BUAT KAMU YANG MASIH SETIA
Salam alayk!
Amboi tajuk macam drama tv pukul 7 pula haha.
Selamat kembali, Hanis Alysa! *baling bunga ros merah dekat diri sendiri*
Huwarghh lamanyaaaaaa lys tak update blog. Sudah hampir setengah tahun jika tak silap. Untuk pengetahuan sesiapa yang masih setia tunggu lys update atau dulu pernah singgah baca blog lys, terima kasih lys ucapkan.
Sebenarnya lys memang dah tak guna blog. Semua karya atau perkongsian lys update dekat Wattpad. Lys fikir bahawa lys nak tumpukan pada satu medan penulisan sahaja. Leceh banyak-banyak sebab lys mesti akan lupa nak update. Bagi yang perasan, lys dah lama delete cerpen mahupun novel yang lys pernah kongsikan di blog. Tetapi lys dah kongsi semula di Wattpad. Sesiapa yang tak sempat baca atau nak sambung baca, boleh baca di akaun Wattpad lys, okey?
Mesti ramai tahu aplikasi Wattpad yang disediakan untuk penulis yang berminat nak menulis, bukan? Jadi, Wattpad adalah pilihan yang tepat untuk awak semua berkongsi karya dan ilham yang berlegar-legar dalam kepala hehe.
Jemput baca karya lys dan jangan lupa follow lys dia Wattpad ya. Semoga semua penulisanku bermanfaat buat kalian.
Dannn... Masih belum terlambat untuk lys ucapkan selamat tahun baru! Semoga kalian dapat capai goals pada tahun ini. Semoga dengan meningkatnya umur, meningkat juga iman kita kepada Allah.
Antara impian lys tahun ini; Lys nak terbitkan sebuah buku. Sebuah pun sudah memadai, asalkan bermanfaat. Impian ini sejak lys di bangku sekolah lagi tau. Lys harap tahun ini ada rezeki lys.
Sekian post terakhir lys di blog (mungkin ya mungkin tidak) Adios, semoga dalam jagaan Allah 😊
Comments
Post a Comment