HIJRAH BAB 17


"ALONG bangun!" Khai segera membuka mata apabila satu tepukan kuat mengenai bahunya.
"Pergilah tidur dalam bilik. Tidur kat sini buat apa?" soal Ain sambil bercekak pinggang di hadapan Khai. Terasa hendak ketawa pula melihat wajah kebingungan yang ditayang oleh Khai.
Khai memerhati kawasan di sekelilingnya. Tidak silap dia berada di dalam hutan bersama Aizad. Bagaimana pula dia boleh berada di rumah? "Aizad mana?" soal Khai perlahan. Dia merenung wajah Ain dengan harapan gadis itu mempunyai jawapan kepada soalannya.
"Along merepek apa ni? Ain rasa along mengigau lah. Pergi basuh muka sana!" marah Ain. Dia sempat mendengar Khai bercakap dalam tidur dengan menyebut nama Aizad jadi dia terus mengejutkan abangnya itu.



 Dia sempat mendengar Khai bercakap dalam tidur dengan menyebut nama Aizad jadi dia terus mengejutkan abangnya itu

Khai membulatkan mata. Sepasang matanya terus melirik ke arah jam dinding di ruang tamu. 11 pagi. Ah, betul lah dia bermimpi! Kini dia sudah ingat apa yang berlaku. Seawal jam 8 pagi tadi, dia membantu bapa saudara dan sepupunya memasang empat buah kanopi di luar rumah. Oleh kerana matanya terasa berat kerana tidak cukup tidur sejak semalam, dia tertidur di sofa ruang tamu selepas penat memasang kanopi dan mengatur meja kerusi untuk tetamu. Dia masih ingat semalam dia sibuk mencari Aizad sambil mengedarkan kad undangan perkahwinan kepada rakan-rakannya. Agak lewat juga dia pulang ke rumah. Pada waktu malam pula dia membantu keluarganya membuat persiapan akhir untuk kenduri perkahwinannya lusa nanti. Debaran mulai terasa apabila mengingatkan malam ini dia bakal melafazkan akad di masjid Putrajaya. Keesokan harinya akan berlangsung kenduri di rumah pengantin perempuan pula. Tiada persandingan seperti yang dimahukan oleh Humaira, cuma makan-makan untuk para tetamu.
"Oit, termenung pula bakal pengantin ni. Along mimpi buruk ke?" soal Ain prihatin.
Mendengarkan soalan Ain, fikiran Khai terus beralih pada mimpi yang dialaminya tadi. Serius seperti benar-benar berlaku! Khai memegang rusuk kirinya. Dia sangkakan dirinya sudah mati kerana ditikam oleh Aizad. Mujurlah semuanya hanya mimpi. Dia yakin tidak mungkin Aizad akan bertindak sekejam itu.
"Ya Allah, dia termenung lagi. Along, apa kata pergi mandi kemudian solat dhuha." Ain memberikan cadangan. Pening kepalanya melihat telatah Khai. Apalah agaknya mimpi yang dialami lelaki itu.
Khai tersengih sambil mengusap belakang lehernya. "Goodies dah siap packing?"
"Sudah."
"10 ekor ayam dah potong belum?"
"Sudah juga. Para jejaka idaman malaya tolong potongkan tadi." balas Ain. Jejaka idaman malaya yang dimaksudkan adalah sepupu-sepupu lelakinya. Untung ada tiga orang bujang itu, boleh juga diharapkan untuk buat kerja.
"Kek dah ada orang pergi ambil ke?"
"Sudah, along."
"Pelamin dah siap hias?"
"Along dengan Kak Humaira tak nak bersanding, remember?"
"Ah, along lupa. Hmm... Dah ambil baju along kat butik?"
"Sudah, semalam along dah pergi ambil kan?"
"Macam mana dengan..."
"Along, dah. Pergi mandi dan solat dhuha. Parah sangat along ni. Berdebar sangat nak lafaz akad malam ini agaknya. Jangan risau, ramai boleh bantu siapkan semua benda. Bakal pengantin jangan sibuk fikir itu dah ini belum. Keluarga kita ramai, gerenti semua beres!" seloroh Ain lalu tertawa kecil.
Khai turut ketawa. "Mestilah along berdebar. Nasib baik hidup lagi, kalau tak nanti ada orang lain gantikan tempat along." Giliran Khai pula berseloroh.
Riak wajah Ain berubah keruh. Dia tidak menganggap kematian adalah satu gurauan. Lagi pula siapa yang layak menggantikan tempat Khai sebagai suami Humaira? "Maksud along?"
"Tak ada apalah. Pergi masuk dapur sana. Pastikan masak sedap-sedap!" pesan Khai lalu melangkah ke biliknya.
"Ain tahulah!" balas Ain dengan riak wajah mengejek. Namun jauh di sudut hati, dia masih merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Khai.
PADA masa yang sama di rumah Humaira, mereka juga bertungkus-lumus membuat persiapan bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar. Humaira tidak dibenarkan ke dapur untuk memasak atau membantu mengatur meja kerusi di luar rumah. Jadi dia hanya mengubah hantaran dan goodies untuk tetamu dengan dibantu oleh anak-anak saudaranya. Dia bersyukur kerana keluarganya sudi datang ke Kuala Lumpur dari jauh semata-mata ingin membantu membuat persiapan. Rumah banglo milik Dato Hamdan riuh dengan suara sanak-saudara yang hadir. Kemeriahannya seperti hari raya puasa!
"Kak Mai, banyak lagi ke nak buat goodies ni?" soal Alisya, gadis kecil berumur 9 tahun. Apabila melihat Humaira ingin mengubah hantaran, Alisya segera menghampiri untuk membantu.
"Sekarang sudah siap berapa?" soal Humaira kembali.
"Lapan ratus!" celah Fitri, abang kepada Alisya.
"Wah, banyaknya! Jadi kita perlukan lagi dua ratus. Kamu semua boleh teruskan lagi?"
"Boleh sangat!" balas empat orang kanak-kanak di situ. Humaira terhibur melihat telatah comel anak-anak saudaranya.



 Humaira terhibur melihat telatah comel anak-anak saudaranya

"Dah seminggu kita buat goodies ni. Tak sangka dah nak seribu. Kan Kak Mai?" kata Fayyadh yang sudah memasuki 11 tahun tiga hari yang lalu.
"Betul. Tanpa bantuan kamu semua, tak menjadi semua goodies comel ni. Terima kasih tau sebab tolong Kak Mai." Humaira tersenyum manis kemudian kembali melihat dulang hantaran yang hampir siap digubah. Walaupun dia mampu mengupah orang atau menempah goodies itu, dia lebih suka gunakan usaha sendiri, tak perlu berhabis duit. Lagi pula majlis perkahwinan itu hanya pakaian pengantin sahaja disponsor oleh Dato Hamdan, selebihnya guna duit simpanan Humaira dan Khai.
"Ibu Fiq kata, kitorang kena tolong Kak Mai sebab nanti bila Kak Mai dah kahwin, kitorang dapat baby! Sebab itu kitorang tolong Kak Mai." Kata Taufiq lalu tersengih.
Humaira terkejut. Pipinya berubah merah kerana malu. Alahai Kak Zura, itu pula yang diberitahu budak-budak ini. "Tengok, Kak Mai dah malu. Apalah Fiq ni!" kata Fayyadh diikuti ketawa daripada Alisya, Taufiq dan Fitri.
"Amboi, tak padan dengan kecil, dah pandai usik Kak Mai, ya!" celah satu suara. Humaira yang mengenali pemilik suara itu, cepat-cepat membetulkan sarung lengan yang disinsing tadi sehingga menampakkan lengan putihnya. Dia menyinsing sarung tangan yang dipakainya untuk memudahkan kerja mengubah hantaran kerana yakin tiada ajnabi yang akan melalui ruang tamu kedua itu. Dia tidak sangka pula sepupunya akan datang ke situ.
"Hehe... Fiq saja aje usik Kak Mai. Eeee... Paksu busuk!" kata Taufiq lalu berpura-pura menutup hidungnya.
"Eh, ya ke? Mana ada busuk. Meh sini dekat Paksu!" Haziq terus meluru ke arah Taufiq sambil mengacah-acah untuk memeluk kanak-kanak itu.
"Arghhhhhh... Tak nak Paksu busuk!" jerit Taufiq lalu berlari di sekitar ruang tamu. Alisya, Fitri dan Fayyadh turut dikejar oleh Haziq membuatkan mereka turut menjerit dan berlari. Humaira yang menyaksikan kejadian itu hanya ketawa sambil tangannya mengubah hantaran. Dia tidaklah rapat sangat dengan sepupunya, Haziq. Tetapi dia tahu lelaki itu yang merupakan seorang guru sekolah rendah sangat menyukai kanak-kanak. Tidak hairanlah jika anak orang pun mudah terhibur dengan usikan Haziq.
Beberapa minit kemudian setelah penat bergurau, mereka kembali duduk berhampiran Humaira. Haziq turut bersila di sebelah Fayyadh, agak jauh sedikit dari Humaira. Kanak-kanak itu kembali meneruskan pekerjaan mereka sambil berceloteh antara satu sama lain. Humaira berasa tidak selesa apabila merasakan sepasang mata sedang merenungnya.
"Mai dah nak jadi isteri orang." Tutur Haziq perlahan.
Humaira mengalihkan pandangan dari gubahan ke wajah Haziq. Hanya beberapa saat, Humaira terus menundukkan pandangan. "Itulah,"
"Abang Haz tak sempat berjumpa lagi bakal suami Mai. Orangnya macam mana?" soal Haziq ingin tahu.
Sebenarnya Humaira tidak selesa ingin meneruskan perbualan dengan Haziq. Dulu ketika kecil mereka sangat rapat namun setelah menginjak dewasa, masing-masing mula menjauh. Humaira tidak menafikan dulu ketika remaja, sebelum dia mengenali Aizad, dia jatuh hati pada Haziq. Haziq sentiasa melindunginya malah lelaki itu orang pertama yang menentang ketika dia ingin bercinta dengan Aizad. Bukanlah dia mahu perasan, tapi dia dapat rasakan bahawa lelaki itu juga pernah menyimpan perasaan terhadapnya.
"Hmm... orangnya biasa-biasa saja. Lelaki yang baik, memahami, rajin, dan penyayang." balas Humaira.
"Kenapa Mai pilih dia? Bukan ke Mai bercinta dengan Aizad?" Soalan itu membuatkan gunting di tangan Humaira mengenai jari manisnya.
"Mai! Abang minta maaf kalau soalan abang mengejutkan Mai. Mai okey tak?" soal Haziq cemas. Jika bukan kerana Humaira menghalang daripada menghampirinya, sudah lama Haziq membantu mengubati luka di jari gadis itu.
"Tak mengapa." Jawab Humaira perlahan sambil mengelap darah yang keluar dengan tisu.
"Abang minta maaf." Wajah Haziq yang cemas menunjukkan dia benar-benar menyesal.
"Mai pilih dia kerana agamanya." Haziq menggigit bibir. Jawapan Humaira membuatkan dia semakin cemburu. Beruntung Khai kerana memiliki gadis sebaik Humaira. "Abang doakan Mai bahagia."
Humaira tersenyum. "Terima kasih. Abang Haz juga, semoga bertemu dengan jodoh yang solehah." Haziq tersenyum tawar. Layakkah dia mendapat yang solehah sedangkan dia tidak soleh? Solat pun jarang-jarang. Ilmu agama lagilah kurang. Dia tahu jodoh itu cerminan. Baik diri kita, baik juga dia. Namun sukar untuk dia mengubah diri sendiri.
"Haziq mana? Tolong Ayah Ju angkat meja ni!" Satu suara kedengaran dari ruang utama.
"I need to go. Hei, kamu semua buat kerja betul-betul ya. Kalau tak Paksu peluk!" Sempat Haziq mengusik anak-anak saudaranya sebelum berlalu ke ruang utama. Humaira menghembus nafas lega apabila bayangan Haziq sudah menghilang.
AIZAD merenung siling biliknya. Sudah tiga hari dia tidak pulang ke rumah. Hatinya benar-benar sakit dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang di sekelilingnya. Mereka mengaku sayang tetapi sanggup membohonginya. Dia mahu keluarganya menceritakan hal sebenar tetapi sudah terlambat kerana ingatannya sudah pulih sepenuhnya. Bayangan wajah Humaira pula kerap bermain di kepala. Sungguh dia sangat merindui gadis itu. Tetapi dia tahu, mustahil untuk merebut gadis itu kembali.
"Pengkhianat kau, Khai!" jerit Aizad lalu menangis. Khai dan Humaira, kedua-duanya dia sayang. Namun ego telah membuatkan dia membenci sahabatnya sendiri. Aizad mencapai telefon bimbit di bawah bantal. Dia kembali menghidupkan telefon itu setelah mematikanya selama tiga hari.
Aizad terkejut apabila melihat terdapat berpuluh-puluh panggilan tidak dijawab sejak hari dia tinggalkan rumah. Aizad mendengus apabila nama Khai juga termasuk dalam senarai orang yang menghubunginya. Aplikasi Whatsapp dibuka. Terdapat lebih 20 mesej belum dibaca. Khai menatal skrin ke bawah. Dia mengabaikan mesej daripada orang yang dia kenali. Hatinya tertarik untuk membuka mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Mesej itu dibuka.
'Salam bro. Selamat pengantin baru! Aku doakan kau dan Humaira bahagia hingga ke anak cucu. Tak sabar nak jumpa kau esok. Nervous tak nak lafaz akad? Hehe...'
"What the... Siapa dia ni?" Aizad bermonolog sendiri. Mesej itu tidak dibalas. Dia tidak menyangka ada yang fikir dia masih ada hubungan dengan Humaira. Menyakitkan hati betul!
Jarinya terus menekan mesej dari Khai. Ikutkan hati dia mahu mengabaikan saja mesej dari lelaki itu, tetapi hatinya memujuk supaya membacanya.
'Salam bro. Kau okey tak? Kau kat mana? Aku datang sekarang.' -Thursday, 8:34 am
'Aku dah datang tempat biasa tapi kau tak ada. Aku risau.' -10:52 am
*missed voice call at 11:00 am*
'Bro, kitorang tak berniat nak rahsiakan apa-apa. Kau balik, aku janji akan jelaskan semua.' -3:30 pm
'Salam jumaat. Aku harap kau okey.' -6:30 am
'Majlis aku dah tak lama. Aku harap kau datang.' -8:40 am
'Papa, mama dan Alia risaukan kau. Balik please.' -9:35 am
'Kau kat mana? Semua orang tunggu kau balik.' -12:15 pm
'Bro, jangan lupa baca al-Kahfi!' -2:30 pm
'Aku baru lepas solat jumaat dekat masjid feveret kita 😊' -2:31 pm
*missed voice call at 2:35 pm*
'Salam bro. Kau masih marah lagi?" -Today, 7:45 am
'Bro, aku mimpi kau. Mesti kau rindu aku kan?' -11:33 am
'Dapat jumpa kau dalam mimpi pun aku dah lega.' -11:35 am
'Malam ni aku akad nikah. Dari dulu aku harap kau datang hari bahagia aku.' -11:37 am
'Tapi macam mana aku nak bahagia tanpa kau?' -11:37 am
'Aku tahu berat untuk kau terima. Aku minta maaf." -11.38 am
'Aku faham kalau kau benci aku. Tapi apa pun jadi, kau tetap sahabat aku.' -11.38 am
'Apa ni satu tick aje. Ke kau dah block aku? ☹' -11.40 am
Aizad meletuskan ketawa sebaik habis membaca hingga ke chat yang terakhir. Sweet sangat Khai ini, nak marah pun tak jadi. Kini baru Aizad faham kenapa Khai menjadi sahabatnya. Ketika dia hilang ingatan, dia selalu sangka buruk terhadap lelaki itu. Dia fikir lelaki itu berpura-pura bersahabat dengannya untuk mengambil kesempatan tetapi sangkaannya meleset apabila ingatannya sudah pulih. Dia sayangkan Khai tetapi sukar untuk dia menerima kenyataan bahawa Humaira lebih memilih lelaki itu.
Aizad bangun dari pembaringan. Jarum jam yang menunjukkan angka satu petang dikerli sekilas. Dia perlu lakukan sesuatu. Aizad segera mencapai kunci kereta di atas meja. Kemeja lengan pendek disarung ke badan. Kemudian dia pantas keluar dari bilik hotel menuju ke lobi.
GAIS, RILEKS. MIMPI JE HAHAH. ISH KALAU LYS BUAT BETUL-BETUL AIZAD BUNUH KHAI MAKA LAMBAT LAGILAH NOVEL NI NAK TAMAT XD 
-HA

Comments

Popular posts from this blog

FREE PRINTABLE MUTABAAH AMAL

AKU CINTA RAMADHAN!

2020: 366 PELUANG