Posts

Showing posts from March, 2019

HIJRAH BAB 17

Image
" ALONG  bangun!" Khai segera membuka mata apabila satu tepukan kuat mengenai bahunya. "Pergilah tidur dalam bilik. Tidur kat sini buat apa?" soal Ain sambil bercekak pinggang di hadapan Khai. Terasa hendak ketawa pula melihat wajah kebingungan yang ditayang oleh Khai. Khai memerhati kawasan di sekelilingnya. Tidak silap dia berada di dalam hutan bersama Aizad. Bagaimana pula dia boleh berada di rumah? "Aizad mana?" soal Khai perlahan. Dia merenung wajah Ain dengan harapan gadis itu mempunyai jawapan kepada soalannya. "Along merepek apa ni? Ain rasa along mengigau lah. Pergi basuh muka sana!" marah Ain. Dia sempat mendengar Khai bercakap dalam tidur dengan menyebut nama Aizad jadi dia terus mengejutkan abangnya itu. Khai membulatkan mata. Sepasang matanya terus melirik ke arah jam dinding di ruang tamu. 11 pagi. Ah, betul lah dia bermimpi! Kini dia sudah ingat apa yang berlaku. Seawal jam 8 pagi tadi, dia membantu bapa saudara ...

HIJRAH BAB 16

Image
KHAI  memusingkan stereng ke kiri apabila destinasi yang ingin dituju hanya beberapa meter sahaja lagi di hadapan. Setibanya di Mont Kiara Skate Park, Khai mematikan enjin kereta. Khai menghela nafas berat. Tidak terus keluar dari perut kereta, lelaki itu mengimbas semula kenangan bersama Aizad di tempat itu. Sejak Aizad terlibat dalam kemalangan, Khai sudah jarang mengunjungi tempat itu untuk bermain papan luncur. Tanpa Aizad, hobi kegemarannya itu tidak lagi memberi keseronokan kepadanya. Dulu mereka sering ke tempat itu untuk bermain papan luncur dan turut menyertai pertandingan papan luncur yang diadakan. Dari situ terciptalah Knight yang terdiri daripada 8 orang remaja lelaki diketuai oleh Aizad. Namun kini segalanya hanya tinggal kenangan. Aizad menganggap permainan itu adalah permainan entah apa-apa yang tidak layak dimainkan oleh orang kaya sepertinya. Khai tidak tahu sampai bila dia harus kehilangan seorang sahabat. Dia sangat merindui Aizad. Tetapi Aizad yang dulu. K...