HIJRAH BAB 5



DATO ZIKRI memperlahankan suara televisyen apabila melihat Aizad melalui ruang tamu untuk ke tingkat atas. Ada sesuatu yang dia mahu tanyakan kepada anak bujangnya itu. "Aizad, sini sekejap." Dato Zikri menunjukkan isyarat supaya Aizad dudkuk di sofa berhadapan dengannya.
Baru sahaja memijak satu anak tangga, Aizad memusingkan badannya lalu mengatur langkah ke arah Dato Zikri. Senyuman diukir manis kepada ayah yang disayanginya.
"Ya papa?" Aizad membuka jaket kulit yang tersarung di tubuh lalu duduk bertentangan dengan Dato Zikri. Jaket itu dilipat dan diletakkan di atas riba.
"Kamu dari mana?" soal Dato Zikri serius.
"Jad jalan-jalan, luangkan masa yang masih berbaki di malaysia." suara Aizad mendatar. Terasa kekok apabila berbual secara empat mata walaupun dengan bapa sendiri. Sejujurnya, dia tidaklah rapat mana dengan Dato Zikri. Lelaki itu sentiasa sibuk dengan kerjanya, sukar untuk meluangkan masa dengan anak dan isteri. Aizad memahami tanggungjawab papanya itu. Mereka dapat hidup selesa dan mewah seperti sekarang kerana siapa lagi jika bukan hasil daripada kerja keras Dato Zikri. Tidak lupa juga asbab Allah yang memberi rezeki kepada mereka sekeluarga.
"Dah solat zuhur belum?" Dato Zikri agak tegas bila bab agama. Dia bersyukur sejak kebelakangan ini, Aizad sudah menunjukkan perubahan. Anak lelakinya itu sudah rajin solat dan mengaji. Kalau sebelum ni, pantang ditegur Aizad pasti memberontak.
"Sudah. Jad solat kat surau tadi." balas Aizad tenang. Kali ini dia tidak perlu lagi mencipta alasan atau berpura-pura sudah menunaikan solat. Dia solat kerana sedar tanggungjawabnya sebagai hamba, bukan kerana takut dimarahi oleh Dato Zikri.
Jeda. Dato Zikri hanya merenung wajah anak kesayangannya itu. Jelas kelihatan dari raut wajah Aizad bahawa dia sedang menyimpan satu rasa yang tiada siapa tahu. Dato Zikri yakin ada sesuatu yang menggangu fikiran Aizad. Jika tidak, mengapa Aizad tiba-tiba sahaja mahu belajar di luar negara. 
"Jad betul-betul nak belajar dekat sana ke?" soal Dato Zikri buat kali yang kedua. Dia dan isterinya, Datin Zahra sudah sepakat untuk membenarkan Aizad belajar di luar negara. Tetapi separuh hati mereka tidak rela untuk melepaskan satu-satunya anak lelaki mereka tinggal berjauhan di tempat orang.
"Yup. Jad dah fikir masak-masak. Bukan masak je, dah hangit pun. Hehe." sempat Aizad melawak. Dato Zikri ketawa. Sudah lama mereka tidak berkumpul seperti itu kerana masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Dato Zikri akui dia tidak banyak meluangkan masa dengan keluarganya, tetapi dia tetap mengambil tahu akan setiap perkara yang berlaku.
"So, bila Jad nak pergi sana?"
"Terpulang pada papa dan mama, Jad tak kisah. Manalah tahu papa, mama dan Alia nak spend time dengan Aizad lagi ke? Takut rindu pula bila Aizad dekat sana nanti. Hahaha!" Aizad tersengih. Kalau boleh dia tidak mahulah terburu-buru meninggalkan Malaysia. Dia sudah menguruskan pasport dan proses pertukarannya ke universiti di sana, namun hatinya terasa berat mahu meninggalkan Malaysia. Nampak sangat tak matang sebab bila ada masalah saja mesti lari ke luar negara, tak ke?
Kadang-kadang, kita perlu lari daripada realiti yang menyakitkan untuk mengubati hati sendiri. Dan kadang-kadang, kita perlu meneroka dunia luar untuk lebih mengerti makna hidup. Matlamat Aizad adalah dia mahu mengenal Allah, dia mahu isi kekosongan hatinya dengan cinta Rabb.
"Eleh, tak ada makna nak rindu kamu. Papa rasa Jad yang akan rindu buah hati dekat sini." sakat Dato Zikri.
"Buah hati? Jad mana ada buah hati. Rasanya cuma mama dan papa je buah hati pengarang jantung Jad, tak ke?" Aizad mengangkat sebelah keningnya. Dalam hati tertanya-tanya juga siapa buah hati yang dimaksudkan oleh Dato Zikri.
"Humaira?"
Aizad menarik senyuman nipis apabila nama itu disebut. Sungguh dia lupa bahawa papanya tahu akan hubungannya dengan Humaira. Selama tiga tahun dia bersama Humaira, langsung tidak pernah Aizad membawa Humaira berjumpa dengan Dato Zikri dan Datin Zahra kerana mereka tidak suka Aizad mempunyai hubungan dengan mana-mana perempuan selagi belum tamat belajar.
"Oh. Kami dah putus lah papa." balas Aizad mendatar. Matanya merenung kaki yang bersarung stoking hitam. 'Humaira, saya rindu awak!' Aizad beristighfar. Entah mengapa bayangan  wajah Humaira sering bermain-main dalam fikirannya.
"Dah putus? Alhamdulillah..." Dato Zikri mengucap syukur. 
"Ini ke maksud papa selama ini?" soal Aizad spontan. Dato Zikri hanya tersenyum, menidakkan tidak, mengiakan juga tidak.
"Humaira dah berubah. Dia yang putuskan hubungan kami. Mula-mula Jad bantah. Jad tak nak hilang dia, pa. Tapi dia tetap berkeras. Tapi sekarang, Jad dah boleh terima. Jad cuba walaupun susah untuk Jad lepaskan Humaira. Jad rasa nak berubah juga. Dengan diri Jad yang teruk macam ni, Jad tak layak untuk dia. Selama ni, Jad sibuk cintakan Humaira daripada mencintai Allah. Jad rindu Humaira melebihi rindu Jad pada Allah. Mungkin tak pernah ingat Allah langsung. Jad banyak sangat dosa. Dosa Jad pada papa dan mama, dosa dengan manusia di sekeliling Jad. Jad takut Allah tak ampunkan dosa Jad..." jelas Aizad. Dirinya dihimpit rasa berdosa.
Kini Aizad nampak hikmah kenapa Dato Zikri sering berpesan agar menjauhi Humaira dan jangan sentuh gadis itu. Ternyata cara hidupnya selama ini telah melanggar perintah Allah.
Dato Zikri tercengang mendengar pengakuan Aizad. Hatinya mengucap syukur tanpa henti. Sungguh, dia sangat bersyukur.  "Aizad, Allah Maha Pengampun. Dia maafkan semua dosa hambanya kalau kita mohon sungguh-sungguh. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba yang mahu bertaubat. Jad, papa gembira tengok Jad yang sekarang. Kekalkan macam ni ya? Berubah betul-betul dan istiqamah. Kalau ada jodoh tak kemana pun Jad. Larilah sampai hujung dunia sekali pun. Sama ada jodoh atau ajal yang sampai dahulu itu semua dah tertulis di Luh Mahfuz. Doa pada Allah agar Allah jagakan Humaira." Dato Zikri merenung tepat muka Aizad yang terlihat keruh.
Aizad mengangguk. Dia mendengar sahaja 'tazkirah' ringkas dari ayahnya, heronya dunia akhirat. Jika sebelum ini, dia marah apabila Dato Zikri dan Datin Zahra menasihatinya, kali ini dia mahu menebus semua dosanya. Dia akan berbakti kepada ibu bapanya sehingga akhir nafas.
"Baik pa. Terima kasih. Maafkan salah silap Jad selama ini sebab kurang ajar dengan mama dan papa." Aizad terus mendapatkan Dato Zikri. Tubuh lelaki yang semakin dimamah usia itu didakap erat.
"Papa dah lama maafkan." Dato Zikri menepuk perlahan belakang Aizad.
"Assalamualaikum!" Satu suara memberi salam di muka pintu.
Aizad meleraikan pelukannya.
"Hah, Jad. Macam suara Alia. Pergi tengok." Arah Dato Zikri.
Aizad terus berlari ke muka pintu. "Waalaikumussalam. Adik! Kenapa balik tak cakap?" Terkejut beruk Aizad melihat adik kesayangannya. Lama mereka tidak berjumpa kerana Alia belajar di Sabah.
Alia tersengih lalu mengucup tangan Aizad. "Kut iya pun bagilah adik duduk dulu. Penat tau! Papa dengan mama ada?" Sneakers ditanggalkan dari kaki.
"Papa ada tu, dekat ruang tamu. Mama keluar kot." Aizad dan Alia berjalan ke ruang tamu.
"Assalamualaikum papa!!" Alia mengucup tangan Dato Zikri lalu memeluknya. Lepaskan rindu yang terbuku selama lapan bulan.
"Waalaikumussalam. Sampai pun buah hati papa ni. Sihat? Macam mana kat sana? Maaf papa tak ikut Pak Mat ambil Alia dekat airport." Dato Zikri mengusap lembut kepala Alia lalu Alia mengambil tempat duduk disebelah Aizad.
"Sihat alhamdulillah. Sokay pa. Alia tak nak susahkan papa. Hah, abang! Dengar cerita abang nak belajar luar negara? Kat mana?" Alia menepuk lembut peha Aizad.
"Eh sekejap. Papa dah tahu Alia balik hari ni? Kenapa tak bagitahu Jad? Pandai eh semua berahsia dengan Jad." Aizad menarik muka masam.
"No comment. Kamu tanyalah adik kesayangan kamu tu. Semuanya rancangan dia." Dato Zikri menjongket bahunya. Aizad mengalih pandangannya kepada Alia disebelah. Sebelah keningnya dijongket, tanda meminta penjelasan daripada Alia.
"Hee. Alaa abang rileks lah. Adik saja suruh papa dengan mama rahsiakan. Wait. I've something for you!" Alia membuka zip beg galasnya.
"Okey nah! Keychain from Sabah!!! Cantik kan?" Alia menghulurkan sebuah keychain kepada Aizad.
"Ini je? Dekat kedai serbaneka berlambak abang boleh dapat dik. Adik ni kedekut betul lah. Macam tak ada benda lain kat Sabah tu selain keychain. Ambil lah abang taknak." Aizad memeluk tubuh.
"Eh eh mat salih ni. Banyak songeh pula. Bersyukur lah sikit. Nasib baik adik ingat abang tau. Taknak sudah, adik bagi mama." Alia menjelir lidah.
Aizad menyiku kepala Alia menyebabkan tudung di kepala Alia senget. "Abang, sakitlah! Ishhh..." Alia merengus geram. Dia membetulkan kedudukan tudungnya.
"Padan muka. Jangan main-main dengan mat salih. Huh."
"Eleh mat salih celup." sindir Alia.
"Janji hensem macam Tom Cruise."
"Adik lagi cantik macam Diana Amir."
"Tak tanya pun."
"Tak tanya sudah nama abang bedah." Alia masih tidak mahu mengalah.
"Amboi, elok-elok mama kasi nama Aizad. Suka hati je tukar nama abang bedah."
"Suka hati lah."
"Ishh geram pula aku."
Dato Zikri hanya menggeleng melihat telatah anak-anaknya. Pantang berjumpa, pasti bergaduh. 
*********
"Laaa... jadi Humaira dengan Aira dah lama kenal Khai?" Puan Amnah ketawa kecil. Kecil betul dunia ini.
Humaira dan Aira mengangguk serentak. Khai hanya tersengih.
"Kenal sangat makcik. Budak poyo kat kolej." sindir Aira.
"Hah, berbual lah dulu. Makcik nak ke dapur sekejap," Puan Amnah berlalu ke dapur.
"Ain kata abang Ain baru balik dari Johor?" soal Humaira.
"Hee. Maaf kak. Saya tahu akak kenal abang Khai, sebab tu saya cakap macam tu. Kalau tak akak tak nak ikut saya datang sini. Maafkan saya kak." Ain mengaku kesalahannya.
"Alahai... Lain kali jangan menipu lagi ya Ain. Akak maafkan."
"Khai, betul ke Aizad nak belajar luar negara?" Humaira mengalih pandangannya kepada Khai.
"Iya. Tapi dia tak pergi lagi. Ada lagi dekat sini." jawab Khai jujur. Dia tahu mesti Aira yang beritahu pada Humaira.
"Dia belajar kat mana?"soal Humaira lagi.
Ishh, kenapa banyak soal pula aku ni. Lantak lah mamat tu nak belajar kat mana pun. Bukannya ada kena mengena dengan aku. Humaira memarahi dirinya.
Khai memandang Aira. Tidak tahu apa yang mesti dia jawab. Tak mungkin nak beritahu hal sebenar. Dia dah janji dengan Aizad. Dia dan Aira aje yang tahu. Aira menggelengkan kepalanya.
"Woi Khai! Yang kau pandang je Aira kenapa. Jaga mata bro. Jawab lah aku tanya tadi."
Tersentak Khai. Aira menahan ketawa.
"Err... Aizad tak cakap pula dekat aku." Khai menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Dia harap sangat Humaira tidak mengesyaki apa-apa.
"Oh okey. Aku balik dulu ya Khai. Jom Aira. Dah nak masuk Asar dah ni." Humaira sudah berdiri.
Aira menghabiskan baki air di cawannya.
"Sekejap. Ibu! Kawan along nak balik dah ni!" Khai memangil Puan Amnah.
Tergesa-gesa Puan Amnah ke ruang tamu.
"Hati-hati memandu ya. Lain kali datang lagi." Mereka bersalaman.
"InshaaAllah makcik." Humaira memeluk erat Puan Amnah. Rindu pula dia pada mamanya. Dah lama tak balik rumah. Sibuk punya pasal.
Kereta milik Humaira meluncur keluar dari kawasan rumah Khai.
"Adik ni memandai je ajak Humaira datang sini." Khai menjeling Ain sekilas.
"Ala, biarlah. Abang ajak kawan abang datang rumah boleh pula." Ain terus mengatur langkah ke biliknya.
"Along, ibu tengok Humaira tu baik aje. Cantik, sopan santun..."
"Hah ibu. Mula lah tu." Khai mencapai papan luncurnya.
"Along ni suka potong ibu cakap. Ni nak pergi mana pula ni?" Khai sudah menyarungkan kasut ke kakinya.
"Main skate lah bu. Tadi tak jadi sebab minah dua orang tu lah."
"Iya lah. Balik sebelum maghrib tau."
"Okey ibu." Khai mengucup tangan Puan Amnah lalu berjalan ke arah motornya.


Comments

Popular posts from this blog

FREE PRINTABLE MUTABAAH AMAL

AKU CINTA RAMADHAN!

CERPEN : BAGAIMANA AKHIRNYA AKU JATUH CINTA