HIJRAH BAB 3
"HUMAIRA, aku harap kau boleh bersabar. Nah," Aira menghulurkan sehelai kertas bersaiz A4. Setelah kertas itu bertukar tangan, riak wajah Humaira terus berubah.
"Astargfirullah.... Kerja siapa ni?" Humaira jatuh terduduk. Matanya mula berkaca. Mengingatkan rasa malu yang bakal dia tanggung nanti, akhirnya air matanya mengalir jatuh ke pipi. Humaira menangis teresak-esak. Sesekali dia mengesat wajahnya dengan telekung yang masih tersarung di badan. Tompokan air mata mula kelihatan pada telekung merah jambu milik Humaira.
Aira yang melutut di hadapan Humaira setia meminjamkan bahunya sebagai tempat kepala Humaira berlabuh. Belakang Humaira diusap lembut untuk mententeramkan jiwa Humaira yang sedang kacau. "Shhh... Jangan menangis, Humaira. Aku tak tahu kerja siapa. Yang pasti gambar ni banyak ditampal di sekitar kolej. Aku dah cabut semua yang aku jumpa. Kau jangan risau, Amira tengah pusing satu kolej, kalau-kalau ada yang masih tertinggal." Aira cuba memujuk. Dia mendakap Humaira erat untuk menyalurkan kekuatan kepada gadis itu. Aira yakin Humaira mampu hadapi ujian sekecil ini. Ya, hanya ujian kecil jika dibandingkan dengan Allah yang Maha Besar.
"Ya Allah... Aku malu weh. Besarnya ujian mu Ya Allah!" keluh Humaira yang masih meletakkan kepalanya di bahu Aira.
"Sabar sayang. Pasti ada hikmahnya. Sekarang katakanlah dalam hati--Wahai ujian yang kecil, aku ada Allah yang Maha Besar!" pinta Aira lembut. Harapannya semoga Humaira redha dengan ujian yang menimpanya ini. Ini baru permulaan dalam perjalanan hijrahnya.
Humaira memejam rapat matanya dengan air mata yang masih mengalir. "Wahai ujian yang kecil, aku ada Allah yang Maha Besar!" ujar Humaira dalam hati. Bagaikan silap mata, Humaira dapat merasakan sedikit kekuatan menyelinap masuk dalam dirinya. Dia harus kuat. Ujian ini tidak sehebat ujian yang menimpa kekasih Allah, Muhammad SAW.
"Macam mana aku nak keluar bilik ni? Aku malu sangat, Aira. Siapa sanggup buat aku macam ni?" Humaira menatap lama kertas yang terpampang wajah dia dan Aizad yang kelihatan sangat dekat. Di bawah gambar tertulis ayat--
'BAJET ALIM. PADAHAL COUPLE JUGA. DASAR HIPOKRIT!'
'BAJET ALIM. PADAHAL COUPLE JUGA. DASAR HIPOKRIT!'
Humaira yakin sesiapa sahaja yang melihat gambar ini pasti bersangka yang bukan-bukan. Apa yang harus di katakan kepada mereka nanti?Humaira redha dengan ujian yang menimpanya ini, tetapi bagaimana cara dia untuk berhadapan dengan orang-orang diluar sana? Kuatkah dia nanti?
"Calm down, Humaira. Jangan bersangka apa-apa perkara buruk akan berlaku, ya? Fikirkan yang baik-baik, InsyaAllah akan datang perkara yang baik-baik. Aku akan sentiasa ada untuk kau, Humaira. Kita sama-sama sakit, kita sama-sama hadapi semua ini, okey? Now, wipe your tears," Aira masih tidak jemu memujuk Humaira agar bertenang. Walau apa pun yang berlaku, Aira pasti akan mencari siapa dalang disebalik semua ini. Sesiapa sahaja yang menyakiti Humaira, mereka juga telah menyakiti Aira.
"Kau percayakan aku kan, Aira? Gambar ini... Gambar ini dah lama. Demi Allah, aku tak berjumpa dengan Aizad lagi sejak hari itu. Kau percayakan aku, Aira?" Soal Humaira sambil merenung tepat ke dalam anak mata Aira.
Aira mengangguk laju dengan yakin. "Aku percayakan kau, dulu, kini dan selamanya. Sudah, jangan fikirkan lagi. Nanti kita selesaikan sama-sama, okey? Aku akan tolong kau. Aku janji!" Lima batang jari diangkat dengan penuh semangat. Aira tersenyum manis memandang Humaira yang mulai tenang.
Tiba-tiba lagu doa iman nyanyian kumpulan Unic kedengaran. Humaira dan Aira saling berpandangan lalu Humaira bersuara, "Aira, tolong ambilkan handphone aku atas meja, boleh?" pinta Humaira perlahan dengan suara yang serak. Dia sudah tiada daya ingin bersuara atau bergerak. Berita yang diterimanya ini telah meragut segala kekuatannya dan melemahkan seluruh tubuh badannya.
Aira segera mendapatkan Iphone milik Humaira yang terletak di atas meja solek lantas dihulurkan Iphone itu kepada Humaira. Melihat nama Ain yang tertera di skrin, Humaira pantas menyapu butang hijau ke atas.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam, Ain. Ada apa call akak ni?"
"Apa akak dah buat, ni? Selama ni akak pandai cakap macam-macam pada kami. Jaga ikhtilat lah, jangan couple lah. Tetapi akak sendiri? Akak memang hipokrit! Si hipokrit yang berselindung disebalik pakaian!" Ain terus menyergah di hujung talian. Buat pertama kalinya Ain meninggikan suaranya kepada Humaira.
"Ain, akak..." Belum sempat Humaira menghabiskan ayatnya, talian tiba-tiba diputuskan. Humaira menekup muka menahan tangis. Humaira tidak marahkan Ain. Ain masih muda untuk menghadam apa yang telah terjadi.
Aira memandang Humaira dengan simpati. Apa yang boleh dia lakukan buat sahabatnya, Humaira? Apa yang perlu dia lakukan agar dia bisa melihat kembali senyuman manis Humaira?
"Humaira, kau tolong kuat ya?"
"Aira aku..." Tidak sampai beberapa saat, Humaira terbaring di sejadah. Aira terkejut melihat Humaira yang sudah tidak sedarkan diri.
"Allahu Akbar, Humaira! Humaira, bangun!" Aira panik. Ditepuk perlahan peha Humaira agar Humaira tersedar. Melihat tiada respon dari Humaira, Aira lantas menyeluk saku seluarnya.
"Assalamualaikum, Amira. Cepat datang ke bilik aku sekarang!"
*****
HUMAIRA memicit-micit perlahan kepalanya. Muka dan bibirnya kelihatan pucat. Aira menghulurkan secawan air suam kepada Humaira.
"Humaira, betul ke kau okey ni?" Jelas riak risau di wajah Aira. Humaira sekadar mengangguk perlahan.
"Kau ni degil lah. Kitorang takut jadi apa-apa dekat kau. Jom lah pergi klinik?" Pujuk Amira lagi. Sejak tadi mereka memujuk Humaira tetapi Humaira tetap dengan sikap keras kepalanya.
"Tak perlu. InshaaAllah aku okey. Korang jangan risaulah," Suara Humaira kedengaran mendatar.
"Aku cuma tak tahu macam mana nak hadapi mereka semua. Satu kolej, weh. Satu kolej dah tahu." Sambung Humaira lagi dengan wajah sugul.
"Humaira sayang, ini ujian. Jangan mengeluh ya? Allah sayangkan kau. Ingatlah, Nabi dulu ketika berdakwah ada aje ujian. Malah lagi besar dari kau. Dihina, di baling dengan najis, tapi baginda tetap bersabar. Sebab apa? Sebab sabar itu separuh daripada iman. Orang yang sabar Allah sayang. Besar ganjarannya tau? Jadi, kau kena kuat. Biarkan mereka nak kata apa. Kitorang akan selalu ada dengan kau. Okey Humaira sayang?" Aira terus-terusan memberi semangat.
Humaira mengangguk mengerti lalu menghadiahkan Aira dan Amira sebuah senyuman. Benarlah, Humaira harus kuat menghadapi ujian yang tidak setanding dengan perit, sakit, dan derita Nabi dahulu.
"Betul apa yang Aira cakap tu. Kitorang akan tolong pulihkan keadaan seperti sedia kala. You can count on us!" Amira mengusap kepala Humaira lembut sambil menayang sebaris gigi putihnya.
Humaira tersentuh melihat kesungguhan dua sahabatnya itu. Dalam hati, dia mengucap syukur kerana Allah pertemukan dia sahabat yang baik seperti Aira dan Amira. Betul lah apa kata orang, nak kenal sahabat kita, lihatlah saat kita sedang susah. Sama ada dia hulur tangan sambut kau jatuh atau pijak kau agar kau terus jatuh sehingga tiada daya untuk bangkit lagi.
*****
"Hahahaha. Puas hati aku! Baru kau tahu aku siapa, Humaira." Shazleen ketawa puas. Direbahkan badannya diatas katil. Ya, Shazleen dalang semua ini. Kerana dendam, dia sanggup mengutuk dan menfitnah Humaira. Dia yakin dengan tersebarnya gambar itu, tiada sesiapa akan mempercayai Humaira lagi. Aizad pula pasti akan membenci gadis itu.
Tok tok!!
Kedengaran bunyi ketukan di pintu. Shazleen turun dari katil.
Kedengaran bunyi ketukan di pintu. Shazleen turun dari katil.
"Babe, Aizad nak jumpa kau!" Shazleen mengerutkan dahinya mendengar ucapan Sarah dalam keadaan tercungap-cungap.
"Kau dah kenapa macam kena kejar hantu ni? Aizad ke yang bagitahu kau yang dia nak jumpa aku?" soal Shazleen inginkan kepastian. Ada apa pula Aizad nak jumpa? Adakah Aizad sudah mengubah fikiran untuk menerima dirinya? Wah, peluang ini tidak boleh disia-siakan!
"Aku baru habis kelas lepastu terserempak dengan Aizad and the gang dekat cafe. Entah, serius aje muka dia tadi. Nak minta tolong aku tapi macam nak cari gaduh," bebel Sarah. Sudahlah dia penat dengan kelas sejak pagi tadi, boleh pula romeo kolej minta dia panggilkan Shazleen. Fikir tak penat ke naik tangga sampai tingkat 3?
Shazleen ketawa melihat riak wajah Sarah yang tidak puas hati. "Okey babe thanks tau. Pergi sana rehat. Macam zombie dah aku tengok kau ni, tak terurus," ejek Shazleen. Penampilan Sarah dilihat sekilas. Baju kurungnya sudah kedut seribu, tudung bawal pula sudah beralih kedudukan, senget-benget jadinya.
Shazleen sangat teruja untuk berjumpa dengan Aizad. Dia bergegas bersolek ala kadar sebelum keluar dari bilik. Maklumlah, jejaka idaman kolej nak jumpa. Siapa yang tak teruja?
"Eh, tapi kau hati-hati tau. Mood Aizad macam ribut taufan je tadi. Tiba-tiba mengamuk dekat kafe." pesan Sarah sebelum berlalu pergi.
Tangan Shazleen yang sedang menyembur minyak wangi ke badannya terhenti. "Apehal mamat tu mengamuk petang-petang macam ni?" Shazleen cuba meneka. Rasa tidak sedap hati menyapa hatinya yang tadi begitu teruja.
*****
PANG!
Satu tamparan hinggap di pipi Shazleen membuatkan wajah gadis itu terteleng ke kiri. Automatik tangannya memegang pipi yang terasa perit dek tamparan dari tangan seorang lelaki. Apa masalah mamat ni?!
"Sakitlah! Apa hak you nak tampar I ni hah?!" tengking Shazleen bengang. Terasa hendak menangis pun ada, tetapi ditahan sahaja agar tidak memalukan diri sendiri di cafe itu. Ikutkan memang dia sudah sangat malu apabila Aizad tiba-tiba sahaja menampar pipinya dengan bersaksikan pelajar-pelajar lain.
"Kau tanya apa hak aku tampar kau? Okey aku tanya kau pula, apa hak kau malukan Humaira? Kau ni memang tak faham bahasa kan? Dari dulu lagi aku pesan, jangan kacau Humaira. Kau tak faham bahasa melayu ke? Nak aku cakap bahasa apa supaya kau faham?!" soal Aizad berang. Wajah merah padam gadis di hadapannya itu ditenung dengan perasaan benci.
"Aizad... Apa you cakap ni? Malukan Humaira? Bila pula I...."
"Kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu pula. Kau nak aku tampar kau sekali lagi ke baru sel-sel otak kau tu berhubung?" Kasar Aizad menyoal. Ringan terasa tangannya ingin menampar sebelah lagi pipi Shazleen.
Seisi cafe memandang ke arah mereka. Apa sahaja yang melibatkan Humaira, Aizad tidak malu untuk mempertahankannya. Apa dia peduli tentang apa yang kipas susah mati(baca: peminat tegar) akan katakan mengenainya? Lelaki dayus? Lelaki yang tidak menghormati wanita? Langsung Aizad tidak peduli!
"Apa I dah buat? I tak buat apa-apa pada dia lah. Jangan marah-marah I please. I tak tahu apa salah I..." rengek Shazleen yang masih tidak mahu mengaku. Tangannya cuba merangkul lengan Aizad tetapi pantas lelaki itu menepis.
"Ahhh! Ini apa? Hah?! Aku tahu ini semua kerja kau. Aku kenal kau dari sekolah menengah, Leen. Sekarang aku tak nak tengok muka kau. Kau blah sekarang! Aku meluat tengok muka kau!" Aizad menunjukkan sehelai kertas tepat dihadapan muka Shazleen. Shazleen mengetap bibir. Dia sangkakan tadi, Aizad ingin berjumpa dengannya untuk memberi jawapan kepada soalan dia dua minggu lepas. Rupanya tidak.
"Tunggu apa lagi? Blah lah! Lepas ni aku tak nak tengok muka kau lagi." tengking Aizad sehingga terjongket sedikit bahu Shazleen kerana terkejut. Dia terus membuka langkah dan pergi dari situ.
Sekali lagi, Humaira. Sekali lagi aku kalah dengan kau. Apa saja aku buat, Aizad tetap pertahankan kau. Kau tunggulah, Aizad pasti akan jadi milik aku! Shazleen menyumpah seranah Humaira di dalam hati.
Aizad menghempaskan dirinya ke atas katil. Dia menarik nafas panjang. Difikirannya terbayang wajah Humaira. Sehingga kini, dia masih tidak dapat melupakan Humaira. Walaupun ada sedikit perasaan benci akan perubahan Humaira, masih tidak bisa menandingi kasih sayangnya terhadap gadis itu. Aizad meraut rambutnya kebelakang. Dia risau akan keadaan Humaira. Pasti Humaira sedih ketika mendapat berita yang mengaibkan dirinya itu.
Khai menolak daun pintu bilik Aizad. Aizad mengangkat muka lalu melihat Khai yang bersandar di pintu biliknya. Khai tersenyum sinis lalu menggelengkan kepalanya.
"Teruk juga kau kenakan minah tu tadi." Khai memulakan bicara. Tidak pernah dia lihat Aizad semarah itu.
Aizad merengus geram. "Dia dah malukan Humaira! Kau fikir aku boleh duduk diam, tengok je orang sakiti Humaira? Over my dead body!" Aizad menumbuk katil.
"Kenapa kau pula yang sibuk?" soal Khai tenang. Dia cuba mengusik emosi Aizad yang sedang bergolak. Sebelum ini Aizad menyatakan bahawa dia membenci Humaira malah tidak mencintai gadis itu lagi. Tetapi atas dasar apa Aizad bertindak sedemikian? Bukankah kerana cinta terhadap Humaira?
Aizad membisu. Dia sedar bahawa tindakannya telah mempamerkan perasaan sebenar terhadap Humaira.
"Sebab kau masih sayangkan Humaira?" duga Khai. Sebelah keningnya diangkat, menanti jawapan jujur dari Aizad.
"Kau tak faham bro..."
"Macam mana aku nak faham kalau kau tak fahamkan aku? Mulut boleh menipu tapi hati tidak, Aizad. Kau boleh kata kau benci Humaira tapi tindakan kau menafikan ucapan benci itu." Khai menapak ke arah Aizad. Duduknya dilabuhkan di atas katil bujang Aizad.
"It is too obvious?" soal Aizad dengan wajah yang merona merah.
Khai ketawa. "Haah, jelas sangat bro. Orang mesti pelik kenapa kau boleh putus dengan Humaira sedangkan kau masih cintakan dia."
Aizad meletuskan ketawa sinis. "Dia yang bencikan aku, Khai. Dia yang pilih hubungan kami berakhir macam ni. Tak cukup baik ke aku ni untuk bimbing dia? Dia nak berubah, aku pun boleh tolong." ujar Aizad dengan nada perlahan.
Hati mana yang tidak kecewa jika teman wanita yang dicintai pergi dari hidupnya?
Hati mana yang boleh redha setelah banyak memori mereka cipta bersama?
"Aizad, aku tak rasa dia buat semua tu sebab dia bencikan kau. Sebenarnya kau yang tak faham definisi berubah yang dia maksudkan tu macam mana. Aku sendiri pun tak faham, tapi aku rasa dia nak berubah menjadi muslimah yang lebih baik. Kalau kau cintakan dia, kau kena sokong keputusan dia. Boleh kan? Aku nak Aizad yang lemah lembut dan baik hati macam dulu. Aku tak nak Aizad yang ego dan keras kepala macam kat depan aku ni." Panjang lebar nasihat Khai. Sempat lagi tu kutuk Aizad depan-depan.
Aizad menengadah. Senyum.
"Khai..."
"Apa?"
"Hmm... aku nak tinggalkan kolej ni." Aizad merenung dalam anak mata Khai. Menanti reaksi pemuda itu yang telah berubah riak.
"Kenapa bro? Tak kan sebab Humai..."
"Tak! Bukan sebab dia atau sesiapa. Aku rasa dah tiba masa aku pun berubah sama. Aku dapat rasa Allah sedang tegur aku, Khai. Apa yang terjadi pada hubungan aku dan Humaira mungkin petanda dari Dia." jelas Aizad. Tiba-tiba berubah insaf seperti disampuk jin Islam. Khai yang rasa ingin ketawa pun ditahankan saja, tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Kenapa tiba-tiba ni? Cepat betul kau insaf?" Soalan Khai kedengaran kasar tetapi sebenarnya dia sangat gembira mendengar keputusan yang dibuat oleh Aizad. Jika itu yang terbaik, dia sebagai sahabat menyokong Aizad dari belakang.
"Kau nak join journey aku tak?"
"Journey apa pula?"
"Journey to Jannah. Nak?" Aizad ketawa melihat dahi Khai berkerut-kerut cuba memahami kata-katanya.
Sungguh Khai rasa otak dia seperti sudah tidak berfungsi. Aizad yang tak betul atau aku yang mereng?
"Bro kau sihat tak ni? Dah berjangkit dengan Humaira eh?" Khai bagaikan tidak percaya apa yang keluar dari mulut sahabatnya itu. Belakang tangan diletakkan ke dahi Aizad. Tak panas pun. Tapi Aizad ajak aku masuk syurga ke tadi? Kenapa rasa macam berdosa sangat ni?
"Aku sihat lah gila!" Aizad membaling sebuah bantal ke arah Khai. Aizad bengang kerana ajakannya tidak mendapat reaksi positif dari Khai. Mujur Khai sempat mengelak bantal itu daripada mengenainya.
"Aku banyak dosa. Aku nak taubat, Khai. Aku akan sambung belajar di luar negara. Lepas aku habis belajar nanti, aku akan balik Malaysia. Aku nak Humaira jadi isteri aku." jelas Aizad spontan. Entah sejak bila semua rancangan itu ada di dalam kepalanya.
Makin terkejut beruk Khai dibuatnya. "Kau biar betul?!"
Aizad hanya tersengih. Dia cuma merancang, namun dia tahu Allah adalah sebaik-baik perancang.
Completed 2015.
Updated 2018.
Hai assalamualaikum! Nampak drastik sangat kan Aizad berubah dalam chappy ni? Tiada yang mustahil kerana Allah beri hidayah pada hamba yang dikehendaki-Nya.
Updated 2018.
Hai assalamualaikum! Nampak drastik sangat kan Aizad berubah dalam chappy ni? Tiada yang mustahil kerana Allah beri hidayah pada hamba yang dikehendaki-Nya.
Awak awak yang sedang baca ni, semoga Allah jentik hati untuk berubah menjadi lebih baik :)
Comments
Post a Comment