Posts

Showing posts from October, 2018

HIJRAH BAB 4

Image
" Aira. .." "Hmm?" Aira mengangkat muka memandang Humaira di sebelahnya. Novel di tutup dan diletakkan di atas peha. "Aku dah lama tak nampak Aizad. Kau tahu mana dia pergi?" "Err.." teragak-agak Aira ingin menjawab. Sudah lama nama Aizad tidak disebut oleh Humaira. Aira fikir Humaira tidak peduli lagi tentang lelaki itu. Tetapi sekarang, apa jawapan yang patut dia berikan sebagai balasan kepada pertanyaan Humaira? Hanya dia dan Khai sahaja tahu di mana Aizad berada. "Aira? Hei, dengar tak ni aku tanya!" Humaira menepuk lembut peha Aira. Sempat lagi Aira mengelamun. Apa soalan dia ajukan tadi mesti dijawab ikut format macam SPM ke? "Dia... hah! Khai cakap dekat aku dia tukar kolej. Tak tahu pula aku kat mana." Aira tersengih. Rasanya itu jawapan paling selamat setakat ini. Lagipun, dia dan Khai sudah berjanji kepada Aizad untuk merahsiakan keberadaan Aizad dari Humaira. "Pindah kolej? Kenapa aku tak tah...

HIJRAH BAB 3

Image
" HUMAIRA , aku harap kau boleh bersabar. Nah," Aira menghulurkan sehelai kertas bersaiz A4. Setelah kertas itu bertukar tangan, riak wajah Humaira terus berubah. "Astargfirullah.... Kerja siapa ni?" Humaira jatuh terduduk. Matanya mula berkaca. Mengingatkan rasa malu yang bakal dia tanggung nanti, akhirnya air matanya mengalir jatuh ke pipi. Humaira menangis teresak-esak. Sesekali dia mengesat wajahnya dengan telekung yang masih tersarung di badan. Tompokan air mata mula kelihatan pada telekung merah jambu milik Humaira. Aira yang melutut di hadapan Humaira setia meminjamkan bahunya sebagai tempat kepala Humaira berlabuh. Belakang Humaira diusap lembut untuk mententeramkan jiwa Humaira yang sedang kacau. "Shhh... Jangan menangis, Humaira. Aku tak tahu kerja siapa. Yang pasti gambar ni banyak ditampal di sekitar kolej. Aku dah cabut semua yang aku jumpa. Kau jangan risau, Amira tengah pusing satu kolej, kalau-kalau ada yang masih tertinggal." Aira...

HIJRAH BAB 2

Image
" JAD , kau nampak tak apa aku nampak?" Khai menggosok matanya bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya. Selang beberapa meja daripada mereka, kelihatan Humaira sedang tunduk bermain dengan telefon bimbitnya. "Hah? Ada apa?" Aizad menoleh kebelakang untuk melihat apa yang dimaksudkan oleh Khai. "Apa benda doh?" mata Aizad masih melilar sekitar kafe untuk mencari apa yang dimaksudkan oleh Khai. "Selang tiga meja dari kita. Hujung sana tu. Muka sebiji macam Humaira, kan?" Khai menunding jarinya ke arah Humaira yang duduk tidak jauh dari meja mereka. Khai mengagak mungkin penampilan Humaira kini yang menjadi punca berakhirnya hubungan di antara Humaira dan Aizad. "Dia pakai tudung labuh? Gila kolot!" terbeliak biji mata Aizad. Bagaikan tidak percaya itu Humaira. Dia fikir keputusan Humaira yang memutuskan hubungan mereka untuk berubah hanya gurauan gadis itu semata-mata. Aizad berdiri lalu terus berjalan ke arah meja yang ...