Posts

Showing posts from July, 2019

HIJRAH BAB 19

Image
LANGKAHAN  demi langkahan yang diatur menuju ke tempat letak kereta semakin lama semakin perlahan. Lelaki itu menahan air mata yang mula bertakung di kelopak mata.  'No more tears, okay? You're gonna be happy without them. Please, be strong, dude!'  Hati lelakinya mula berkata-kata. Dia sudah bertekad tidak akan menangisi sesiapa yang pergi dari hidupnya. Dia sudah kehilangan semuanya. Semua yang dia miliki! Untuk apa lagi dia tangisi yang sudah pergi? Dia sudah kehilangan wanita yang dicintai, sahabat yang disayangi, dan keluarga yang selama ini menjadi tulang belakang dalam hidupnya.  Tiada siapa lagi yang peduli akan dirinya. Tiada siapa lagi yang sudi bertanya bagaimana perasaannya. Dia sudah merelakannya segalanya, buat apa lagi mahu difikirkan? Telefon bimbit yang tersimpan di dalam poket baju melayunya dikeluarkan. Ikon kenalan ditekan. Tertera di skrin 1400 nombor kenalan yang telah disimpan sekian lama sejak dia menggunakan telefon bimbit itu 2 ...

HIJRAH BAB 18

Image
KENDERAAN  pacuan empat roda itu meluncur dengan kelajuan sederhana di atas jalan raya. Humaira melontarkan pandangan ke luar jendela kereta. Pelbagai perkara bermain-main di kepalanya ketika itu. Perasaan pula sudah bercambur-baur sehingga sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Datin Sofia menggenggam tangan kiri Humaira. Dia faham benar perasaan Humaira ketika itu. Normal buat bakal pengantin berasa takut dan berdebar menunggu akad terlafaz. Namun berlainan bagi Humaira kerana dia tidak melalui fasa percintaan selama 3 tahun sebagaimana bekas kekasihnya, Aizad. Dia meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah soal perkahwinan yang bakal dibina tidak lama lagi. Bermula dengan musyawarah bersama ahli keluarga sehingga fasa taaruf yakni pertunangan, Humaira menyerahkan segala urusan kepada Allah melalui istikharah yang dilakukan berturut-turut. Bercinta sebelum nikah itu tiada kepastian yang kukuh tentang kemana sesuatu hubungan itu akan pergi. Berbeza dengan cara yang telah...