NOVEL: HIJRAH BAB 1

Cover yang digunakan di Wattpad.

"AKU MINTA MAAF," Humaira tunduk memandang lantai. Dia tidak sanggup menatap wajah Aizad yang kelihatan bingung merenungnya. Humaira bimbang dia akan mengubah keputusan yang telah dibuat.
Aizad menggeleng perlahan. Air matanya bercucuran jatuh. Dia tersentak apabila Humaira membahasakan dirinya 'Aku'. Sakit terasa hatinya sebaik Humaira meminta agar hubungan mereka ditamatkan sampai disitu sahaja. Mana mungkin dia boleh menerima kenyataan itu. Mana mungkin dia bisa meninggalkan gadis yang dicintainya tanpa alasan yang kukuh.
"Kenapa Humaira? Apa salah saya? Awak tak sayang ke hubungan kita yang dah 3 tahun ni? Awak...." Aizad terdiam kerana kehilangan kata. Dia tidak tahu apa lagi yang patut dia katakan. Keputusan yang dibuat oleh Humaira terlalu mendadak. Dia merenung dalam anak mata milik Humaira, berharap supaya gadis itu menarik semula kata-katanya atau mengatakan bahawa dia hanya bergurau. Namun, apabila melihat Humaira yang berusaha untuk melarikan matanya daripada melihat sepasang mata milik Aizad, dia tahu Humaira sedang serius.
"Aizad. Aku tak nak terus buat dosa. Kau tahu, hubungan kita ini haram di sisi agama. Tolonglah, jangan ganggu aku lagi selepas ini... " jelas Humaira, cuba untuk memujuk Aizad supaya memahami dirinya.
Aizad menghentak meja di hadapan mereka membuatkan bahu Humaira terhinjut kerana terkejut. Wajah Aizad sudah merah menahan marah. Pipinya pula sudah basah dengan air mata yang mengalir tanpa henti. Situasi ini agak janggal kerana seorang lelaki sanggup membuang egonya demi seorang gadis. Manakala si gadis berusaha sedaya-upaya untuk tidak menangisi hubungan mereka.
"Ahh! Sejak bila pula awak sudah pandai cakap fasal agama ni? Sudahlah, awak dah terlambat. Tak guna awak jadi baik!" Aizad mengejek.
"Tak, aku belum terlambat. Selagi pintu taubat masih belum tertutup, nyawa aku belum sampai kerongkong, aku masih ada peluang." Humaira menahan sebak. Sebenarnya dia juga tidak mahu putuskan hubungan itu. Tapi dia harus akur. Kata hatinya memilih Allah, bukan Aizad. Dia cuma mahu Aizad memahami bahawa jika benar mereka berjodoh, mereka pasti akan bersatu. Namun sikap keras kepala Aizad membuatkan Humaira buntu.
"Awak banyak dosa, Humaira. Buang masa aje. Heh," Aizad tidak putus asa mematahkan semangat Humaira. Dia benar-benar berharap Humaira mengubah keputusannya.
Humaira mengelap tubir mata yang sudah bertakung. Dia tidak akan sesekali mengalirkan air matanya demi lelaki itu. "Siapa tuhan? Kau atau Allah?!" tengking Humaira. Kesabarannya masih tersisa. Ikutkan hati, mahu saja dia menampar mulut celupar Aizad.
"Sudahlah. Suka hati awak. Jumpa di syurga ya, Humaira." kata Aizad mengejek lalu berjalan meninggalkan kafeteria dengan langkah yang berat. Aizad memegang dadanya yang terasa sakit. Sakit kerana tindakan Humaira. Humaira sudah menghancurkan sekeping hatinya. Humaira juga sudah berjaya menjatuhkan ego lelakinya.
Humaira menarik nafas panjang. Dia beristighfar. Masalah dia dan Aizad, sudah selesai. Cukuplah sampai di sini. Biar pertemuan hari ini menjadi pertemuan terakhir mereka. Dia tidak mahu lagi mengenang kenangannya bersama Aizad. Dia tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama. Betullah kata Aira; mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Dan itulah yang dirasakan kini. Dia harus menerima kenyataan bahawa dalam hidupnya tiada lagi lelaki bernama Aizad Hakim.
AIZAD berjalan laju ke biliknya. Sedih, kecewa, marah. Perasaan itu bercampur-baur menjadi satu. Pintu biliknya dihempas kuat. Khai yang sedang baring di atas katil terkejut.
"Opocot mak kau! Woi, tak reti bagi salam ke?" tengking Khai. Dia mengurut dadanya perlahan. Sempat dia menekan butang pause di skrin telefon bimbitnya sebelum kembali memandang Aizad yang sedang duduk di birai katil dengan wajah menyinga.
Aizad membaling bantalnya ke arah Khai. Mukanya kelihatan bengis. Mujur Khai sempat menepis bantal tersebut. "Kenapa kau menangis? Gila lah romeo kolej menangis! buuu..." Ejek Khai apabila menyedari mata biru milik Aizad kelihatan merah dan sembab.
Aizad menjeling tajam."Kau nampak penumbuk aku ni? Aku tumbuk kau, sampai mati kau ingat. Huh." Aizad menumbuk katilnya untuk melepaskan geram. Dia masih tidak dapat menerima apa yang terjadi antara dia dan Humaira sebentar tadi. Tuhan, tolonglah katakan semua ini mimpi!
"Okey okey, aku minta maaf. Kau kenapa ni? Gaduh dengan cinta hati kau ke?" usik Khai. Khai bangun lalu bersandar di katilnya. Setahunya, Aizad dan Humaira tidak pernah bertengkar atau bergaduh. Bergaduh manja itu adalah kerana Humaira bukannya perempuan yang mudah merajuk.
Aizad merengus geram. Dia meraut rambutnya ke belakang. "Dia bukan cinta hati aku lagi. Lantak dialah, bajet nak berubah. Puihh!" Aizad mencebik, geram. Wajahnya ditekup dengan kedua-dua telapak tangannya untuk menahan air mata daripada menuruni pipinya. Cukuplah egonya sudah jatuh di hadapan Humaira. Dia tidak mahu Khai pula melihatnya menangis kerana seorang wanita.
Khai terlopong, tidak percaya apa yang dikatakan oleh Aizad tadi. Ribut apa pula yang melanda hubungan mereka ini?
"Eh, serius ke ni bro?"Khai merenung wajah Aizad yang beriak serius.
"Kau nak suruh aku ulang berapa kali?" Aizad menjeling tajam.
"Kenapa wehCer cite? Aku tak faham. Humaira dah berubah? Apa maksud kau?" Khai masih tidak berputus asa untuk mengetahui hal sebenar.
Aizad terus turun dari katil lalu mencapai tualanya di birai katil. "Tak payah fahamkan lah. Aku malas nak cerita. Sakit hati aku."Pantas Aizad berlalu ke bilik air. Malas dia mahu bercerita panjang.
Khai tercengang.Sungguh. Dia tidak faham apa yang sedang berlaku. Pelbagai soalan berlegar di mindanya. Tak akan nak tanya Humaira kut? Ah, biarlah. Pandai-pandailah mereka selesaikan sendiri. Malas Khai mahu masuk campur.
HUMAIRA tersenyum memandang dirinya yang bertudung labuh berwarna hijau lembut di hadapan cermin. Sengaja dia beli warna hijau kegemarannya di kedai muslimah minggu lepas. Dia mahu membiasakan diri dengan pakaian yang labuh dan longgar bertepatan dengan perintah Allah.
"Allahu. Aku rasa selesa bila pakai tudung labuh ni. Terima kasih atas hidayah yang Kau berikan kepadaku, Ya Allah." Humaira berkata perlahan. Matanya berkaca lalu air matanya terus tumpah di pipi.
Sungguh. Dia merasakan satu kelainan dan satu perasaan yang dia tidak pernah rasai selama 21 tahun dia hidup.
" Assalamualaikum..." Aira melangkah masuk ke dalam bilik. Dia terkejut melihat Humaira. Aira herhenti di depan pintu sambil menatap Humaira lama.
"Wa'alaikumussalam..." Humaira terkejut tetapi dia cuba berlagak biasa. Dia tersenyum memandang Aira sambil tangannya didepakan untuk menayang pemakaian barunya kepada Aira.
"What do you think?"
"Humaira, kau..." Aira menekup mulut. Air matanya gugur satu persatu.
Aira melangkah ke arah Humaira. Tubuh gadis itu dibawa ke dalam pelukannya. Saat itu, tiada yang lain yang dia fikirkan selain Allah.
"Terima kasih kerana sedarkan sahabatku, Ya Allah...." Aira berkata perlahan. Cukup didengari oleh Humaira. Humaira menahan sebak.
"Humaira... kau cantik sangat pakai tudung labuh ni. Cantik sangat, weh." Aira mengusap lebut pipi Humaira.
"Terima kasih, Aira. Dah, tak mau nangis. Nanti tak cantik macam aku. Haha..." Humaira mengelap air mata Aira.
Aira tersenyum gembira. Dia sangat bersyukur dengan perubahan Humaira. "Jom, aku belanja kau makan?" pelawa Aira. Sungguh, hari itu hari paling gembira buat dirinya sepanjang mengenali Humaira.
"Baik pula kau hari ni ya. Haha... okey jom!" Humaira menyarung stokin di kaki. Kemudian merenung dirinya di cermin. Dia masih tidak percaya pantulan pada cermin itu adalah dirinya. Ya, dirinya yang dulu jahil sekarang sudah benar-benar berubah ke arah yang lebih baik.
"Humaira, dah cantik lah. Jom lah." Aira menarik lembut tangan Humaira. Sebaik mengunci pintu bilik, mereka berjalan mengiring ke arah kafetaria.
"Aira, ada...." Humaira menghentikan langkahnya sebaik sampai di kafe. Dia melihat Aizad dan Khai di situ.
"Aizad. Ya, aku nampak. So nak makan kat luar ke? Aku drive." Aira risau Humaira kembali mengingati masa lalunya bersama Aizad.
"Tak apa lah. Nanti lambat pula sampai kolej. Kau pergi lah beli apa-apa. Aku cari tempat kosong ya." Humaira cuba untuk kuat apabila memandang Aizad. Dia terus mencari tempat duduk, bimbang Aizad dan Khai melihatnya.

Completed 2015
Updated 2018

Comments

Popular posts from this blog

FREE PRINTABLE MUTABAAH AMAL

AKU CINTA RAMADHAN!

CERPEN : BAGAIMANA AKHIRNYA AKU JATUH CINTA