HIJRAH BAB 16


KHAI memusingkan stereng ke kiri apabila destinasi yang ingin dituju hanya beberapa meter sahaja lagi di hadapan. Setibanya di Mont Kiara Skate Park, Khai mematikan enjin kereta. Khai menghela nafas berat. Tidak terus keluar dari perut kereta, lelaki itu mengimbas semula kenangan bersama Aizad di tempat itu. Sejak Aizad terlibat dalam kemalangan, Khai sudah jarang mengunjungi tempat itu untuk bermain papan luncur. Tanpa Aizad, hobi kegemarannya itu tidak lagi memberi keseronokan kepadanya. Dulu mereka sering ke tempat itu untuk bermain papan luncur dan turut menyertai pertandingan papan luncur yang diadakan. Dari situ terciptalah Knight yang terdiri daripada 8 orang remaja lelaki diketuai oleh Aizad. Namun kini segalanya hanya tinggal kenangan. Aizad menganggap permainan itu adalah permainan entah apa-apa yang tidak layak dimainkan oleh orang kaya sepertinya. Khai tidak tahu sampai bila dia harus kehilangan seorang sahabat. Dia sangat merindui Aizad. Tetapi Aizad yang dulu. Kini, dia seolah-olah tidak kenal lagi siapa Aizad Hakim yang panas baran, keras kepala dan ego itu.
Lamunan Khai terhenti apabila satu pesanan memasuki telefon bimbitnya. Nama Aizad tertera di skrin. Pantas jari Khai menatal skrin telefon itu untuk membaca pesanan dari Aizad. Akhirnya, orang yang dicari-cari beberapa hari ini menghubunginya. Terselit rasa lega di hati Khai kerana sahabatnya itu baik-baik sahaja.
'Aku nak jumpa kau. Datang seorang diri, jangan bawa sesiapa. Kalau sampai ada yang tahu, korang semua tak akan jumpa aku lagi sampai bila-bila.'
Khai merasakan ada sesuatu yang tak kena. Dia rasa tak sedap hati seperti ada sesuatu yang buruk bakal terjadi. Sangka baik, Khai. Mungkin ada hal penting yang Aizad nak beritahu, sebab itu dia tak nak sesiapa tahu. Khai membetulkan duduknya. Enjin kereta dihidupkan. Sebelum bergerak, Khai menetapkan lokasi yang diberi oleh Aizad di Waze. Kemudian pedal minyak ditekan dengan lafaz basmalah.
BERULANG kali Khai melihat ke arah skrin telefon bimbitnya di mana aplikasi Waze menunjukkan arah lokasi yang diberikan oleh Aizad. Jika mengikut Waze, Khai telah pun sampai di lokasi yang dinyatakan tetapi kawasan itu tidak seperti yang tergambar di fikirannya. Di kiri kanan terdapat hutan tebal dan terdapat satu kawasan lapang beberapa meter di hadapan. Sebelum tiba di kawasan itu tadi dia perlu melalui jalan tanah merah yang berlubang sana sini. Khai memberhentikan kereta. Skrin telefon bimbit dilihat sekali lagi.


"Biar betul Aizad nak jumpa dekat sini? Ke dia salah bagi location? Ya Allah, aku masih tak sedap hati ni       

"Biar betul Aizad nak jumpa dekat sini? Ke dia salah bagi location? Ya Allah, aku masih tak sedap hati ni. Semoga tak berlaku perkara yang buruk. Lindungilah aku ya Allah..." Khai bermonolog sendiri sambil matanya liar memerhati di segenap kawasan hutan tebal itu. Cahaya matahari memancar di sebalik ruang antara pokok-pokok besar di situ menjadikan hanya beberapa kawasan sahaja disinari cahaya, selebihnya seperti kebanyakan hutan tebal yang gelap dan menyeramkan. Jam di pergelangan tangan menunjukkan angka 11 pagi. Khai segera mencari nombor Aizad untuk menghubungi lelaki itu. Khai menepuk dahi apabila melihat bar line menunjukkan di hutan itu tidak mempunyai rangkaian sama sekali. Waze juga berfungsi setakat di laluan tanah merah tadi. Khai buntu.
Khai dikejutkan dengan ketukan kuat di cermin tingkap pemandu. Terpampang wajah Aizad yang tersenyum sinis merenungnya dari luar. "Kus semangat! Jad rupanya!" latah Khai sambil mengurut dada. Aizad membuat isyarat agar Khai keluar dari kereta. Khai mengangguk mengerti walaupun otaknya sedang berfikir apa yang Aizad lakukan di hutan tebal ini? Enjin kereta dimatikan lalu dia segera keluar dari perut kereta.
"Jad kau buat apa kat sini? Ajaklah jumpa kat masjid ke, mall ke. Hah, tadi aku dekat skate park alang-alang boleh jumpa kat sana je. Kau..."
"Boleh diam tak? Yang kau lambat sangat ni kenapa?" cantas Aizad sebelum sempat Khai menghabiskan bebelannya.
"Sorry aku tak pernah lalu kawasan ni so lost kejap tadi. Aku ingat kau salah send location. Aku rasa..."
Aizad tidak mengendahkan kata-kata Khai. Dia terus melangkah ke kawasan lapang beberapa meter dari tempat mereka berdiri. "Ikut aku," arah Aizad.
Khai mengunci rapat mulutnya. Haih, nak bercakap pun salah. Sebaik tiba di kawasan lapang itu, tiba-tiba sahaja Aizad menghilangkan diri. "Eh, Jad kau kat mana? Ya Allah, dah lah bawa aku kat tempat macam ni lepastu tinggalkan aku seorang diri. Atau kau nak buat suprise untuk aku? Oi, Jad mana kau?!" Jantung Khai berdetak laju daripada biasa. Suara dalam kepalanya menyuruh dia untuk melarikan diri tetapi kata hati pula tidak mahu meninggalkan tempat itu tanpa Aizad. Ini serius tak kelakar, Aizad.
Tiba-tiba kedua-dua lengan Khai ditarik ke arah belakang. Khai yang terkejut, tidak dapat mengimbangkan badannya menyebabkan lututnya terus bertemu tanah. Tanpa sempat Khai melihat gerangan manusia yang menariknya, kini dia diikat pula di sebatang pokok yang bersaiz 5 kali ganda lebih besar daripada tubuh badannya. Khai mengaduh kesakitan apabila dia merasakan ada cecair merah mengalir di lututnya.
"Eh, Khai?!" Satu suara berkata dengan nada terkejut. Khai cuba melihat dua figura yang berdiri di hadapannya. Kedua-dua wajah lelaki berpakaian serba hitam itu tidak dapat dilihat kerana bahagian mulut mereka ditutup dengan mask hitam. Sesaat kemudian, muncul satu lagi figura kemudian berdiri betul-betul di hadapan Khai sambil bercekak pinggang. Dengan bantuan sedikit cahaya matahari yang menyelinap di sebalik celahan rimbunan pokok, Khai dapat melihat dengan jelas wajah bengis Aizad.
"Aizad... Kau buat apa ini?" soal Khai dengan suara yang lantang.
Aizad hanya membisu. Matanya tajam merenung seluruh wajah Khai. "Jad, kau tak cakap pun ini Khai? Bro, ini Khai lah kawan kita!" Satu lagi suara asing bersuara. Khai menjadi lebih bingung. Apa semua ini? Siapa dua lelaki serba hitam yang menarik dan mengikatnya di pokok? Anehnya, dua lelaki itu seolah-olah mengenalinya.
"Kalau aku bagitahu aku nak tangkap Khai, mestilah kauorang tak nak tolong aku. Sekarang aku nak kauorang diam. Aku tak bayar kauorang untuk tanya atau cakap apa aku patut buat." Keras Aizad menjawab. Dua lelaki itu terus terdiam. Kerutan di dahi jelas menunjukkan mereka tidak menyokong apa yang ingin dilakukan oleh Aizad kepada kawan mereka sendiri.
"Aizad..."
"Kenapa muka sedih sangat ni? Bakal raja sehari mestilah kena gembira. Esok kau akan berkahwin kan?" soal Aizad sinis walaupun dia sudah tahu jawapannya tanpa perlu Khai menjawab.
"Jad, kenapa kau buat aku macam ni?"
"Siapa nama bakal isteri kau?" soal Aizad yang segaja ingin menguji kejujuran Khai.
"Jad, tolong lepaskan aku. Kita boleh bincang baik-baik."
"Aku kenal tak bakal isteri kau itu?"
"Jad, tolong jangan macam ni."


Mendengarkan Khai tidak menjawab setiap soalannya, Aizad mengeluarkan pisau Rambo yang tersisip di pinggangnya lalu ditikam tepat di sebelah kiri wajah Khai

Mendengarkan Khai tidak menjawab setiap soalannya, Aizad mengeluarkan pisau Rambo yang tersisip di pinggangnya lalu ditikam tepat di sebelah kiri wajah Khai. Pisau itu tertusuk ke dalam kulit pokok dengan hanya satu tikaman. Khai merasakan jantungnya seperti mahu melompat keluar. Sungguh dia benar-benar takut jika Aizad melakukan sesuatu yang gila.
"Jawablah aku tanya! Di saat macam ini pun kau masih nak berahsia dengan aku lagi?" tengking Aizad. Wajahnya bertukar merah kerana menahan amarah yang mula menguasai diri.
"Khai, please. Jawab saja apa yang Jad tanya. Dia cuma nak kau jujur dengan dia." celah salah seorang daripada dua lelaki serba hitam yang masih setia di belakang Aizad. Mereka terlihat risau jika lelaki itu bertindak di luar kawalan.
"Diam lah! Aku bercakap dengan kauorang ke?"
"Err... tak..."
"Pergi berdiri dekat sana!" Aizad menghala tangannya ke satu arah.
Dua lelaki itu teragak-agak ingin meninggalkan Khai bersama Aizad yang sudah seperti orang kurang siuman. "Kauorang tunggu apa lagi?! Aku leader Knight, bukan kawan kesayangan kauorang ni!" Aizad menjadi berang apabila dua lelaki yang merupakan ahli Knight tidak patuh dengan arahannya.
Khai cuba untuk melihat wajah dua lelaki itu sekali lagi apabila Aizad menyebut nama kumpulan mereka, Knight. Jadi Aizad menggunakan kuasa veto dan wang ringgitnya terhadap ahli Knight? Ini memang gila! "Jad, kau nak apa dari aku?" soal Khai geram.
"Nak nyawa kau supaya kau lupus terus dari dunia ni, selepas itu kau tak jadi kahwin, selepas itu keluarga kau bersedih dengan kematian kau, dan cinta hati kau menangisi majlis perkahwinan yang tiada pengantin lelaki. Boleh?"
"Kau dah gila ke?!"
"Ya, memang aku dah gila! Disebabkan kauorang semua aku gila!" Tiba-tiba Aizad menekup muka lalu menangis.


"Ya, memang aku dah gila! Disebabkan kauorang semua aku gila!" Tiba-tiba Aizad menekup muka lalu menangis

"Aizad..." Khai cuba untuk menghampiri Aizad tetapi dia tahu mustahil untuk bergerak dalam keadaan dirinya diikat.
"Aku cuma nak kauorang jujur dengan aku, itupun susah ke?"
"Aizad, aku minta maaf."
"Kau kata kau sahabat aku..."
"Ya, kita sahabat. Aku sayang kau, Jad. Aku tak ada niat langsung nak rahsiakan apa-apa daripada kau." Lembut Khai membalas. Dia berharap Aizad akan terpujuk dengan kata-katanya.
"Heh. Jangan fikir aku akan percaya kata-kata kau lagi. Setiap yang keluar dari mulut kau, sikit pun aku tak percaya!" Jerit Aizad. Serentak dengan itu, dia terus menolak Khai agar semakin rapat ke batang pokok dengan meletakkan lengan kirinya di leher Khai sekaligus membuatkan nafas lelaki itu menjadi sesak.
"Jad, aku akan jelaskan semuanya. Tapi kau kena percayakan aku." Nada suara Khai seolah tersekat di kerongkong. Dia tidak dapat bertutur dengan baik jika tangan Aizad terus berada di lehernya.
Dari jauh, dua lelaki serba hitam itu melihat semuanya dengan resah. Jika diikutkan hati, mahu sahaja mereka meluru bagi menghentikan Aizad. Namun mereka telah dibayar untuk membantu Aizad. Wang yang akan dibayar oleh Aizad itu sangat penting bagi mereka.
"It is too late, Khai. Any last words?"
"Jad, jangan...." Khai tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila dia merasakan satu objek tajam menikam rusuk kirinya.
"Loser!" pekik Aizad. Itulah perkataan terakhir yang didengari oleh Khai sebelum pandangannya menjadi gelap.

Comments

Popular posts from this blog

FREE PRINTABLE MUTABAAH AMAL

AKU CINTA RAMADHAN!

2020: 366 PELUANG