Posts

Showing posts from January, 2020

FREE PRINTABLE MUTABAAH AMAL

Image
Salam 2020! Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan, mutabaah amal khas untuk kalian! Ada 6 pilihan warna tau. Dah lama buat sebenarnya tapi baru ada masa nak kongsikan. Silakan print dan kongsikan pada rakan-rakan okey? Susah nak istiqamah kan? Nak tahu prestasi ibadah kalian setiap hari? Gunalah amal tracker atau mutabaah amal untuk lihat sejauh mana kalian bersungguh-sungguh buat ibadah. Ingat, kita tak berlumba dan bersaing dengan sesiapa. Tapi kita bersaing dengan diri kita yang semalam. Kita mesti nak jadi lebih baik hari demi hari kan? Jangan terburu-buru buat amalan yang berat. Mungkin boleh buat hari ini istighfar 100 kali. Kemudian cuba istiqamah buat seminggu. Nanti bila dah mampu, cabar diri tambah bilangan pula. Nak jadi baik memang payah, tapi berbaloi. Dekat dunia memang penat jadi baik. Dekat akhirat nanti kita akan nampak hasilnya. Kalau nak share mutabaah amal ini, jangan share link download, tapi share link blog ini, okey? Mutabaah amal ini adalah untuk k...

2020: 366 PELUANG

Image
Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah kita sudah memasuki tahun 2020. Umur semakin meningkat, tanggungjawab semakin berat, dunia pula semakin tenat. Bila check tahap Iman, masih lagi sama seperti tahun tahun yang lalu(sayalah tu). Apa yang sudah berjaya kalian capai pada 2019? Pasti banyak, kan? Mungkin ada dua tiga goals yang masih tak tercapai itu biasalah. Saya pun ada satu impian yang masih tak tercapai sejak 3 tahun lalu hahah. Kadang apa yang kita mahu belum tiba masanya untuk jadi milik kita. Teruskan usaha, tiba masa Allah pasti izinkan. 2019 mengajar saya tentang betapa pentingnya pergantungan yang kuat kepada Allah swt. Hanya Dia tempat kita bergantung harap dan memohon bantuan. Dua tahun sebelumnya, saya diuji dengan persahabatan dan perpisahan ibu bapa. Disebabkan itu, saya mempunyai masalah sukar untuk mempercayai orang lain. Saya jadi takut untuk membenarkan orang baru masuk dalam hidup saya kerana saya fikir, mereka pasti akan meninggalkan saya sepertimana ayah men...