HIJRAH BAB 12
AKHIRNYA hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Dua buah keluarga berkumpul di rumah Humaira untuk mendengar keputusan gadis itu. Puan Sofia menolak daun pintu bilik Humaira. Kelihatan Humaira masih bertelekung di sudut biliknya. Gadis itu sedang khusyuk berdoa memohon kekuatan untuk mengumumkan keputusannya nanti. Puan Sofia hanya menanti Humaira di birai katil. Dia juga tidak pernah lupa mendoakan yang terbaik untuk anak kesayangannya itu.
"Humaira, mereka semua dah sampai." ujar Puan Sofia sebaik Humaira bangun untuk melipat telekungnya.
Humaira hanya mengangguk. Dalam hati tidak putus-putus dia berdoa agar dia diberi kekuatan oleh Allah. Humaira yakin pasti akan ada yang terluka dengan keputusan itu nanti. Humaira turun ke tingkat bawah diiringi oleh Puan Sofia di sisi. Dari tangga lagi sudah kedengaran keriuhan suara-suara di ruang tamu.
Sebaik tiba di ruang tamu, Humaira mengukir senyuman manis kepada para tetamu. Detak jantung terasa laju daripada biasa. Dia bersalaman dengan Makcik Amnah, Datin Zahra, Ain dan Alia. Humaira mencari kelibat Khai. Apabila pandangannya bertemu dengan mata milik Khai, lelaki itu menyapa dengan gerak bibir 'hai'. Humaira sekadar mengangguk. Matanya kembali mencari seseorang. Dia mulai gelisah apabila dia tidak melihat batang hidung Aizad di situ.
"Humaira cari Aizad ke? Dia masih dalam perjalanan dari Rawang. Katanya ada hal di sana." kata Datin Zahra apabila jelas kelihatan kegelisahan gadis itu dari raut mukanya.
"Oh, baiklah. Jemput semua makan dulu sementara menunggu Aizad." pelawa Humaira. Allahu, gugupnya rasa!
Beep beep. Satu pesanan ringkas masuk ke dalam telefon bimbit Humaira.
"Assalamualaikum. Amboi, sombongnya orang tu! Tak senyum kat aku pun. Jangan neves tau. Apapun keputusan kau, aku support. Senyum sikit, buruk betul muka berkerut macam tu! :P" -Khai
Tidak semena-mena, Humaira tergelak seorang diri. Semua yang ada di situ memandang ke arahnya termasuk Khai. "Amboi, Humaira. Belum apa-apa lagi dah senyum sorang-sorang," usik Dato Zikri.
Humaira tersengih. Matanya dijegilkan kepada Khai yang sedang mentertawakannya. Siap kau, Khai!
Tiba-tiba Datin Zahra meminta diri untuk menjawab panggilan. "Waalaikumussalam. Ya saya ibu kepada Aizad Hakim."
"Allahu Akbar! Dia kat mana sekarang?!"
"Ya Allah, abang...."
Telefon bimbit di tangannya jatuh menghempas lantai. Datin Zahra yang sudah terduduk di lantai mengejutkan semua yang ada di situ. Dato Zikri terus meluru mendapatkan isterinya yang sedang menangis.
"Kenapa ni sayang?" soal Dato Zikri risau.
"Aizad, bang. Aizad kemalangan!"
Humaira dan Khai saling berpandangan. Masing-masing terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Datin Zahra. Humaira terduduk di sofa yang berhampiran. Ya Allah, adakah kau akan ambil seorang lagi manusia dari hidupku?
*******
Seminggu Aizad Hakim koma. Dia cedera parah di bahagian kepala. Kaki kanannya pula patah. Keluarganya sentiasa menemani di sisi. Mereka bergilir-gilir menjaga Aizad. Datin Zahra tertidur di tepi katil Aizad. Seminggu anaknya koma, seminggu juga dia bersengkang mata siang dan malam untuk menjaga Aizad.
Hari kelapan. Datin Zahra sangat berharap agar keajaiban akan berlaku hari ini. Dia rindu akan suara anak bujangnya itu! Jari telunjuk Aizad bergerak sedikit. Datin Zahra terjaga apabila merasakan pergerakan dari Aizad. "Sayang," Datin Zahra mengusap ubun-ubun Aizad dengan harapan agar Aizad membuka mata.
Aizad membuka matanya perlahan-lahan. Terasa seperti baru saja dilahirkan. Dia memegang kepalanya yang berbalut. Sakit.
"Aizad dah sedar? Alhamdulillah..." Datin Zahra mengucap syukur.
"Makcik ni... siapa?" Jawapan Aizad membuat jantung Datin Zahra bagaikan ingin tercabut.
Ya Allah, ujian apa lagi ini?
Ya Allah, ujian apa lagi ini?
"Ini mama, sayang. Mama Aizad." Mata Datin Zahra berkaca. Dia menahan air mata yang bertakung dari mengalir.
"Mama? Maaf, saya tak ingat." Aizad memicit-micit kepalanya.
Datin Zahra berlari keluar dari bilik itu. Dia menangis teresak-esak.
Di luar bilik, Khai sedang menunggu di kerusi pelawat. "Makcik kenapa? Aizad dah sedar?" tanya Khai risau apabila Datin Zahra menangis.
"Dia dah sedar. Tapi...." Datin Zahra tidak mampu meneruskan kata-kata. Khai memanggil doktor untuk memeriksa Aizad.
"Saya minta maaf. Berdasarkan pemeriksaan, Aizad menghidap amnesia. Dia tak dapat ingat sesiapa. Untuk jangka masa yang sekejap atau lama, Tuhan saja yang tahu. Kemungkinan dia akan ingat semula adalah 40%." jelas Doktor Kim sebaik memeriksa Aizad.
Datin Zahra terduduk. Khai menekup mulut kerana terkejut. Dia tidak percaya apa yang didengarinya. Tak mungkin Aizad amnesia! "Aizad..."
*******
Usai mengemas rumah, Humaira merebahkan badannya ke atas sofa di ruang tamu. Siling rumah direnung sambil dalam kepalanya merancang aktiviti yang akan dilakukan selepas ini. Humaira bermain-main dengan jarinya. Dia segera bangun dari pembaringan apabila menyedari sesuatu. Kedua-dua belah tangannya diangkat ke awangan.
Tidak semena-mena rumah itu bergema dengan jeritan dari Humaira. "Oh my Allah! Mana cincin? Tercicir kat mana ya Allah..." Humaira mula mencari di sekitar ruang tamu. Hampir setiap sudut ruang tamu seluas tiga bilik tidur itu digeledah.
"Cincin, where are you? Aduh, matilah aku kalau betul hilang!" monolog Humaira.
"Kamu cari cincin ni?" tegur Mak Teh sambil menyuakan sebentuk cincin manakala sebelah lagi tangannya mencekak pinggang.
Humaira terlopong apabila melihat cincin tunangnya berada di tangan Mak Teh. "Alhamdulillah! Terima kasih Mak Teh. Saya fikir dah hilang tadi. Habislah saya kalau cincin ni hilang."
"Sayang betul kamu dekat cincin itu ya..." Mak Teh tersenyum penuh makna.
"Mestilah saya sayang! Saya tak sayang orang yang belikan tu, saya cuma sayang cincin ni aje. Mahal tau cincin ni Mak Teh!" ujar Humaira lalu menyarung kembali cincin satu permata itu ke jari manisnya.
Mak Teh menjongket sebelah keningnya. "Betul ke tak sayang encik tunang?"
Humaira terdiam. Sehingga kini, dia masih tiada jawapan untuk soalan itu. Aku sayang Khai? Hahah! Sungguh dia masih tidak percaya bahawa dia sudah menjadi tunangan orang empat hari yang lalu. Ya, Khairul Adam adalah jawapan istikharahnya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya menyanyikan lagu Doa Iman menandakan satu panggilan masuk. Nama Amira tertera di skrin. My kesayangan! Humaira menjerit dalam hati. Humaira menayang sengih kepada Mak Teh sambil menunjukkan telefon bimbitnya yang berbunyi. Yeay boleh lari dari Mak Teh!
"Sorry Mak Teh, ada orang call," Humaira tersengih. Mak Teh mengangguk faham dan berlalu ke dapur.
"Assalamualaikum. Kon'nichiwa! A genkidesu ka?" Amira menjerit ceria di hujung talian.
"Waalaikumussalam. Tak payah speaking Jepun boleh tak? Aku tak faham. Ke mana kau menghilang hah? Lepas arwah Aira meninggal kau terus pindah Jepun ikut family kau. Macam ni ya kawan." Humaira menarik muka masam walaupun tidak dapat dilihat oleh Amira.
"Alolo... Maaf sayangku Humaira. Aku rindu kau sangat!"
"Aku lagi lagi rindu kau. Jom lah jumpa? Kau kat Jepun lagi ke?"
"Aah." jawab Amira ringkas.
Humaira mengeluh kecewa. "Aku rindu gila ni. Balik lah Malaysia, please." pujuk Humaira. Selain Aira, Amira juga antara sahabat baiknya, teman sejati, cinta hati. Ahh, rindu nak lepak dengan kau dan Aira. Keluh Humaira dalam hati. Tiba-tiba rasa sebak.
"Hmm... Tak boleh lah sayangku. Aku sibuk dengan kerja kat sini. Lagipun aku mana ada sesiapa pun dekat Malaysia tu."
"Banyaklah alasan kau! Aku ni bukan sesiapa bagi kau?"
"Hehehe... Bukan itu maksud aku,"
"Ah, sudahlah kau! Aku merajuk. Nak pujuk aku senang je, balik Malaysia cepat!"
Amira ketawa di hujung talian. "Okey kejap aku datang!"
"Kau jangan..."
Tiba-tiba daun pintu bilik Humaira ditolak oleh seseorang. "Sayang, ada orang nak jumpa. Dia ada kat ruang tamu." Datin Sofia senyum dan terus keluar tanpa memberitahu tentang gerangan si tetamu.
Siapa yang datang? Khai kot. Ah, mana berani dia datang. Aku belasah karang.
"Hold on." pesan Humaira kepada Amira dihujung talian.
"Okey."
Humaira turun ke ruang tamu. Seorang gadis bertudung labuh hitam sedang duduk di sofa yang membelakanginya.
"Awak siapa?" sapa Humaira lalu duduk bertentangan dengan gadis itu.
"Konnichiwa!" kata gadis di hadapannya sebaik mengangkat muka.
"Amira?!!!" Hampir terjerit Humaira.
"Wait, ini betul ke Amira? Bukan ke kau kat Jepun?" Humaira masih tidak percaya Amira sedang berdiri di hadapannya.
"Suprise cinta hati! Kahkah. Terkejut tak? Aku baru sampai Malaysia semalam. Rindu gila kat kau. Nak peluk?" Amira tersengih.
Humaira masih tidak berganjak di tempat duduknya. "Jahat lah kau ni Amira!! Saja aje kenakan aku!!" jerit Humaira geram. Dia bangun lalu menumbuk-numbuk perlahan badan Amira.
"Sakit lah weh. Stop lah!!" jerit Amira.
"Kenapa terjerit-jerit ni?" suara tegas Dato Hamdan menegur. Spontan mereka mendiamkam diri.
"Maaf papa. Humaira geram dengan Amira ni!" Humaira memuncungkan mulutnya.
"Hai pakcik. Sihat?" sengih Amira.
"Sihat, alhamdulillah. Bila sampai Malaysia, Amira?" tanya Dato Hamdan lalu mencapai surat khabar di atas meja.
"Semalam pakcik." Amira tersenyum.
"Habistu kau duduk mana?" tanya Humaira.
"Duduk hotel lah. Rumah parents aku kan dah jual sebelum pindah Jepun dua tahun lepas." jelas Amira.
"Apa kata kamu tinggal dekat sini? Teman Humaira ni. Kasihan tak ada kawan. Yelah, dia seorang aje puteri pakcik." pelawa Dato Hamdan.
"Eh, boleh ke? Tak menyusahkan? Saya balik sebulan aje ni." segan Amira dibuatnya. Baik sangat lah Dato Hamdan ni.
"Boleh je. Duduk selama-lamanya kat sini pun boleh. Jadi anak pakcik yang kedua. Hahaha." gurau Dato Hamdan.
Humaira mengangguk tanda bersetuju dengan Dato Hamdan. "Duduk sini please?"
Amira tersenyum lebar lantas mengangkat ibu jarinya sebagai balasan. Nice, dah ada geng!
*******
"Kau ingat tak tempat ni?" soal Khai ingin menguji ingatan Aizad.
"Aku tak ingat. Selalu ke kau lepak sini?" soal Aizad kembali dengan wajah tanpa riak. Sebenarnya dia berasa agak kekok apabila lelaki bernama Khai itu datang menjemputnya di rumah. Lelaki itu mengaku bahawa dia adalah sahabat baik Aizad Hakim. Pada awalnya sukar untuk dia mempercayai Khai apabila melihat penampilan biasa lelaki itu. Iyalah, biar betul Aizad Hakim berkawan dengan orang biasa-biasa dan lepak di tempat macam ini?
"Bukan aku je. Kita yang selalu lepak sini every weekend. Kalau kau nak tahu, kita ada geng skateboard, Knight. Knight adalah kumpulan paling terkenal dekat kawasan sini. Kita pernah join banyak pertandingan skateboard dan jadi juara. Itu, kau tengok diaorang. They are so excited to meet their leader. It's you. Tapi awal-awal lagi aku pesan jangan datang dekat kau dulu nanti kau terkejut pula. Jadi nanti aku kenalkan diaorang dekat kau, okey?" jelas Khai panjang lebar. Pandangan ditala ke arah sekumpulan lelaki yang sedang bermain papan luncur.
Aizad mengerutkan dahinya. "Maksud kau, aku leader Knight? Seriously?" soal Aizad tidak percaya.
"Of course, bro. Kau paling pro sekali antara kitaorang. Kau tak percaya aku?"
Aizad senyum senget. "Aku tak sangka Aizad main benda ni semua, berkawan dengan kauorang. Hahah, kau tak rasa pelik ke?" ujar Aizad sarkastik.
Senyuman yang tadinya terukir di bibir Khai segera mati. Kata-kata Aizad seolah-olah menghina apa yang pernah mereka lakukan bersama. Selama ini dia lupakah? Oh, Aizad amnesia. Sabar Khai, depan kau sekarang bukan Aizad yang dulu. Dia perlukan masa. So, jangan ambil hati okey? Khai pujuk diri sendiri.
"Kau nak cuba main tak? Aku boleh ajar skill paling mudah." Khai berdiri. Papan luncur di tangan dihulurkan kepada Aizad yang sedang duduk.
"Aku tak berminat. Cuba kau tengok kaki aku ni. Aku baru je boleh berjalan dan kau expect aku boleh main benda alah tu? Come on, dude!" Sekali lagi, kasar. Khai menggaru belakang kepala.
"Sorry bro, aku lupa."
"Aku fikir aku je amnesia. Rupanya kau pun sama."
Khai senyum nipis. Kasarnya ayat kau, Aizad.
"Okey, aku kenalkan kau dekat princes of Knight. Guys, come here!" laung Khai.
"Khai, hidup kita macam roda papan luncur ni. Kejap kita di atas, kejap di bawah. Walau di mana kita, atas atau bawah pasti ada hikmah. Tanpa ujian tak best hidup ni. Allah sayang, Allah uji." Terngiang-ngiang kata-kata Aizad sehari sebelum Aizad terbang ke luar negara dua tahun lalu.
"Aku tahu kau kuat hadapi semua ni, Jad. Aku pun akan kuat demi kau." kata Khai dalam hati.
*gambar curi dari pakcik google*
COMPLETED 2015. UPDATED 2018.
Another chappy for you! Okey, sebenarnya chappy ni lys ubah plot lain dari yang asal. Tetiba rasa macam panjang sangat sebab 1860++ words hahah. Dann... bagi yang dah baca mesti dah tahu yang HIJRAH cuma ada 15 bab. So another two chappy then we are done!
Eh, tak tak. Lys nak tambah beberapa chappy lagi sebab lys dah ubah banyak plot in previous chappy. Dalam chappy ni pula lys tertunjuk sisi jahat Aizad muahahaha! So, nak baca tak Aizad jadi jahat balik disebabkan dia amnesia? Wait for it okey!
Do follow me on instagram @hanisalysa Gegirls only. Kalau boys follow, lys akan tapis dulu sebelum approved. Atau korang boleh dm 'hye lys i'm your reader!' mana tahu lys terus approved ke hehe. Thanks for your support, guys. May Allah bless! <3
Comments
Post a Comment