Bantulah lelaki-lelaki yang baru sahaja ingin merangkak jadi soleh. Scroll saja timeline, ada gambar wanita dengan pelbagai aksi menggoda. Tak lupa juga yang berniqab dan bertudung labuh. Ya, salah mereka sebab tak tundukkan pandangan. Tapi punca dari siapa? Tepuk dada, tanya iman."
Terngiang-ngiang di kepala aku kata-kata Ustaz Idrus di ceramah tadi. Aku cuba muhasabah diri. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh ustaz itu. Wanita kini sudah tiada sifat malu. Maksiat tiap hari dan malukan agama.
"Erkk... Kau pun dua kali lima saja, Syie." Tiba-tiba cik hati menyampuk.
Okay okay, aku pun tak ada sifat malu.
Tapi kan, betul ke aku nak berubah ni?
Wajah sekumpulan wanita berniqab muncul difikiranku.
"Syie, setting niat semula. Jangan terus pakai niqab tu. Perbetulkan diri dulu, Syie. Kau tak layak pakai kain kat muka tu, tak layak!"
Cik hati sudah memberi amaran keras. Aku rasa hendak menangis. Muka ditekup dengan kedua belah tangan.
"Kau okey?" sampuk Imani yang baru sahaja tiba dengan dua buah kotak air ribena di tangannya. Dia melabuhkan punggung di sebelah aku, menghadap tasik besar di hadapan kami.
"Syie, air?" Imani menghulurkan sekotak air kepada aku yang masih menekup muka. Kenapa pula dia ni? Kena rasuk dengan hantu air ke apa? Imani berteka teki di dalam hati. Haihh, ke situ pula kau ni, Imani.
Aku mengangkat muka dan menoleh kearah Imani di sebelah.
"Thanks." Aku menyambut huluran Imani. Air kotak bertukar tangan.
"Kenapa dengan kau ni, Syie? Kena rasuk dengan hantu air? Atau...kau datang bulan eh?" Imani sudah tersengih. Dia cuba membuat aku ketawa.
Seperti yang dirancang, aku ketawa kecil.
"Jangan nak merepek, Im!" tempelak aku geram. Tidak semena-mena satu cubitan hinggap di bahu Imani. Imani mengaduh kesakitan.
Aku ketawa besar melihat muka Imani menahan sakit. Hah, lain kali jangan cari pasal.
"Sakit duhh...Okey..sorry baby. Gurau je. Kau okey ke tak ni? Aku risau kut. Serabut semacam je? Atau kau teringat ceramah ustaz tadi?" tanya Imani sambil mengosok-gosok perlahan bahunya.
Aku menjeling Imani sekilas.
Baby? Eeee...gedik betul Imani ni.
"Im, bimbing aku sampai syurga ya?" tangan Imani aku capai.
Kening Imani bertaut. Aduh, drama lagi. Nanti mesti menangis. Ini yang aku tak suka ni.
"Beb, kita sahabat kan? Aku dah janji nak bimbing kau sampai syurga. So, I'll prove it to you." Imani tersenyum manis. Tangan aku digenggam erat.
"Tapi..."
"Tapi apa?" aku menjongketkan sebelah keningku.
"Lepas kau kahwin, suami kau pula yang bimbing kau!" ketawa Imani pecah.
Aku sudah menarik muka masam.
"Kesitu pula kau ni.."
"Hoi, kenapa ni? Alahai, kata sado?" sindir Imani apabila melihat mata aku berkaca dan perlahan-lahan air mata jatuh ke pipi.
Cepat-cepat aku mengelap air mata menggunakan hujung lengan jubah.
"Mana ada. Mata masuk habuk." aku memberi alasan.
"Eleh. Iyalah tu. Suara dah serak basah tu kenapa pula? Tekak masuk habuk?" sindir Imani lagi. Suka betul kau kenakan aku ya, Imani.
"Aku terharu beb. Terharu ada kawan macam kau..."
"Eh. Pembetulan! Sahabat, bukan kawan." Imani memotong. Hatinya turut sama berasa sebak.
"Erk. Bukan sama je ke?" tanya aku hairan.
"Tak sama, sayang. Kawan, kau tak kan kongsi semua masalah dengan dia. Kawan ni ada waktu kau senang je. Bila kau susah, dia hilang dari radar. Sahabat, dia sayang kau kerana Allah. Kau luah semua masalah kau pada dia dan dia simpan baik-baik. Dia bawa kau kearah kebaikan, bukan tarik kau ke neraka. Okey faham tak?" jelas Imani.
"Okey sahabat. Terima kasih.." aku mengukir senyuman dan berfikir seketika. Aku ada banyak kawan. Tapi aku cuma ada seorang sahabat, iaitu Nur Imani Fatihah.
"Aku sayang kau, beb." tuturku.
"Aku sayang kau juga. Dah, tak payah buat drama panjang-panjang. Jom makan aiskrim pasu?" Imani terus berdiri dan menarik tangan aku kearah kereta.
*****
Setahun kemudian...
"Ada lagi orang gila macam tu kat muka bumi ni? Haish, spoil mood aku betul. Tak reti nak minta maaf ke? Bukan susah sangat pun. Cakap je MAAF. Geramnya aku..."
"Eh, Imani!" aku menegur Imani yang sedang asyik membebel seorang diri.
Riak wajah Imani bertukar terkejut.
"Syie?" Imani tercengang.
"Ya, aku ni. Apa khabar?" aku berjabat tangan dengan Imani. Kami berpelukan. Tak sangka jumpa di sini setelah setahun masing-masing membawa haluan sendiri. Tapi kami masih berhubung melalui email.
"Sihat, alhamdulillah. Kau?"
"Sihat juga. Kau kenapa membebel sorang-sorang ni? Petang-petang dah naik angin. Rileks lah." aku ketawa kecil.
"Tak adalah. Ada orang tadi main langgar je aku sampai aku terjatuh. Maaf tak, apa tak, terus pergi macam tu je." Imani menarik muka masam. Amboi, marah betul nampaknya.
"Ishh dah lah. Istighfar, Im. Mungkin dia nak cepat kut."
"Hmm iyalah. Kau nak ke mana ni?" Imani cuba bersangka baik.
"Nak pergi Cafe sana tu. Jom?"
Aku dan Imani mengorak langkah ke arah Cafe yang tidak jauh dari situ.
"Serius, aku rindu gila dekat kau. Kau nampak..."
Dahi aku berkerut.
"Nampak apa?"
"Cantik.." Imani mengukir senyuman.
"Aku hampir tak cam kau tadi tau. Itu yang aku blur kejap masa kau panggil aku tadi. Alhamdulillah, aku gembira tengok kau macam ni. Niqab tu yang aku belikan untuk kau setahun lepas kan? Wah, tak sangka kau pakai." wajah Imani sudah teruja.
Ya, dia tak sangka aku sudah berniqab. Syie yang dulu bukanlah yang sekarang. Haha.
Teringat ketika kami di pasaraya tahun lepas. Patutlah dia suruh aku tunggu, rupanya nak belikan aku niqab. Sweet gila budak ni.
"Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat weh. Terima kasih untuk segalanya.." tangan Imani aku capai.
"Small matter, dear. Eh. Anak saudara aku apa khabar? Aku baru teringat weh. Sorry."
Imani mengusap perlahan perutku. Aku ketawa melihat riak risau Imani. Anak saudara? Sejak bila pula dia jadi makcik? Haha.
"Baby okay je selagi umi dengan abi dia ada.." aku tersengih. Kandungan yang sudah mencecah empat bulan aku usap perlahan.
Rafeeq Amzar. Nama suami aku. Kami berkahwin lima bulan yang lalu. Sebenarnya tak kenal pun dia, tiba-tiba saja masuk meminang. Terima sajalah bila papa dan mama sudah beri lampu hijau.
Tak sangka, cepatnya masa berlalu. Syira Diyana yang kasar, degil dan tak tutup aurat dulu, dah jadi macam ini.
Dan dengan keizinan suami, aku pakai niqab. Mula-mula tak yakin jugalah. Tapi bila si Rafeeq tu cakap macam ni,
"Syie abang yang punya. Wajah Syie untuk tatapan abang je. Tak boleh orang lain tengok."
Huh, masa tu angin cemburu dia dah sampai tahap kritikal dah.
"Alhamdulillah. Tak sabar nak tunggu anak saudara aku keluar. Hahaha. But, cik abang kau mana?" Imani memandang sekeliling.
"Dia tertinggal handphone dalam kereta. Kejap lagi datang lah tu. Yang kau ni, bila lagi?" aku tersenyum nakal.
Pecah ketawa Imani.
"Lambat lagi kut.." Imani tersengih.
"Tapi weh, aku nak tahu juga apa kau rasa sejak berniqab ni? Aku ingat nak berniqab lepas aku kahwin nanti, InshaaAllah."
"Hmm. Aku rasa tak sangka. Dan rasa tak layak. Selalunya aku suka sangat usha kakak-kakak niqabis. Dan bila aku sendiri rasa pakai niqab, aku rasa malu. Rasa rendah diri. Tapi banyak kebaikan pakai niqab ni. Menjauhi kita dari maksiat, menghindari kita dari fitnah, memupuk sifat malu dalam diri.."
"Eh, kenapa pula rasa rendah diri?"
"Sebab kita kena ada sifat tawadhuk, Im. Bila kita nampak orang lain, dalam hati mesti rendah diri dan fikir mereka lebih baik dari kita. Macam-macam ujian aku dapat. Sampaikan ada orang panggil aku..."
"Hey, ninja!" laung satu suara. Aku dan Imani menoleh kearah sekumpulan remaja lelaki dan perempuan yang baru sahaja melintasi meja kami. Budak-budak sekarang ini tak ada rasa malu ke?
Aku mengetap bibir. Nak ketawa sebenarnya, tapi rasa geram pula. Huh, sabar Syie, sabar.
"Haa, panggil macam itulah." aku sambung ayat aku yang tertangguh tadi sambil tersenyum disebalik niqab.
Imani ketawa. Tangannya sudah menekan-nekan perut. Eh eh budak ni. Ketawa kan aku ke apa? Nasib baik tak kuat. Atau lebih tepat lagi, dia ketawa tanpa suara. Iyalah, Imani masih ada perasaan sedar diri yang dia berada di tempat awam. Jaga adab itu perlu. Bertudung labuh tapi ketawa macam hantu, memang memalukan.
"Tepat betul budak tu cakap. Kelakar lah." Imani tersengih.
"Assalamualaikum." Rafeeq menyapa. Kami menjawab salam serentak. Dia tunduk sedikit memandang Imani. Imani senyum. Rafeeq menarik kerusi untuk duduk.
"Imani ya? Lama tak jumpa. Last jumpa masa wedding kami dulu kan?" Rafeeq memandang aku. Kejap tunduk, kejap pandang aku. Eh, dah kenapa suami aku ni?
"Err... Yup." teragak-agak Imani menjawab. Untungnya Syie! Dapat suami alim macam tu. Cakap tak pandang aku pun. Ishh, jealous, jealous!
Dalam hati Imani puji aku dan Rafeeq.
Setelah setengah jam kami makan dan berbual, Imani meminta diri untuk pulang.
"So, kalau ada apa-apa contact aku okey? Fi hifzillah, beb. Jaga baby tu elok-elok. Walau apa pun ujian, itu tanda Allah sayang. Ingat, niqab itu bukan mainan! Aku sayang kau, Syie." sempat Imani berpesan. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. Kami berpelukan, erat.
Haihh, tak sampai seminit berpisah dah rindu si Imani tu.
Terngiang kembali kata-kata terakhir Imani tadi.
"Niqab itu bukan mainan!"
Perhh. Mendalam betul maksud dia tu.
"Sayang, jom balik." Rafeeq memaut tangan aku sebaik tiba dari membayar makanan kami di kaunter.
Dalam hati, aku tersenyum gembira. Teringat kata-kata segelintir manusia kepada aku sejak aku berniqab.
Ninja ke, khemah ke, hantu ke.
Do I care? Yang penting Allah redha dan aku bahagia!
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete