SAMA TAPI TAK SERUPA
"Awak kena kuat demi masa depan keluarga awak."
Itu kata-kata seorang sahabat, nama dia Ana. Atau nama yang aku selalu panggil dia, Princess Annabelle. Mujur dia jenis tak kisah mungkin sebab dia anggap itu nama manja aku berikan untuk dia. Ehhh, Ana bukannya hodoh dan scary macam the real Annabelle okay! Ana lawa, bijak. Aku adore sebab satu lagi kelebihan dia adalah english dia power. Dia antara sahabat yang berada dalam carta sahabat fillah yang paling aku sayangi selepas seseorang yang bergelar Sun. Sepertimana aku percayakan Sun, seperti itu juga aku percayakan Ana. Bezanya, aku tak pernah bertemu secara empat mata dengan Sun. Bila aku dengan Ana, aku rasa macam dekat dengan Sun.
Bila aku menangis dalam pangkuan dia, aku rasa macam dalam pelukan Sun.
Bila aku spill masalah dengan dia, aku rasa Sun tengah bagi aku semangat. Semuanya mengingatkan aku pada Sun yang masih kekal dalam hati dan doa walaupun sudah tidak dapat dihubungi sekian lama. Mereka sama tapi tak serupa.
Bila aku menangis dalam pangkuan dia, aku rasa macam dalam pelukan Sun.
Bila aku spill masalah dengan dia, aku rasa Sun tengah bagi aku semangat. Semuanya mengingatkan aku pada Sun yang masih kekal dalam hati dan doa walaupun sudah tidak dapat dihubungi sekian lama. Mereka sama tapi tak serupa.
Rindu? Gila tak rindu. Teringat dekat Sun pun boleh menangis.
Perpisahan ini sangat menyakitkan. Ia juga menguatkan jika ukhuwah atas dasar fillah. Bukan semata-mata ketawa bersama menangis bersama, tetapi kita genggam tangan dia menuju syurga. Maka apa-apa sahaja halangan yang tiba, fight sama-sama, jatuh bangkit sama-sama, tegur salah silap dan terima kelemahan dia. Itu definisi sahabat bagi aku.
Musim peperiksaan membuka tirai. Hubungan aku dengan Ana pun makin jauh. Masing-masing sibuk. Aliran lain-lain, kelas lain-lain, dorm pun lain-lain. Sampai tak ada masa nak bersua muka. Kalau bertembung pun masing-masing tak sedar. Kadang senyum pun tak, rasa macam stranger. Ramai mula bagi pendapat yang kami ego, dua-dua tak nak mengalah untuk tegur dahulu. Aku mengaku yang aku cemburu Ana rapat dengan orang lain tapi itu hak dia. Nampak macam aku tak kisah, tapi aku rasa kehilangan. Aku mula bandingan Ana dengan Sun. Kalau aku kecewa dengan Ana, aku akan cakap, "Sun tak akan buat aku macam ni,"
Semua itu salah. Aku tak patut bandingkan mereka. Mereka orang yang berbeza. Aku tak patut pilih kasih dalam berukhuwah. Semuanya berpunca kerana....
Aku sangat rindukan Sun.
Three years and still counting. Tak pernah bersua muka tapi masih segar dalam ingatan.
Sun, awak tetap matahari saya yang sentiasa menerangi perjalanan kita menuju syurga.
Ana, awak tetap inspirasi saya. Kisah hidup kita sama, tapi ujian yang berbeza. Maafkan saya kerana diri ini cuai dalam menjaga tali ukhuwah kita.
Saya rindu. Rindu awak berdua.
Lot of sadness,
Lysa.
Lysa.
Comments
Post a Comment