HIJRAH BAB 13


ALIA bergegas ke kafe hospital sementara menunggu Aizad menjalani rawatan mingguan bersama Dr. Kim. Tekaknya terasa kering.
"Alia! Alia!" Satu suara memanggil dari belakang. Alia memberhentikan langkahnya lalu menoleh. 
"Eh, Abang Khai? Buat apa kat sini?" tanya Alia hairan. 
Khai menunjukkan plastik ubat-ubatan di tangannya. "Abang demam panas. Nasib baik tak kena tahan dalam wad. Alia teman abang Aizad buat rawatan ya?" 
"Laa... demam? Syafakallah Abang Khai. Sakit tu kifarah dosa. Allah nak hapuskan dosa abang tu. Ya, Alia teman Abang Aizad. Kebetulan Alia nak ke kafe beli air kejap." Alia senyum. Khai mengangguk faham. Patut ke dia jumpa Aizad?
"Macam mana keadaan Aizad? Sejak abang keluar dengan dia minggu lepas, dia dah tak contact abang. Jadi abang tak tahu keadaan dia sekarang." 
"Alhamdulillah abang Aizad dah boleh berjalan sepenuhnya. Cuma ingatan masih tak pulih lagi. Abang Khai tak nak jumpa abang Aizad dulu sebelum balik?"
"Abang nak jumpa dia, tapi tak apalah mungkin lain kali. Aizad okey tak dengan mama, papa dan Alia?" Hatinya antara mahu atau tidak. Jika dia menemui lelaki itu, mahukan Aizad bercakap dengannya?
"Hmm... Kadang-kadang tak okey. Tapi mama selalu pesan jangan give up dengan abang Aizad. Alia harap abang Khai pun tak give up dengan dia. Alia tahu hubungan kauorang berdua tak sebaik dulu. Abang Khai jangan sedih, okey? Insya-Allah ingatan abang Aizad akan pulih." pesan Alia.
Khai sekadar mengangguk. Dia tidak tahu apa lagi yang harus dia katakan. Dia khuatir jika dia terus bercakap mengenai Aizad, pasti dia akan menangis di situ. Tuhan saja tahu betapa dia merindui sahabatnya itu. Dua tahun mereka tidak bertemu, meluangkan masa dan berkongsi cerita. Ia satu hakikat yang pahit untuk ditelan.
"Hah, Kak Humaira tahu tak abang sakit ni? Larat ke abang drive? Kenapa tak ajak Ain teman abang?" tanya Alia risau melihat wajah Khai yang pucat.
"Kak Humaira? Macam lah dia kisah kalau abang beritahu pun. Tak apalah, sikit aje ni. Abang kan sado! Hahaha." Khai sengih. Alia tertawa kecil.
"Okey lah abang Khai. Jaga diri. Alia pergi dulu. Assalamualaikum." Alia terus membuka langkah sebaik salam dijawab.
*******
Khai terbaring di sofa ruang tamu. Demamnya masih belum kebah walaupun sudah menelan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor. Khai tidak mahu mempersoalkan ujian sekecil itu kerana ubat-ubatan hanya asbab kesembuhan, yang Maha Menyembuhkan segala penyakit cuma Allah. Khai membasahkan tuala kecil yang diletakkan di atas dahinya entah untuk kali keberapa. Sungguh badannya sangat lemah untuk bergerak kemana-mana. Dia hanya bangun dari sofa apabila mahu solat sahaja. Jika dia memerlukan sesuatu,dia hanya perlu melaungkan nama Ain yang menjadi jururawat tidak berbayarnya selama 3 hari itu. Itulah gunanya seorang adik perempuan, kan? Nak harapkan isteri, tak ada isteri lagi. Yang ada cuma cik tunang yang garang macam singa.
Khai mengerli jam di dinding. Jarum jam menunjukkan angka 3 petang. Dia terasa mahu melelapkan mata sebentar sebelum asar menjelma. Baru sahaja ingin menutup kelopak mata, kedengaran lagu Baby nyanyian Justin Bieber dinyanyikan oleh telefon bimbitnya. Khai meniti skrin telefon bimbit itu. Tertera nama 'Nenek Kebayan' di skrin. Sengaja dia letak nama itu sebagai panggilan untuk Humaira yang suka membebel macam mak nenek. Kalau Humaira tahu, mesti kena belasah sampai lumat. Cari nahas betul kau, Khai.
"Ya, nak apa?" soal Khai sebaik sahaja telefon bimbit dilekapkan di telinga.
"Waalaikumussalam." perli Humaira.
"Sepatutnya kau yang bagi salam." jawab Khai geram.
"Aku tak sempat cakap apa-apa lagi kau main terjah je. Salah aku ke?" soal Humaira tidak puas hati.
"Eleh, kalau kau salah sekalipun, kau tetap akan menang. Perempuan memang complicated." jawab Khai malas.
"Whatever. Kau dah makan ubat belum ni?"
"Buat apa aku nak makan ubat?"
"Khai, kau kena makan ubat kalau nak sihat." pesan Humaira tegas.
"Aku tak sakitlah. Kau call aku ni semata-mata nak ingatkan aku makan ubat ke?"
"Jangan tipu aku. Aku tahu kau demam dah 3 hari, kan?"
Khai merengus. "Ini mesti Ain bagitahu kau kan?"
"Mestilah. Selain daripada jadi jururawat tak berbayar kau, dia juga reporter tak berbayar aku." ujar Humaira bangga kerana bakal adik iparnya itu akan sentiasa menyebelahinya.
"Apa-apa sajalah. Aku tahu jaga diri sendiri. Anything else?"
"Amboi, berlagak. Kalau perlukan apa-apa, jangan malu bagitahu aku. I'm your fiance, tahu?" Ops, tak sempat nak tapis dah terlepas cakap. Kau dah kenapa Humaira?!
Ketawa Khai meledak. "Woahh, dah tak malu mengaku tunang orang eh sekarang?" usik Khai. Terhibur betul hatinya. Terasa hilang sekejap sakit yang ditanggung.
Di hujung talian, si gadis sudah menyembamkan muka di bantal. Mujur saja Khai tiada di hadapannya ketika itu, jika tidak mana mahu disorok mukanya? "Err... Get well soon. Assalamualaikum." Humaira terus menamatkan panggilan. Sungguh dia benar-benar malu dengan Khai. Mulut ini pun satu, kenapa tiba-tiba mengkhianati tuan sendiri? 
Humaira sedar bahawa dia perlu menjaga batas walaupun mereka sudah mengikat tali pertunangan. Tunang bukan tiket untuk mereka bebas ber-ikhtilat dengan alasan mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Selagi belum ada ikatan yang sah, tidak perlu bermanis bergula macam suami isteri. Humaira tahu ada masanya dia pasti akan melakukan kesilapan tetapi dia tidak mahu melakukan kesilapan yang sama. Maruahnya harus dijaga untuk lelaki yang halal.
"Humaira, you owe me an explanation." Amira yang sedang bersandar di pintu memandang tepat ke arah Humaira untuk meminta penjelasan. Dia yakin telinganya masih berfungsi dengan baik untuk mendengar setiap butir bicara Humaira sebentar tadi.
Humaira yang tadinya berada dalam kedudukan meniarap di atas katil terus membetulkan duduk apabila suara Amira menjengah gegendang telinga. Oh my Allah, habislah aku!
"Amira! Sejak bila kau berdiri dekat situ?" soal Humaira dengan nada suara yang bergetar. Bukan apa, dia cuma risau jika status dirinya terbongkar di hadapan Amira. Kalau boleh dia tidak mahu menghebohkan tentang pertunangannya dengan Khai selagi mereka belum halal.
"Sejak aku terdengar kau mengaku yang kau itu tunang orang." balas Amira tanpa riak.
"Err..."
"Babe! Kau bertunang dengan Aizad ke?" soal Amira teruja. Tiba-tiba sahaja dia meloncat naik ke atas katil Humaira.
"Bukanlah!" tegas Humaira menafikan. Dia tahu pasti ramai yang menyangka bahawa hubungannya dengan Aizad akan kembali terjalin. Namun dia akur bahawa bukan itu yang Allah takdirkan untuknya.
"Habistu dengan siapa?" Riak wajah Amira menunjukkan betapa dia tidak sabar untuk mengetahui gerangan lelaki yang akan menjadi suami kepada sahabatnya.
Humaira menunjukkan cincin di jari manisnya. "Adam Khairul."
******
"Adik nak beli apa lagi?" tanya Aizad kepada Alia yang kelihatan sedang mencari sesuatu.
"Err... Abang nak makan tak? Adik lapar." Alia tersengih. Tercengang Aizad dibuatnya. Patutlah asyik pusing tempat sama aje. Cari restoran rupanya.
"Abang pun lapar. Jomlah kita makan kat situ." ujar Aizad lalu menarik tangan Alia ke sebuah restoran.
Alia menongkat dagu sambil merenung wajah Aizad yang sedang melihat menu. Sungguh dia merindui Aizad yang dulu - sentiasa melayannya dengan baik dan tidak akan meninggikan suara kepada mama dan papa. Berbeza sungguh dengan Aizad yang sekarang - panas baran dan suka merendahkan orang lain. Walaupun ada masa Aizad akan bersikap baik dengannya namun rasanya tetap tidak sama. Aizad yang dulu dan sekarang tetap dua individu yang berbeza.
"Dah puas tilik muka abang?"
Alia tersedar dari lamunan. Wajah serius Aizad dipandang dengan sengihan. "Rindu nak keluar berdua dengan abang."
"Sekarang kita tengah keluar berdua kan? So use it wisely. Selepas ini abang tak janji akan ada masa untuk adik. Kalau asyik tilik muka abang je tak guna juga." balas Aizad tanpa perasaan.
Alia tersenyum nipis. Dia tidak terguris dengan sikap kasar Aizad kerana sudah menjadi kebiasaannya. "Abang tak keluar dengan abang Khai dah ke?"
"Khai mana?" Aizad mengangkat muka dari melihat menu di tangannya.
"Khairul, yang haritu datang rumah..."
"Oh, that weirdo! Malaslah, dia itu membosankan. Tak habis-habis dengan benda alah kayu beroda dia itu." kata Aizad sinis.
"But he is your bestfriend. Dia yang..."
"Adik, can we just stop talking about him and eat? Order pun tak lagi ni. Boleh kenyang ke kalau cakap pasal mamat tu?" soal Aizad kasar. Matanya mencerlung tajam memandang Alia.
Alia tertunduk apabila disergah sebegitu. "Sorry, abang. I just want to remind you that he is your everything, dunia wal akhirah."
Aizad menghentak meja perlahan. "If you don't stop then let's go home. You are wasting my time, kid. So how, you still want to mention his name in front of me or what?" Sepasang mata biru itu menikam tajam mata milik Alia.
"Sorry..."
"Okay good. What do you want to eat?" Aizad kembali melihat menu di hadapannya.
"Aizad Hakim?" Satu suara menyapa lembut.
Aizad dan Alia menoleh ke arah suara itu. Seorang gadis bertudung labuh dan berkulit putih mulus berdiri di tepi meja mereka. Alia mengukir senyuman manis.
"Ya, saya Aizad. Awak siapa?" tanya Aizad hairan. Dahinya berkerut melihat gadis itu. Gadis itu mempamerkan riak wajah terkejut. Aizad tak ingat dia? Heh. Kalau benci aku sekalipun, janganlah buat-buat lupa.
"Saya Shazleen Ilyana. Awak tak ingat saya ke?" soal Shazleen. Dia mengawal perasaan geramnya. Dua tahun mereka tidak berjumpa, sekarang bila sudah di hadapan mata, begini pula jadinya. Aizad terdiam. Dia mengerli Alia tanda menyuruh Alia berkata sesuatu.
"Err... Maaf Kak Shazleen. Abang Aizad amnesia. Dia tak boleh ingat sesiapa. Kakak kenal dia?" sampuk Alia. Risau juga dia. Manalah tahu Shazleen salah orang.
Sekali lagi Shazleen terkejut. Amnesia? Ya Allah.
"Ya, saya kenal dia. Kami satu sekolah dan satu kolej dulu. Awak Alia kan?" soal Shazleen untuk memastikan ingatannya mengenai Alia tidak silap. Mustahil dia tidak tahu bahawa Alia adalah adik Aizad. Dulu ketika dia tergila-gilakan lelaki itu, hampir semua perkara mengenai lelaki itu dia tahu.
"Ya saya. Sila duduk kak." pelawa Alia. Dia menepuk kerusi di sebelahnya. Shazleen melabuhkan duduk di sebelah Alia. Dia beristighfar dalam hati kerana berfikir buruk tentang Aizad tadi.
"Alia boleh ceritakan dekat saya macam mana Aizad boleh amnesia?" tanya Shazleen. Pandangannya jatuh kepada Aizad yang sibuk menatal skrin telefon bimbit seolah-olah dirinya tidak wujud di situ. 
Alia turut memandang Aizad yang tidak menghiraukan kehadiran Shazleen. "Abang Aizad kemalangan 3 minggu lepas. Seminggu abang koma. Then bila sedar je doktor kata dia amnesia." jelas Alia.
"Allahu, kesiannya. Maafkan saya."
"Tak apa." Alia tersenyum nipis.
"Aizad, saya doakan semoga ingatan awak pulih dan dapat ingat semua orang yang sayang awak." ujar Shazleen dengan harapan Aizad menumpukan perhatian kepadanya.
Aizad menengadah memandang wajah Shazleen. "Thanks." Pandangan kembali ditala pada telefon bimbit di tangan.
Sikap Aizad itu membuatkan Shazleen berasa meluat. Tiada bezanya sikap Aizad terhadapnya dulu jika dibandingkan dengan sekarang. Aizad tetap melayannya dengan buruk. "One more thing, I'm sorry for all my wrongdoings. Dua tahun saya cari awak untuk minta maaf. Alhamdulillah, lega saya dapat jumpa awak di sini."
"Saya maafkan." jawab Aizad ringkas tanpa memandang Shazleen.
"Okey lah Alia. Saya balik dulu. Saya gembira dapat jumpa Alia dengan Aizad di sini. Assalamualaikum." Shazleen bersalaman dan berlaga pipi dengan Alia kemudian terus menapak keluar dari restoran itu. Alia hanya melihat Shazleen meninggalkan meja mereka. Serba salah mulai menyelebungi diri. Entah sudah berapa ramai hati manusia yang Aizad telah sakiti. 



Ehem hai assalamualaikum! Miss me? Ehee       

Ehem hai assalamualaikum! Miss me? Ehee. Sorry sebab tak update. Lys tengah final exam sampai Isnin depan. Doakan lys dapat 4 flat, tau? Aamiin kan cepat! xD 
Ini pun lys curi masa untuk update bila baca komen korang dekat previous chappy. Thank you sooo much for your support! Eh, korang tak rasa ke cerita ni klise? Kenapa korang baca juga eh? Hahah. Lys cuba yang terbaik supaya tak klise. Buktinya korang tak sangka pun kan Humaira pilih Khai? Ke dah ada yang dapat agak? Kalau ada memang peka betullah korang! Sikit lagi gais nak habis. Tunggu lys habis final then lys tamatkan secepat mungkin okey? Rajin-rajinkan tangan korang tekan star button tu tau!
Apalagi nak cakap eh. Rasa macam syok sendiri pula haha. Dont forget to follow me on instagram @hanisalysa Nak kenal ke atau nak tanya soalan peribadi ke boleh tanya kat insta k. Jaga kesihatan korang, musim hujan ni jangan main hujan pula. Kang ada yang demam jadi geng Khai haha xD
Lastly, lys harap korang tak anggap HIJRAH cuma kisah cinta semata-mata. Lys nak kita sama-sama refleks diri sendiri- sejauh mana hijrah kita, kita jaga tak pergaulan, aurat dan paling penting hubungan dengan Allah. Korang jangan ingat bila kita hijrah terus dapat kahwin dengan orang soleh, hidup bahagia ke takkk. Hijrah tak semudah yang korang sangka. Tapi jangan takut untuk berhijrah okey? Buat korang yang sedang berhijrah menjadi lebih baik, semoga Allah beri korang kekuatan dan sentiasa istiqamah. Fighting!

Comments

Popular posts from this blog

FREE PRINTABLE MUTABAAH AMAL

AKU CINTA RAMADHAN!

CERPEN : BAGAIMANA AKHIRNYA AKU JATUH CINTA