Posts

TUTORIAL: HOW TO CHANGE BLOG CURSOR

Image
Salam alayk everyone! :) How was your day? I hope everything smooth for you! Today, my tutorial is about how to change mouse cursor in Blogger to animated cursor in an easy way. Yes, it is sooo easy! Inhale, exhale. Fuh. This is my first blogging tutorial since I started blogging 4 years ago. Looks like a newbie, huh? So, how do I change my blog cursor?   But first, are you wondering what is blog cursor that I am talking about? Look at the picture below! As you can see in this blog, I used rose cursor. You also can have the same cursor as mine if you follow my simple steps. Now, let's begin. Step 1:  Go to this  link  to choose your own cursor. There's a lot of cute cursors for you to choose from! Then, you will be directed to this website, Now you can choose any cursor that you want. Click on the cursor. As you can see, I choose the Golden Snitch cursor. Then, scroll down until you see this code, Then, you can copy the code

FREE PRINTABLE MUTABAAH AMAL

Image
Salam 2020! Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan, mutabaah amal khas untuk kalian! Ada 6 pilihan warna tau. Dah lama buat sebenarnya tapi baru ada masa nak kongsikan. Silakan print dan kongsikan pada rakan-rakan okey? Susah nak istiqamah kan? Nak tahu prestasi ibadah kalian setiap hari? Gunalah amal tracker atau mutabaah amal untuk lihat sejauh mana kalian bersungguh-sungguh buat ibadah. Ingat, kita tak berlumba dan bersaing dengan sesiapa. Tapi kita bersaing dengan diri kita yang semalam. Kita mesti nak jadi lebih baik hari demi hari kan? Jangan terburu-buru buat amalan yang berat. Mungkin boleh buat hari ini istighfar 100 kali. Kemudian cuba istiqamah buat seminggu. Nanti bila dah mampu, cabar diri tambah bilangan pula. Nak jadi baik memang payah, tapi berbaloi. Dekat dunia memang penat jadi baik. Dekat akhirat nanti kita akan nampak hasilnya. Kalau nak share mutabaah amal ini, jangan share link download, tapi share link blog ini, okey? Mutabaah amal ini adalah untuk k

2020: 366 PELUANG

Image
Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah kita sudah memasuki tahun 2020. Umur semakin meningkat, tanggungjawab semakin berat, dunia pula semakin tenat. Bila check tahap Iman, masih lagi sama seperti tahun tahun yang lalu(sayalah tu). Apa yang sudah berjaya kalian capai pada 2019? Pasti banyak, kan? Mungkin ada dua tiga goals yang masih tak tercapai itu biasalah. Saya pun ada satu impian yang masih tak tercapai sejak 3 tahun lalu hahah. Kadang apa yang kita mahu belum tiba masanya untuk jadi milik kita. Teruskan usaha, tiba masa Allah pasti izinkan. 2019 mengajar saya tentang betapa pentingnya pergantungan yang kuat kepada Allah swt. Hanya Dia tempat kita bergantung harap dan memohon bantuan. Dua tahun sebelumnya, saya diuji dengan persahabatan dan perpisahan ibu bapa. Disebabkan itu, saya mempunyai masalah sukar untuk mempercayai orang lain. Saya jadi takut untuk membenarkan orang baru masuk dalam hidup saya kerana saya fikir, mereka pasti akan meninggalkan saya sepertimana ayah men

CERPEN : BAGAIMANA AKHIRNYA AKU JATUH CINTA

Image
Nama aku Adam Benjamin bin Adam Edward. Aku dilahirkan dalam keluarga yang langsung tak tahu apa-apa tentang Islam. Perkara yang asas itu tahulah, itupun rasa malas gila nak buat. Mama dan papa aku muallaf. Mama aku berasal daripada Manilla, Filipina tetapi menetap di Malaysia sejak kecil lagi. Papa pula berdarah Australia. Hasil daripada perbezaan dua negara itu, maka lahirlah aku sebagai seorang lelaki yang digilai oleh ramai wanita kerana paras rupaku yang menepati ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita.  Cewahh ! Namun, imanku senipis kulit bawang kerana dari kecil aku tidak mempraktikkan cara hidup seorang Muslim dalam kehidupan seharian. Senang kata, aku Islam tetapi hanya di atas kad pengenalan. Sejak kecil, aku mendapat semua benda yang aku mahukan. Tetapi selama 17 tahun aku hidup di muka bumi beratapkan langit biru ciptaan Ilahi ini, aku masih tidak dapat merasakan ketenangan. Hati aku terasa kosong, seperti ada sesuatu yang hilang. Lalu aku pujuk diri dengan isi hati y