HIJRAH BAB 18


KENDERAAN pacuan empat roda itu meluncur dengan kelajuan sederhana di atas jalan raya. Humaira melontarkan pandangan ke luar jendela kereta. Pelbagai perkara bermain-main di kepalanya ketika itu. Perasaan pula sudah bercambur-baur sehingga sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Datin Sofia menggenggam tangan kiri Humaira. Dia faham benar perasaan Humaira ketika itu. Normal buat bakal pengantin berasa takut dan berdebar menunggu akad terlafaz. Namun berlainan bagi Humaira kerana dia tidak melalui fasa percintaan selama 3 tahun sebagaimana bekas kekasihnya, Aizad. Dia meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah soal perkahwinan yang bakal dibina tidak lama lagi. Bermula dengan musyawarah bersama ahli keluarga sehingga fasa taaruf yakni pertunangan, Humaira menyerahkan segala urusan kepada Allah melalui istikharah yang dilakukan berturut-turut. Bercinta sebelum nikah itu tiada kepastian yang kukuh tentang kemana sesuatu hubungan itu akan pergi. Berbeza dengan cara yang telah digariskan oleh Islam demi menjaga maruah dan memperoleh keberkatan hubungan itu.
"Humaira okey?" soal Datin Sofia sekaligus memecahkan keheningan di dalam kereta.
Humaira mengangguk sambil tersenyum manis. Sedangkan dalam hati Allah saja yang tahu bagaimana perasaannya. Di luar jendela, tersergam indah masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz dari jarak 500 meter. Cahaya lampu kebiruaan ditambah pula pada waktu malam tidak pernah gagal memukau mata sesiapa saja yang melihatnya. Jantung Humaira berdetak semakin laju. Kereta yang dinaikinya mula memasuki perkarangan masjid.
Di tempat letak kereta, Humaira dapat menangkap figura manusia yang sangat dikenalinya bersama beberapa orang yang memegang dulang hantaran. "Tengok apa lama sangat tu? Terpegun sebab bakal suami handsome sangat?" usik Dato Hamdan yang melihat Humaira dari cermin pandang belakang.
Mendengarkan usikan nakal Dato Hamdan, cepat-cepat Humaira membenamkan wajah ke bahu Datin Sofia. "Mama tengok papa!"
Datin Sofia hanya ketawa sambil menikmati momen indah bersama anak tunggalnya sebelum bergelar seorang isteri. "Bila lagi papa boleh usik anak papa ni. Nanti dah kahwin lagilah kena usik dengan suami. Mana nak lari?"
"Huh, jangan harap Khai nak usik Humaira macam papa buat selalu. Dia itu hati kayu, tak sweet langsung!" Kritik Humaira dengan riak wajah yang dibuat-buat.
"Humaira juga yang tak nak Khai berlebihan sebelum kahwin kan? Tengoklah dah kahwin nanti, emtah-entah dia lelaki paling sweet Humaira pernah jumpa. Jangan pandang rendah pada lelaki hati kayu itu, tau!" pesan Dato Hamdan lalu ketawa. Suka benar dia melihat muka tidak puas hati yang ditayangkan oleh Humaira.
Enjin kereta dimatikan. Belum sempat Humaira keluar dari perut kereta, telefon bimbitnya berbunyi menandakan terdapat mesej baharu tiba. Skrin di swipe ke atas. Satu pesanan ringkas daripada Jasmin tertera di skrin.
Assalamualaikum sayang. Check your email please. -Jasmin
Sebaik saja membaca mesej dari Jasmin, pantas jari Humaira menekan ikon email di skrin.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم"
Humaira, Kak Mien sayang adik lillah. Bila dah jadi isteri orang nanti, adik kena ingat, syurga adik di bawah telapak kaki suami. Tetapi jangan lupa mama yang pernah jadi syurga adik, okey? Taati suami, hormati ibu bapa. Akak doakan semoga adik terus istiqamah dan menjadi Muslimah solehah serta bidadari di syurga kelak. Ingat, hijrah itu tak dibentang karpet merah sebaliknya ditaburi duri-duri ujian yang menguatkan. Jangan putus asa walau apa pun yang terjadi. 😊
Adik nervous ke tu? Hehe, tak sangka nak jadi isteri orang dah. Akak minta maaf sebab tak boleh hadirkan diri ke majlis adik. Selepas akak pulang dari Singapore, kita jumpa ya? Akak ada buatkan nota ringkas untuk adik. Bacalah bila berkelapangan nanti.
Istiqamah dalam Berhijrah
• Definisi istiqamah
"Istiqamah adalah kamu berdiri di atas perintah dan larangan dan tidak terumbang ambing seperti musang (yang berlari ke sana ke mari)." -Saidina Umar alKhattab
Secara mudahnya istiqomah boleh difahami sebagai melakukan perkara baik secara berterusan dan ikhlas kerana Allah hanya untuk mencapai keredhaan Allah SWT.
Cara untuk istiqamah
• Mendekatkan diri kepada Allah dan merasakan pengawasan-Nya
• Apabila berhijrah, kerapkan diri untuk mendekati Allah. Lazimi diri dengan beribadat.
• Konteks ibadat tidak termaktub kepada solat dan puasa serta menutup aurat dengan sempurna sahaja.
• Setiap kali ke kelas, niat kerana Allah.
• Setiap kali memandang keindahan alam, ucap subhanAllah tanda ingat keindahan ini dengan kuasaNya. Maka dengan cara ini kita melatih diri untuk mengingati Allah dalam setiap tindakan kita.
• Apabila futur (putus asa) saat berhijrah maka ingat Allah sentiasa memerhati lalu berdoa untuk dikuatkan hati.
• "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; Maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (AlBaqarah:235)
• Bergaul bersama orang soleh.
• Menyedari kekurangan diri yang mudah goyah, kita seharusnya mencari bantuan. Maka bantuan terbaik daripada manusia ialah sokongan.
• Untuk mendapatkan sokongan yang sewajarnya bersahabatlah dengan orang yang mampu beristiqomah.
• Kenapa? Kerana dia sudah berjaya membuktikan dia mampu maka teladanilah dia.
• "Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya." (Hadis riwayat Abu Daud)
• Berdoa kepada Allah SWT supaya sentiasa dikurniakan istiqamah hingga akhir hayat.
• Sekerap mana pun kita berusaha untuk berubah dan istiqomah ingatlah pada pemberi hidayah. Allah SWT.
• Maka berdoa kepada Pencipta yang berkuasa mutlak dengan penuh rasa keinsafan dan rendah diri. Moga makbul.
• Ummu Salamah RA mengatakan, bahawasanya ada satu doa yang sering dibaca serta diamalkan oleh Rasulullah SAW yang berbunyi:
• "Yaa muqallibal qulub tsabbit qalbi 'ala diinik"
• "Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu." (Hadis Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Hakim serta disahkan sahih oleh Az Zahabi di dalam kitab Shahihul Jami')
Kesimpulan:
Istiqamah itu sangat penting, ramai juga yang tersungkur bertarbiyah lama, akhirnya menjadi futur.
Dah tidak lagi didalam suasana beragama, dah tidak lagi rindukan ilmu, dah tidak rindu lagi mengisi jiwa. Sebab itu pentingnya mencari suasana.
Berusaha untuk terus berada di dalam suasana ilmu agama. Adapun yg sudah ada suasana tanpa mencari, tetapi mensia2kan suasana yg ada.
Berubah itu memang payah, tetapi Istiqamah itu lagi payah. Tapi pernahkan kita dengar mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis.
Bak kata orang, mana ada benda percuma datang bergolek.
"Lahaula walla kuataillah billah. Ya Allah sesungguhnya aku tiada daya upaya selain mengharapkan bantuan-Mu."
Waallahualam."
Syukran Kak Mien! Bisik hati kecil Humaira. Malam ini adalah saat paling penting dalam hidupnya. Malam di mana dia akan menjadi isteri kepada orang yang dia sendiri tidak sangka itu jodohnya. Ya Rabbi, permudahkanlah!
***
"AKU terima nikahnya Humaira Safiyyah binti Hamdan dengan mas kahwin RM500 tunai..."
"Sah?"
"Sah!"
"Alhamdulillah..."
Usai solat sunat, sesi menyarungkan cincin pun tiba. Cahaya dari lensa kamera satu-persatu singgah ke pasangan pengantin baru yang kelihatan malu-malu untuk bersentuhan buat kali pertama.
Khai meletakkan telapak tangan di ubun-ubun isterinya lalu membacakan doa, "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya." (Riwayat Abu Daud).
"Mai nampak cantik." Bisik Khai setelah mengaminkan doa. Busana putih yang dipakai oleh Humaira mungkin nampak biasa dan tidak menawan di mata orang, tetapi berbeza pada pandangannya. Humaira kelihatan cantik tanpa perhiasan yang sarat di baju atau tudung. Wajah pula tidak 'diconteng' dengan tebal sebaliknya hanya bedak dan lipstick merah jambu.
Cantik hanya di mata Khai, bukan di mata lelaki yang bukan mahramnya.


Cantik hanya di mata Khai, bukan di mata lelaki yang bukan mahramnya

"Terima kasih Khai." Balas Humaira tanpa melihat wajah suaminya. Bagi satu guni, please! Nak sorok muka yang dah macam udang bakar ni! Hati Humaira meronta-ronta kerana tidak betah duduk disamping Khai dan dikeremuni ahli keluarga dan rakan-rakan yang sibuk mengambil gambar mereka.
"Khai... huh? We gonna talk about this later." Bisik Khai dengan suara yang sengaja mahu menakutkan Humaira.
Humaira tercengang. Ah, sudah! Dia tak puas hati ke aku panggil dia Khai? Kira okeylah tu sebab dah upgrade dari aku-kau. Humaira pandang Khai dengan senyuman sinis sebagai tanda bahawa dia tidak takut dengan kata-kata Khai sebentar tadi.
"Suami Mai handsome, kan?"
"Huh whattt?" Humaira angkat kening double-jerk. Soalan kelakar apakah ini?
"Siapa suruh tengok orang macam tu? Cuba senyum pandang kamera sana." Ujar Khai sambil cuba menahan ketawa. Jika ditanya perkara apa Khai paling suka buat dalam dunia ini, jawapan Khai adalah mengusik Humaira sampai muka dia merah macam udang bakar! Senyuman dan gelak tawa Humaira antara perkara yang Khai suka tengok.
Priceless.
Disebalik para tetamu yang bergilir-gilir untuk mengambil gambar bersama pengantin, ada seseorang yang memerhatikan pasangan itu sejak akad nikah dilafaz tanpa berganjak sedikit pun. Riak wajahnya juga tidak berubah. Senyum tidak, menangis apatah lagi. Riak wajahnya kosong, namun hatinya tersimpan seribu satu perasaan yang tidak mampu diungkap.
"...and she lived happily ever after." ujar lelaki itu perlahan lalu melangkah keluar dari masjid.
2 CHAPTERS MORE! MINTA MAAF SEBAB LAMA MENYEPI. MINTA MAAF JUGA SEBAB CHAPPY NI BOSAN DAN PENDEK. KOMEN SIKIT KATA-KATA SEMANGAT UNTUK LYS HABISKAN  NOVEL NI SEBELUM SAMBUNG STUDY BALIK :)
MOGA DIBERI ILHAM DAN IDEA. 

Comments

Popular posts from this blog

FREE PRINTABLE MUTABAAH AMAL

AKU CINTA RAMADHAN!

CERPEN : BAGAIMANA AKHIRNYA AKU JATUH CINTA