Posts

Showing posts from December, 2018

HIJRAH BAB 15

Image
SUASANA  di meja makan pada malam itu hanya bertemankan bunyi dentingan sudu dan pinggan tanpa kedengaran celoteh Alia mahupun Aizad. Dato Zikri menghantar isyarat mata kepada Datin Zahra. Mereka saling berbalas pandangan kerana masing-masing tidak berani membuka bicara apabila melihat riak wajah tidak mesra yang ditayang Aizad. Dahi Alia berkerut melihat telatah papa dan mamanya yang kelihatan takut benar untuk menegur Aizad. Alia melirik ke arah Aizad yang kelihatan sangat berselera mengunyah nasi berlauk masak lemak cili api kegemarannya. Aizad menghentikan suapan ke mulut. Dia menghabiskan kunyahan terakhir sebelum kepalanya diangkat untuk melihat Dato Zikri dan Datin Zahra yang sedang berbisik antara satu sama lain. "Papa dan mama nampak macam ada sesuatu nak bagitahu Jad." Soal Aizad, sengaja dia ingin menguji kejujuran pasangan itu. Dia masih menunggu mereka berdua atau Alia menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepadanya sebelum kemalangan yang menimp...

HIJRAH BAB 14

Image
TEMPOH  berbaki lima hari lagi sebelum Humaira bertukar status kepada  title  isteri. Takut, berdebar, dan teruja jangan tanyalah. Sehingga tidak lena tidur Humaira dibuatnya kerana memikirkan perkahwinan yang semakin hampir. Semua persiapan sudah pun seratus peratus siap cuma tinggal menyerahkan semua urusan kepada Allah agar majlis itu berjalan dengan lancar. Selama seminggu ini, Humaira langsung tidak menghubungi Khai. Biarlah hari istimewa itu nanti yang mempertemukan mereka. Keindahan tasik menjamah ruangan mata. Humaira dan Jasmin sedang duduk di bangku menghadap tasik di hadapan mereka. Seperti biasa, tasik adalah tempat kegemaran mereka berdua. Mungkin kedai buku adalah tempat di mana kali pertama mereka bersua muka namun tasik pula menjadi tempat mereka untuk saling bertukar cerita. Hari ini Humaira akan memberitahu Jasmin bahawa statusnya akan berubah dalam masa lima hari lagi. Agak lama mereka tidak bertemu kerana Jasmin baru sahaja pulang dari kursus di...

HIJRAH BAB 13

Image
ALIA  bergegas ke kafe hospital sementara menunggu Aizad menjalani rawatan mingguan bersama Dr. Kim. Tekaknya terasa kering. "Alia! Alia!" Satu suara memanggil dari belakang. Alia memberhentikan langkahnya lalu menoleh.  "Eh, Abang Khai? Buat apa kat sini?" tanya Alia hairan.  Khai menunjukkan plastik ubat-ubatan di tangannya. "Abang demam panas. Nasib baik tak kena tahan dalam wad. Alia teman abang Aizad buat rawatan ya?"  "Laa... demam?  Syafakallah  Abang Khai. Sakit tu kifarah dosa. Allah nak hapuskan dosa abang tu. Ya, Alia teman Abang Aizad. Kebetulan Alia nak ke kafe beli air kejap." Alia senyum. Khai mengangguk faham. Patut ke dia jumpa Aizad? "Macam mana keadaan Aizad? Sejak abang keluar dengan dia minggu lepas, dia dah tak  contact  abang. Jadi abang tak tahu keadaan dia sekarang."  "Alhamdulillah abang Aizad dah boleh berjalan sepenuhnya. Cuma ingatan masih tak pulih lagi. Abang Khai tak nak jumpa abang ...

HIJRAH BAB 12

Image
AKHIRNYA  hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Dua buah keluarga berkumpul di rumah Humaira untuk mendengar keputusan gadis itu. Puan Sofia menolak daun pintu bilik Humaira. Kelihatan Humaira masih bertelekung di sudut biliknya. Gadis itu sedang khusyuk berdoa memohon kekuatan untuk mengumumkan keputusannya nanti. Puan Sofia hanya menanti Humaira di birai katil. Dia juga tidak pernah lupa mendoakan yang terbaik untuk anak kesayangannya itu.  "Humaira, mereka semua dah sampai." ujar Puan Sofia sebaik Humaira bangun untuk melipat telekungnya. Humaira hanya mengangguk. Dalam hati tidak putus-putus dia berdoa agar dia diberi kekuatan oleh Allah. Humaira yakin pasti akan ada yang terluka dengan keputusan itu nanti. Humaira turun ke tingkat bawah diiringi oleh Puan Sofia di sisi. Dari tangga lagi sudah kedengaran keriuhan suara-suara di ruang tamu.  Sebaik tiba di ruang tamu, Humaira mengukir senyuman manis kepada para tetamu. Detak jantung terasa laju daripada bi...