HIJRAH BAB 19



LANGKAHAN demi langkahan yang diatur menuju ke tempat letak kereta semakin lama semakin perlahan. Lelaki itu menahan air mata yang mula bertakung di kelopak mata. 'No more tears, okay? You're gonna be happy without them. Please, be strong, dude!' Hati lelakinya mula berkata-kata. Dia sudah bertekad tidak akan menangisi sesiapa yang pergi dari hidupnya. Dia sudah kehilangan semuanya. Semua yang dia miliki! Untuk apa lagi dia tangisi yang sudah pergi? Dia sudah kehilangan wanita yang dicintai, sahabat yang disayangi, dan keluarga yang selama ini menjadi tulang belakang dalam hidupnya. 
Tiada siapa lagi yang peduli akan dirinya.
Tiada siapa lagi yang sudi bertanya bagaimana perasaannya.
Dia sudah merelakannya segalanya, buat apa lagi mahu difikirkan?
Telefon bimbit yang tersimpan di dalam poket baju melayunya dikeluarkan. Ikon kenalan ditekan. Tertera di skrin 1400 nombor kenalan yang telah disimpan sekian lama sejak dia menggunakan telefon bimbit itu 2 tahun lalu. Di ruangan carian, dia menaip nama 'Adam Khairul'. Sebaik nombor lelaki itu tertera di skrin, dia memejam mata beberapa saat sebelum memadam nombor itu. Selepas itu, dia mencari ikon album lalu mula memadam semua gambar tanpa meninggalkan walau sekeping gambar. Aplikasi Whatsapp pula menjadi sasaran seterusnya. Terdapat lebih 23 mesej belum dibaca sebaik aplikasi itu dibuka. Tanpa menghiraukan mereka yang cuba memujuknya sejak beberapa hari lalu, dia terus memadam akaun Whatsapp itu. Dia bercadang mahu membeli nombor baharu esok hari agar tiada sesiapa lagi dapat menghubunginya.
Dia mahu move on.
Dia mahu melupakan semua perkara yang sudah terjadi.
Jika boleh dia mahu memulakan kehidupan baru di tempat lain. Jika bukan di tanah air sendiri, dia mahu tinggal di luar negara. Semuanya sudah dirancang di dalam kepalanya, cuma tinggal direalisasikan saja. Setelah memadam apa yang patut, dia menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar lalu mengeluarkan kunci kereta. 
"Abang Jad!" Suatu suara dari beberapa meter di belakang melaungkan namanya.
Dia sangat mengenali pemilik suara itu.
Alia Alwani. Mustahil dia tidak mengenali adik kandung sendiri.
Aizad tidak menoleh apatah lagi memberhentikan langkahnya. Sejurus selepas itu, sepasang tangan merangkul tubuhnya dari belakang. Kemudian terasa kepala gadis itu menyembam di belakang badannya. Pelukan kemas di pinggang telah menghentikan langkahnya.



 Pelukan kemas di pinggang telah menghentikan langkahnya

"Abang Jad... Where have you been?" Rengek gadis itu lalu menangis.
"Please, stay. We need you, abang. Please, I beg you..."



Aizad kaku

Aizad kaku. Dia hanya khali tanpa menggerakkan badannya. Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya tumpah mengalir ke pipi.
"I need you, abang. Please. Do you love me, right? I'm your forever baby girl, right?"
Suasana masih sunyi tanpa kedengaran suara Aizad menjawab persoalan demi persoalan yang ditimbulkan oleh gadis itu. Aizad menundukkan kepalanya. Dia terus menangis tanpa suara. Sepasang tangan yang merangkul pinggangnya semakin mengetatkan rangkulan dengan esak tangis yang kuat. 
"Say something, abang. You will never leave me, right? You promised you would never leave me. Now, its time for you to fulfill your promise."
"Let me go..." Aizad bersuara dengan suara yang sudah berubah serak. Dia cuba meleraikan tangan Alia di pinggangnya tetapi semakin dia cuba, semakin Alia mengemaskan pelukannya.
"No, I won't"
"I said let me go Alia!" Jerit Aizad lalu menepis tangan Alia sekaligus mendorong Alia ke belakang.
Tiada tanda-tanda Alia mahu berhenti menangis. Sebaik sahaja Aizad memusingkan badan untuk menghadapnya, Alia memberanikan diri untuk bertentang mata dengan abangnya itu.
"Then what now, abang? Abang nak lari ke mana lagi? Please, keep your ego aside for your loved ones. It's better to lose your ego than you lose the one you love because of your ego. Please?" Alia menghampiri Aizad dan cuba untuk meraih tangan lelaki itu.



Aizad menundukkan kepala dengan seribu satu perasaan yang sukar diungkap

Aizad menundukkan kepala dengan seribu satu perasaan yang sukar diungkap. Air mata Alia mula membasahi tangannya. Dia tahu ego telah menguasai dirinya. Dia punya banyak pilihan. Boleh saja dia memilih untuk pulang ke rumah dan menganggap seperti tiada apa yang berlaku. Mengapa dia perlu memilih untuk berjauhan daripada keluarganya yang jelas masih sayang akan dirinya?
Bukankah itu ego? Ego yang sentiasa mahu menang dalam semua perkara.
Aizad merapatkan tubuhnya dengan Alia. Kepala gadis itu yang diliputi tudung shawl biru diusap perlahan.
"Tell me why I can't leave?"
Alia berhenti menangis. Tangan Aizad digenggam erat. Sebenarnya jarang seorang Alia Alwani nak bermanis bergula dengan orang lain. Tetapi disebabkan abang sendiri buat perangai macam budak-budak dengan lari rumah, dia cuba nasib sajalah.
"You must think that I'm stupid
You must think that I'm a fool
You must think that I'm new to this
But I have seen this all before
I'm never gonna let you close to me
Even though you mean the most to me
'Cause every time I open up, it hurts
So I'm never gonna get too close to you
Even when I mean the most to you
In case you go and leave me in the dirt
But every time you hurt me, the less that I cry
And every time you leave me, the quicker these tears dry
And every time you walk out, the less I love you
Baby, we don't stand a chance, it's sad but it's true
"
"Wait... lirik lagu, huh?" Aizad angkat kening. Kantoi.
Alia tersengih. "Too good at goodbyes, Sam Smith."
"I know, my dear," Aizad memusingkan bebola matanya. Dia fikir abang dia tak dengar lagu, agaknya. Semua lagu dia dengarlah! Cuma tak simpan dalam album phone je.
"The reasons why you can't leave us are... Hm, too many. I can't list them all."
"Okay then, tell me one."
Alia menghembus nafas berat. "Because you are everything for me, abang."
"Wow," Aizad tersenyum dengan rasa terharu.
"Kalau abang tak ada, siapa lagi nak usik adik? Siapa lagi nak suruh adik masak maggie tengah malam lepastu tengok movie sama-sama? Siapa lagi nak bayar cash on delivery barang yang adik beli online? Siapa lagi nak kena marah dengan mama dan papa untuk kesalahan yang adik buat?"
Aizad tergelak. Nampak sangat selama ini Alia yang lebih suka buli abang dia, bukan abang yang buli si adik. "Wow, that more than one."
Alia tarik muka tanda protes. 
"Thanks, adik. Abang fikir abang dah tak ada sesiapa. Abang minta maaf sebab dah menyusahkan semua orang. Abang tak akan tinggalkan Alia, mama dan papa. Abang will stay with you guys, okay?"
"Promise?"
"InsyaAllah, abang promise!"
Dan janganlah sekali-kali engkau mengucapkan : Sesungguhnya aku akan melakukan hal itu besok. Kecuali (dengan mengucapkan) InsyaAllah. Dan ingatlah Tuhanmu ketika engkau lupa. Dan Ucapkanlah: Semoga Tuhanku memberikan petunjuk pada jalan terdekat menuju hidayah (Q.S al-Kahfi ayat 23-24). 



***

***
"Abang janganlah balik dulu. Tunggu mama dan papa. Majlis nak habis dah tu," Pujuk Alia. Kelihatan para tetamu yang hadir ke majlis akad nikah di antara Humaira dan Khai beransur keluar dari pintu masjid.
"I'm not ready yet to face them, adik. Abang pergi dulu, esok abang balik rumah okey?"
"Tapi mama dan papa mesti happy dapat jumpa abang. Why not balik rumah malam ni je?"
"Adik..." Aizad merenung Alia dengan panahan anak mata yang tajam. Dia berharap Alia faham situasinya sekarang. Dia masih belum bersedia untuk bertemu yang lain. Sedangkan untuk berada di majlis pernikahan sahabat dan wanita yang dicintai pada malam itu juga memerlukan kekuatan yang luar biasa.
"Okay fine. Alia tak nak paksa abang. Tapi abang janji bila abang dah bersedia, abang balik rumah okey?"
"Baiklah, Alia Alwani. I get to go now. Nanti diaorang nampak abang susah pula." Kunci kereta dibuka.
"Take care, abang! I'm glad to see you here. Alia tak sangka abang sudi datang,"
"Alia..."
"Yes?"
"Jangan beritahu sesiapa abang datang sini tau?" Pesan Aizad lalu membuka pintu kereta.
"Ya, Alia promiseAbang, stay strong. You deserve someone better. Really. Kak Humai..."
Aizad segera memotong kata-kata Alia. "She will be happy with Khai. Abang yakin. Dah pergi dekat mama papa. Take care baby girl!"
"Drive safe!"
Kereta Audi A8 milik Aizad segera keluar dari perkarangan masjid. Malam ini, semuanya sudah berubah. Aizad tahu dia perlu menjernihkan semula hubungan dengan keluarganya. Mungkin nikmat yang telah hilang supaya dia sedar diri bahawa dia hanyalah manusia biasa. Kekuasaan Allah itu tidak terlawan kerana Dia Maha Besar. Walau sejauh mana dia usaha untuk mengubah sesuatu yang sudah tertulis bukan miliknya, selamanya dia tidak akan mampu.



 Walau sejauh mana dia usaha untuk mengubah sesuatu yang sudah tertulis bukan miliknya, selamanya dia tidak akan mampu

Siapa sangka, wanita yang dicintai bertahun-tahun lamanya, ternyata jodoh orang lain. Tiada siapa yang lebih tahu, melainkan Allah yang Maha Mengetahui. Allah juga lebih tahu siapa sebenarnya pelengkap separuh keimanan Aizad Hakim. Semestinya bukan Humaira kerana wanita itu jelas milik Adam Khairul.

DAH TAMAT KE? HM... KOMEN BANYAK BANYAKKK KALAU NAK LAST CHAPTER! TAK SANGKA DAH NAK TAMAT OMG IM CRYINGGG :') IF KALIAN NAK REQUEST HIJRAH 2 COMMENT DOWN BELOW OKAY! LYS DAH DAPAT IDEA UNTUK #HIJRAH2 TAPI KALAU TAK ADA SAMBUTAN MALAS LA NAK TULIS.
BTW, NOVEL NI BERJAYA MASUK #WATTYS19! ALHAMDULILLAH. DOAKAN NOVEL NI MENANG TAU? AAMIIN!
GIRLS YANG TAK FOLLOW LAGI INSTAGRAM SIS PI FOLLOW CEPATTT! IG: @hanisalysa

Comments

Popular posts from this blog

FREE PRINTABLE MUTABAAH AMAL

AKU CINTA RAMADHAN!

CERPEN : BAGAIMANA AKHIRNYA AKU JATUH CINTA