HIJRAH BAB 9




2 TAHUN KEMUDIAN...
Humaira membelek-belek album ditangannya yang terdapat gambar-gambarnya bersama Aira sejak di bangku sekolah rendah. Air matanya pantas mengalir setiap kali teringatkan Aira. "Aira Batrisya.. tunggu aku di syurga.." Dua tahun sudah berlalu, dia masih tidak dapat melupakan Aira. Dia tetap merasakan sahabatnya itu ada disampingnya.
Humaira mengingati semula saat Aira berada dalam keadaan kritikal. Luekimia stage 4.
"Humaira..." Aira cuba sedaya upaya untuk bercakap. Sudah sebulan dia ditahan di dalam wad. Tiba masa dia pergi menghadap ilahi. Meninggalkan dunia yang bagaikan penjara.
Humaira menggenggam tangan Aira. Air matanya mengalir membasahi pipi.
"Aira.. aku tahu kau kuat.." Humaira mengusap lembut kepala Aira. Aira mengukir senyuman manis. Siapa sangka itu senyumannya yang terakhir.
"Weh, jangan nangis. Aku tak mampu nak lap air mata kau." pujuk Aira dengan nada suara yang mendatar.
Humaira menggeleng lemah. "Aira... kau dah janji kan nak belajar sama-sama dengan aku? Kau kena tepati janji kau. Aira... kau kuat kan?" Humaira menangis teresak-esak. Ahli keluarga Aira yang berada di dalam wad itu turut menangis.
Aira senyum lagi. "Aira... kenapa tak pernah beritahu mama pasal penyakit Aira? Kenapa buat mama macam ni?" Puan Syifa, ibu Aira mengusap lembut kepala Aira.
"Hee... Aira taknak semua orang sedih. Biar Aira tanggung sendiri penyakit ni. Bila Aira dah pergi..." 
"Shhh... Kau akan sihat. Percaya cakap aku." Humaira tersenyum dalam tangisan.
"Aira sayang semua.... Humaira, aku sayang kau. Maafkan salah silap aku. Jangan futur...," tersekat-sekat suara Aira.
Humaira menekup mulut. Dia tahu sudah tiba masa. "Mengucap sayang.." Puan Syifa mengajar Aira mengucap. Aira mengikut tenang. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi HUmaira dan Puan Syifa.
Humaira terus berlari keluar. Dia tidak kuat. Kenapa mesti Aira? Soalan itu bermain difikirannya. Tanpa sedar, Humaira telah mempertikaikan perancangan Allah. Dia berjalan kaki pulang ke rumahnya. Hujan mula turun dengan lebat.
Khai yang menunggu diluar wad tadi mengejar Humaira apabila melihat gadis itu berlari keluar dari wad Aira. Dia dapat mengagak apa yang terjadi. Dia mendapatkan keretanya bila melihat Humaira telah keluar dari kawasan hospital.
Pin! Pin!
Khai menekan hon keretanya. Humaira tidak menghiraukan Khai. Langkahnya tetap diteruskan. Hujan semakin lebat. Khai risau. Humaira seperti orang hilang akal! Dia takut Humaira pengsan ditepi jalan. Ya Allah Humaira, jangan buat aku risau!
Khai menurunkan cermin keretanya. "Humaira, masuk! Nanti kau sakit! Masuk sekarang!"
Humaira mengendahkan. Air matanya mengalir bersama air hujan yang turun. Dia masih tidak boleh menerima kenyataan akan kepergian Aira sebentar tadi.
"Humaira masuk! Jangan degil!" Khai tetap memujuk. Dia memperlahankan keretanya menyaingi langkah Humaira.
"Tinggalkan aku!"
"Tak!" Khai menjerit geram.
"Aku nak mati... Aku nak ikut Aira..."
"Astargfirullah. Mengucap, Humaira. Jom, aku hantar kau balik. Naik cepat. Please jangan buat aku risau macam ni." Humaira menggeleng. Dia langsung tidak boleh berfikir dengan waras ketika ini.
"Humaira, Allah lebih sayangkan Aira. Kau kena terima. Jangan macam ni. Cepat masuk!" Khai semakin risau melihat Humaira yang nekad untuk berjalan dalam hujan.
Humaira memicit kepalanya. Matanya menjadi kabur. Dunia terasa berputar.
Pitam.
*********
"Innalillahiwainnailahirajiun..." Aizad bagaikan tidak percaya apa yang disampaikan oleh Khai. Aira yang nampak periang, tidak sangka ada penyakit berbahaya. Dia langsung tidak risau akan penyakitnya. Malah menyembunyikan tentang penyakitnya dari orang lain semata-mata ingin melihat orang di sekelilingnya gembira.
"Jadi macam mana dengan Humaira?" Soal Aizad.
"Dia pengsan tepi jalan tadi. Sekarang aku dekat hospital. Dia ada kat dalam wad. Tak sedar lagi. Kesian aku tengok. Dia tak boleh terima Aira pergi tinggalkan dia." jawab Khai.
Kedengaran bunyi nafas dihembus perlahan dihujung talian. Khai tahu mesti Aizad risau.
"Aku rasa nak balik Malaysia sekarang juga.." suara Aizad mendatar. Patutlah dia rasa tidak sedap hati dari tadi. Beratnya ujian untuk Humaira.
"Eh, janganlah. Kau jangan risau. Aku akan jaga Humaira. Kau fokus dekat pelajaran kau je kay. InshaaAllah Humaira okay." Khai berasa serba salah.
"Hmm... okay. Doa aku selalu dengan korang. Kalau Humaira dah sedar, sampaikan salam aku dekat dia. Jagakan dia untuk aku tau. Dua tahun je. Nanti aku balik sana. Assalamualaikum."
"InshaaAllah, waalaikumussalam." Khai menamatkan panggilan.
"Awak keluarga saudari Humaira?" sapa Dr. Haikal sebaik keluar dari bilik Humaira.
"Eh, bukan. Saya Khai, kawan dia. Saya belum maklumkan kepada keluarga dia. Macam mana dengan Humaira?" soal Khai ingin tahu.
"Oh baiklah. Humaira demam panas akibat terkena hujan. Tekanan darahnya rendah. Insya-Allah tiada apa yang serius. Tetapi dia terpaksa ditahan dalam wad untuk pemeriksaan lanjut. Esok dia dah boleh balik. Kalau ada apa-apa lagi, saya akan beritahu pada awak." jelas Dr. Haikal.
"Terima kasih doktor. Boleh saya masuk?" 
"Sama-sama. Boleh, silakan. Jangan lupa maklumkan kepada keluarga Humaira ya. Saya pergi dulu." Dr. Haikal terus berlalu.
*********
End of flashback.
"Jauhnya mengelamun..." Datin Sofia menghampiri Humaira.
Humaira tersedar dari lamunan. Terus lenyap kenangan pahit dua tahun lalu. Humaira senyum tawar. "Humaira rindu Aira..." Humaira memeluk album ditangannya.
Selama dua tahun ini, dia cuba untuk terima hakikat bahawa Aira telah tiada. Khai banyak membantunya. Jasmin pula selalu menghiburkannya.
"Dah, jangan sedih-sedih. Bila rindu, sedekahkan Alfatihah kepada arwah. Siap cepat. Nanti kawan mama datang." Datin Sofia mengusap kepala Humaira kemudian mengatur langkah keluar dari bilik Humaira.
*********
"Mama ni dah kenapa? Main terima aje pinangan Mak cik Amnah tu!" Humaira menarik muka masam. Perasaan geram dan marah bercampur baur.
"Sayang, tak apalah. Lagipun anak dia tu baik. Sesuai dengan Humaira." Datin Sofia duduk di sofa bertentangan dengan Humaira.
"Ya, memang baik pun. Humaira pun kenal anak dia. Kenal sangat! Tapi perlu ke mama terima tanpa bincang dengan Humaira dulu? Tak pasal-pasal Humaira kena tunang dengan orang yang Humaira tak suka!" bentak Humaira. Arhh, serabut! Satu persatu masalah timbul.
"Humaira, mama..." Humaira terus berdiri dan berlari menaiki tangga kebiliknya. Datin Sofia mengeluh kecewa. Dia cuma mahukan yang terbaik buat Humaira. Lagi pula Khai banyak membantu Humaira selama dua tahun ini.
*********
"Khai, kau tahu tak ibu kau datang rumah aku petang tadi?" sergah Humaira sebaik sahaja panggilannya dijawab.
"Ya, aku tahu." jawab Khai perlahan. Dia juga terkejut. Puan Amnah berkenan sangat dengan Humaira sampai terus pergi masuk meminang tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.
"Habistu? Kau suka?" Tiada lagi sifat lemah lembut dalam diri Humaira. Dia geram. Tidak pernah terfikir akan menjadi tunang Khai. Apatah lagi kelak dia akan menjadi isteri lelaki itu. Memang dia rapat dengan Khai, tapi dia hanya anggap Khai kawan biasa, tu aje.
"Suka? Gila kau?! Tak nak aku kahwin dengan kau. Kalau diberi pilihan antara monyet dengan kau, aku rela pilih monyet. Hahaha." Khai ketawa besar. Humaira merengus geram.
"Heh, kau fikir aku suka sangat kahwin dengan kau?!" jerit Humaira geram. Boleh pekak Khai dibuatnya.
"Aduhh... Kau bertenang boleh tak? Kau stres, aku lagi stres. Kau marah, aku sepuluh ganda lagi marah. Tapi nak buat macam mana. Tak kan aku nak lawan ibu aku? Berdosa weh." Khai mengetap bibir.
Humaira tersentap. Dia mula tersedar bahawa dia telah meninggikan suara kepada mamanya tadi. Astargfirullah... 
"Jadi kau sanggup kahwin dengan aku?"
"Aku ada pilihan ke?"
"Err... Tak ada."
"Hah, terpaksa lah. Janji ibu aku happy. Tu aje aku nak." Khai mengetuk-ngetuk kepalanya. Kalau Aizad tahu dia akan bertunang dengan Humaira, mesti Aizad akan membunuhnya. Aizad dah lah sayang gila pada Humaira.  Aku bukannya tikam belakang kau, Jad. Maafkan aku. Khai diselubungi rasa bersalah.
"Esok jumpa. Kita bincang. Bawa Ain sekali. Kang jadi fitnah pula kita keluar berdua." Belum sempat Khai menjawab, talian dimatikan. Bertambah geram Khai. Dia merebahkan dirinya ke atas katil. Ouh tidakkk! Apa dia nak jawab pada Aizad nanti?

Comments

Popular posts from this blog

FREE PRINTABLE MUTABAAH AMAL

AKU CINTA RAMADHAN!

CERPEN : BAGAIMANA AKHIRNYA AKU JATUH CINTA