HIJRAH BAB 7



"Akak, kenapa akak pakai niqab?" soal Humaira ingin tahu. Humaira dan Jasmin sedang duduk di taman. Siapa sangka, pertemuan di kedai buku dua hari lalu membuatkan mereka semakin rapat sehingga sekarang.
"Akak nak jadi ketua bidadari syurga." jawab Jasmin ringkas. 
"Err... Apa kena mengena?" Humaira masih tidak mengerti.
"Adik tahu tak, syurga mahal. Tapi tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Nak masuk syurga, kena bayar dengan amalan kita di dunia. Contohnya, menutup aurat adalah perintah Allah. Pakai niqab kira bonuslah sebab ikut sunnah. Jadi akak pecaya, kalau kita jaga kehormatan kita, kita jaga imej pakaian para isteri Rasulullah SAW, insyaAllah kita akan masuk syurga. Faham tak?"
Humaira mengangguk mengerti. "Akak mesti cantik kan?" Humaira tersengih.
"Eh, mana ada. Hahaha. Tak semestinya orang pakai niqab ni cantik-cantik. Adik, Islam sangat pelihara maruah wanita. Jangan senang-senang je bagi lelaki tengok muka kita, aurat kita. Sebab tu kena tutup aurat. Nanti apa yang tinggal untuk bakal suami kita kalau aurat kita dah dilihat oleh ajnabi? Okay berbalik kepada soalan adik tadi. Orang yang masuk syurga, adalah orang yang taat perintah Allah. Okay dah faham kan kenapa akak pakai niqab?" Jasmin tersenyum disebalik niqabnya.
"Err... Tak paham." Humaira tersengih.
"Orang yang taat perintah Allah adalah orang yang jauhi larangan Allah dan istiqamah. Berniqab juga adalah salah satu perintah Allah. Memang tak wajib. Tapi kalau kita pakai, dapat pahala. Allah sayang. Adik tak nak jadi kesayangan Allah?"
Humaira terkedu. "Jadi saya kena pakai niqab ke?" 
"Terserah lah. Tapi sebelum tu, kita kena ubah apa yang patut diubah. Takut jadi fitnah untuk agama jika sikap tak kena dengan pemakaian. Orang yang pakai niqab dengan istiqamah, dekat akhirat nanti dapat bersama-sama dengan Saidatina Fatimah meniti titian sirat. Siapa tak nak kan? So pilihan di tangan adik." jelas Jasmin. 
Humaira hanya mengangguk. Dia tahu dia belum betul-betul berubah. Masih laghaIkhtilat entah kemana. Ya memang dia tak bergaul dengan mana-mana lelaki. Tapi sejak kebelakangan ini dia makin rapat dengan Khai. Ya, Khai. Ke mana sahaja dia pergi, mesti ada Khai walaupun mereka tidak pernah berdua-duaan.
Ya Allah Humaira. Jaga ikhtilat! Hatinya mengingatkan.
*********
"Hello Kak Humaira comel! Jom hangout?" Ain menyergah dari hujung talian.
"Assalamualaikum." Humaira menyindir.
"Eh lupa. Waalaikumussalam. Jom lah kak." Ain ketawa kecil.
"Akak busy lah dik." Humaira memberi alasan. Dia tahu Ain mesti akan ajak Khai dengan mereka sekali. Yelah, Ain mana boleh pergi mana-mana tanpa Khai. 
"Alaa akak. Please...Ain bosan duduk rumah. Jom lah teman Ain. Ain nak shopping baju sikit. Akak kata nak tolong Ain berubah? Baju Ain mana ada labuh-labuh kak. Please akak comel?" Ain memujuk.
Humaira menghembus nafas berat. Lemah betullah kalau orang pujuk macam ini. "Ain, akak..."
"Okay kak. Jumpa kat Times Square tau? Assalamualaikum!" Ain memotong percakapan Humaira lalu menamatkan panggilan.
"Eh Ain? Ain!!" Humaira merengus geram. Dia terus menghantar satu pesanan ringkas kepada Jasmin.
Telefon bimbit Jasmin berbunyi menandakan satu mesej masuk. Dia mencapaikan telefon bimbitnya. Tertera nama Humaira di skrin.
Assalamualaikum. Kak Mien, jom jumpa esok? Saya tunggu dekat Times Square. -Humaira
Jasmin tersenyum. Jarinya menari di keypad untuk membalas mesej dari Humaira.
Waalaikumussalam. Kebetulan akak memang nak beli barang. Okay jumpa kat sana ya. -Jasmin
*********
"Abang jom makan kat sana!" Ain menarik tangan Khai dan Humaira ke arah sebuah restoran. Mereka baru sahaja keluar dari sebuah kedai baju muslimah kemudian mahu mengisi perut pula.
Humaira memberhentikan langkahnya. Serta-merta Ain dan Khai juga berhenti.
"Akak, jom lah." Ain menarik tangan Humaira di sebelah kanan manakala Khai disebelah kiri.
Humaira mengetap bibir. Terpaksa dia menurut. Kak Mien! Cepatlah sampai! Humaira mula tak senang hati.
"Abang nak makan apa?" Soal Ain sambil membelek-belek menu ditangannya.
"Err... Tak apalah. Abang tengah tunggu Aizad ni. Kejap lagi dia sampai, baru abang order." Khai membetulkan jaketnya.
Humaira menelan air liur. Dia salah dengar ke yang Khai ada sebut nama Aizad tadi? Oh tidakkk! Iphone Humaira berbunyi menandakan satu mesej masuk.
Akak dah sampai. Adik kat mana? -Jasmin
Humaira mengucap syukur. Akhirnya!
Tingkat dua, dekat restoran. Entah apa nama restoran ni. Hehe... Cepat tau kak!
-Humaira
"Assalamualaikum. Hai bro." sapa Aizad sebaik sahaja tiba di situ. Terkejut beruk dia melihat Humaira. Matanya menikan tajam ke wajah Khai untuk meminta penjelasan.
"Waalaikumussalam. Hah, duduklah." Khai menarik kerusi disebelahnya. Didepan Humaira.
Teragak-agak Aizad nak duduk. Dia membetulkan rambutnya. Control macho. Ceh! Humaira mula tak senang duduk. Apa yang Khai sedang rancang ni?
"Ain, kenapa Aizad ada sekali?" bisik Humaira kepada Ain disebelahnya.
"Abang Khai dengan abang Aizad memang nak hangout harini. Sebab tu Ain ajak akak sekali. Akak nak order apa?" Ain membuat muka seperti orang yang tidak bersalah.
"Hmm... Akak tak ada selera." Humaira senyum kelat.
"Err. Humaira kau tak nak makan?" soal Khai. Humaira menggeleng. Matanya merenung tajam wajah Khai yang menunjukkan seperti tiada apa yang berlaku. Khai tidak mengendahkan pandangan Humaira yang kelihatan bersedia mahu menelannya hidup-hidup.
"Assalamualaikum." Jasmin menyapa. Terkejut juga dia melihat Humaira bersama dua orang lelaki.
"Waalaikumussalam. Eh, akak dah sampai pun." Humaira berdiri.
"Akak nak pergi mana?" soal Ain apabila melihat Humaira berdiri.
Aizad dan Khai berpandangan sesama mereka. Pelik. Sejak bila pula si Humaira ni ada kawan berniqab?
"Akak memang dah janji nak jumpa Kak Mien kat sini. Nak pergi beli buku. Akak pergi dulu. Weh Khai aku pergi dulu." Humaira memegang lengan Jasmin dan membuka langkah untuk beredar dari situ.
"Hah, kebetulan. Jad, aku ajak kau jumpa aku sebab nak kau teman aku pergi beli buku agama. Humaira, jom lah pergi sama-sama. Kita makan kejap lagi. Ain, jom." Khai memandang Humaira, Aizad dan Ain silih berganti.
Terkejut Humaira dibuatnya. Kenapa dengan Khai ni? Ya Allah. Jasmin hanya menggeleng melihat gelagat mereka.
"Err... Ain okay je. Jomlah." Ain turut berdiri. Khai tersengih. Pandangan beralih kepada Aizad yang hanya membisu. Terkejut kut.
"Aku.. aku.." 
"Jom lah. Kau ni mengada pula." Khai menarik tangan Aizad supaya berdiri. Dalam hati, Aizad bengang. Aku nak jaga ikhtilat lah! Ishh kalau tak ada orang kat sini dah lama aku tumbuk kau, Khai.  Akhirnya Aizad terpaksa merelakan tangannya ditarik oleh Khai.
********
Masing-masing mencari buku yang mereka perlukan. Humaira ke bahagian rak buku agama. Aizad ada disitu. Langkahnya terhenti. Aizad memandang Humaira. Dia senyum tawar.
"Bila nak pindah?" Humaira bersuara. Dia mahu mendengar sendiri dari mulut Aizad.
"Minggu depan." jawab Aizad ringkas. Tangannya ralit membelek buku ditangan.
"Ouh." Hanya itu yang keluar dari mulut Humaira. Kekok.
"Aizad, oh Aizad!" Khai memanggil dari kaunter hadapan. Dia sudah mendapatkan bukunya.
Aizad tersentak. Dia terus menyahut.
"Ya aku datang!"
"Aku pergi dulu." Aizad terus berlalu.
"Kak Humaira, Ain dengan abang Khai tau. Thanks sudi teman Ain hari ni. Bye." Ain bersalaman dengan Humaira dan Jasmin.
"Okay Ain. Ni last okay. Akak taknak hangout dengan Ain lagi." Humaira memeluk tubuh. Jasmin ketawa kecil.
"Eleh Aizad ni.." sakat Ain.
"Nama akak Humaira." Humaira menjeling Ain sekilas.
"Yelah Kak Humaira comel. Bye Kak Mien." Ain sempat mencubit pipi Humaira dan terus berlari mendapatkan abangnya di luar kedai.

Comments

Popular posts from this blog

FREE PRINTABLE MUTABAAH AMAL

AKU CINTA RAMADHAN!

CERPEN : BAGAIMANA AKHIRNYA AKU JATUH CINTA