HIJRAH BAB 21 (LAST CHAPTER)
BISMILLAH. LAST CHAPTER, 3022 WORDS. ENJOY YOUR READING! :) SEMINGGU telah berlalu sejak akad nikah yang menyatukan Humaira dan Khai. Dua hari sebelumnya, mereka telah berpindah ke rumah yang dihadiahkan oleh Dato Hamdan yang terletak di Kota Damansara. Walaupun Khai sudah bertegas untuk tidak menerima sebarang bentuk bantuan daripada keluarga Humaira, Dato Hamdan tetap berkeras mahu memudahkan kehidupan pasangan itu. Pada awalnya, Khai sudah berhasrat mahu mengusahakan sendiri pembelian rumah pertamanya demi keselesaan Humaira dan bakal anak-anaknya nanti. Tetapi setelah dipujuk oleh Dato Hamdan, Khai terpaksa akur dengan kemahuan bapa mertuanya itu. "Papa harap kamu tak keberatan untuk terima hadiah daripada papa ni. Papa cuma nak kehidupan anak menantu papa selesa," pujuk Dato Hamdan sambil menyuakan segugus kunci kepada Khai. Khai kehilangan kata. Kunci yang disuakan oleh Dato Hamdan tidak disambut. "Saya minta maaf, pa. Tapi saya rasa serba salah nak...