Posts

Showing posts from November, 2019

CERPEN : BAGAIMANA AKHIRNYA AKU JATUH CINTA

Image
Nama aku Adam Benjamin bin Adam Edward. Aku dilahirkan dalam keluarga yang langsung tak tahu apa-apa tentang Islam. Perkara yang asas itu tahulah, itupun rasa malas gila nak buat. Mama dan papa aku muallaf. Mama aku berasal daripada Manilla, Filipina tetapi menetap di Malaysia sejak kecil lagi. Papa pula berdarah Australia. Hasil daripada perbezaan dua negara itu, maka lahirlah aku sebagai seorang lelaki yang digilai oleh ramai wanita kerana paras rupaku yang menepati ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita.  Cewahh ! Namun, imanku senipis kulit bawang kerana dari kecil aku tidak mempraktikkan cara hidup seorang Muslim dalam kehidupan seharian. Senang kata, aku Islam tetapi hanya di atas kad pengenalan. Sejak kecil, aku mendapat semua benda yang aku mahukan. Tetapi selama 17 tahun aku hidup di muka bumi beratapkan langit biru ciptaan Ilahi ini, aku masih tidak dapat merasakan ketenangan. Hati aku terasa kosong, seperti ada sesuatu yang hilang. Lalu aku pujuk diri dengan isi ha...