HIJRAH BAB 11




SEMINGGU KEMUDIAN...
"Humaira, petang tadi ada orang datang meminang kamu." Dato Hamdan bersuara memecah kesunyian di meja makan. Tersedak Humaira. Kunyahannya dihentikan.
"Apa?! Habistu papa cakap apa? Papa, minggu depan kan Humaira dah kena tunang dengan Khai?"
Dato Hamdan mengeluh berat. "Bila papa fikir semula, orang yang masuk meminang kamu tadi lebih baik dari Khai. Dia boleh bimbing kamu. Khai tu apa ada? Masa depan pun tak ada. Dia kerja apa sekarang? Kerja di restoran je kan? Dah kahwin nanti mesti dia kikis harta kamu, harta papa. Ilmu agama dia cukup ke untuk bimbing anak papa? Papa bukan nak hina dia, tapi ini kenyataan." Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Humaira. Walaupun dia bukannya warak sangat, tapi dia mahukan yang terbaik untuk Humaira.
"Papa! Khai tu baik lah. Cuba papa husnudzhon dengan dia? Dia tak macam yang papa sangka. Kekayaan tak penting. Dan dia bukannya mata duitan. Ilmu agama dia boleh belajar. Dia bukannya jahil sangat, pa. Lagipun haritu papa dengan mama beria-ria nak Humaira kahwin dengan Khai." Humaira mengeluh kecewa. 
"Tak. Papa dah ubah fikiran. Papa nak Humaira kahwin dengan Hakim juga. Tak ada bantahan!" kata Dato Hamdan tegas. Humaira tercengang. Datin Sofia juga.
"Abang, kita kan dah setuju? Persiapan kahwin mereka dah hampir siap. Tak kan nak cancel? Mana saya nak letak muka saya ni? Khai bukan macam yang abang sangka. Memang Hakim tu anak orang berada, cukup ilmu agama. Tapi kalau Humaira dah tak suka tak kan kita nak paksa?" celah Datin Sofia membantah.
Humaira diam. Hakim? Hakim mana ni? Kenapa kau huru-harakan hidup aku wahai Hakim? 
"Humaira, maafkan papa. Papa cuma nak kan yang terbaik untuk anak papa. Tak apa, macam ni. Esok mereka datang semula untuk dapatkan keputusan kita. Humaira jumpa dia dulu. Mana tahu Humaira kenal dia ke? Okey?" pujuk Dato Hamdan.
Humaira mengangguk perlahan. Dia bangun lalu mengatur langkah ke singki. Seleranya mati.  "Humaira masuk tidur dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." jawab Dato Hamdan dan Datin Sofia serentak. 
********
Humaira melangkah ke taman mini di tepi rumahnya. Kata papanya, lelaki yang melamarnya ada disitu. Dari jauh dia lihat dua susuk tubuh sedang bersembang. Seorang perempuan bertudung labuh manakala seorang lelaki berbaju T-shirt duduk membelakanginnya.
"Assalamualaikum." sapa Humaira.
"Waalaikumussalam." jawab mereka serentak seraya memandang Humaira. Gadis bertudung labuh yang duduk disebelah lelaki itu tersenyum manis. Lelaki bertshirt hitam itu menoleh memandang Humaira. Humaira mengamati wajah itu. Ya, familiar sangat. Macam...
"Aizad?!!" Hampir terjerit Humaira. Dia menekup mulut. Sejemput janggut di dagu Aizad buat dia hampir tidak mengenali mat salih celup itu. Aizad tersengih. Humaira bagaikan tidak percaya. Jadi Hakim yang dikatakan oleh papanya adalah Aizad Hakim? Ahh, tak mungkin! Aizad mana ada di Malaysia. Dia bermimpikah?
"Cik Humaira, duduklah. Kenapa tercegak aje?" Aizad mematikan lamunan Humaira.
Humaira duduk bertentangan dengan mereka. "Ini siapa?" tanya Humaira lalu mengalih pandangan kepada gadis bertudung labuh disebelah Aizad.
"Ini Alia. Adik aku. Alia, ini lah Humaira yang abang selalu cerita tu." Alia terus bersalaman dan berlaga pipi dengan Humaira.
"Oh... jadi ini lah bidadari yang berjaya tawan hati abang Aizad? Cantik." puji Alia sambil mencubit perlahan pipi Humaira. Humaira tersipu malu. Aizad ketawa. Suka melihat Alia menyakat Humaira.
"So, straight to the point. Sudi tak kau jadi isteri aku?" Aizad kembali serius.
Humaira tersentak. "Tapi aku.."
"Ya, aku tahu minggu depan kau akan bertunang dengan Khai. Tapi aku tahu kau tak suka dia kan? Dua hari lepas aku dapat tahu dari mulut Khai sendiri yang dia akan bertunang dengan kau, aku terkejut. Sebelum ni aku ada suruh parents aku masuk meminang kau bila aku dah balik Malaysia. Lepas aku dapat tahu je kau akan bertunang dengan Khai, aku suruh parents aku cancel. Tapi bagi aku, selagi kau tak kahwin dengan Khai, aku masih ada peluang. Jadi aku tanya lagi sekali, sudi tak kau jadi isteri aku?" ucap Aizad lembut. Matanya penuh dengan harapan agar Humaira menerimanya.
Wajah Aizad direnung tajam. "Kau tahu tak apa kau dah buat ni?"
Aizad mengerutkan dahi. "Aku sedang cuba dapatkan hati kau balik. Salah ke?"
"2 tahun kau belajar di luar negara. Kau kata nak dalami ilmu agama kan? Kau tak belajar ke haram hukumnya melamar wanita yang sudah bertunang?" Humaira mengingatkan. Dia mulai ragu-ragu dengan kemampuan Aizad untuk membimbing bakal isterinya nanti.
Aizad terdiam. Dia beristighfar panjang. Kerana ego dan rasa cemburu kepada Khai, dia lupa hukum Tuhan. Apa kau dah buat ni, Aizad? Tapi tak mungkin dia akan biarkan Humaira menjadi milik Khai.
"Tapi kau masih cintakan aku kan?"'
"Siapa cakap? Perasaan tu dah lama terkubur, Aizad."
"Kau suka Khai?"
Humaira tidak membalas. 
Aizad tersenyum sinis. "Kau suka Khai."
"Sudahlah. Aku rasa kau dah tahu apa jawapan aku."
"Khai yang paksa kau kahwin dengan dia ke?" tegas Aizad menyoal. Dia masih belum berpuas hati.
"Astargfirullah... Kau sedar tak yang Khai tu kawan kau? Cinta dah butakan hati kau sampai macam ni sekali ke Aizad?" Humaira benar-benar kecewa dengan sikap Aizad. Dia lihat seperti tiada sebarang perubahan dalam diri lelaki itu.
"Heh, kawan. Kawan tikam belakang maksud kau?"
"Abang, stop it. Mari balik." Alia mencelah apabila melihat keadaan semakin tegang. Alia juga terkejut dengan perubahan sikap Aizad.
 "Jadi kau pilih Khai?" soal Aizad lagi.  
"Cuba kau letak diri kau dekat tempat aku. Aku perempuan. Pilihan aku menentukan masa depan aku nanti. Kau tahu, aku kena jaga tiga hati. Hati mama aku yang nak aku kahwin dengan Khai, papa aku yang nak aku kahwin dengan kau. Dan Makcik Amnah, ibu Khai. Harap sangat kitorang kahwin. Aku tersepit ditengah antara korang. Kahwin ni bukan benda main-main. Tak kisah lah kau ustaz, sheikh, habib sekalipun, semua tu tak penting bagi aku." kata Humaira agak tegas. Dia tidak suka dipaksa begini.
"Okey, aku minta maaf. Tapi aku harap sangat kau istikharah semula. Aku nak tahu jawapan kau dalam masa seminggu lagi. Please..."
"Aku perlukan masa. Tolong faham. Serahkan semua pada Allah. Kalau kita bukan jodoh, belajar untuk redha. Percayalah, ada yang lebih baik dari aku. Assalamualaikum." Humaira terus berlalu masuk ke dalam rumahnya.
**********
"Aizad datang rumah aku minggu lepas." Khai terkejut. Suara Humaira kedengaran lain dari selalu. Dia menangiskah?
"Dia kata bulan depan baru dia balik? Dia buat apa dekat rumah kau?" Kepala Khai mulai mencipta seribu satu persoalan.
"Dia datang masuk meminang aku." suara Humaira mendatar.
Khai terkejut. Hampir saja telefon bimbit di tangan terlepas. Bukan haram ke meminang tunangan orang? Apa Aizad dah buat ni?
"Baguslah tu. Terima je. Tak payah lah kau kahwin dengan aku. Itu yang kau nak kan?" Khai senyum. Timbul rasa sebak dihati. Kenapa aku rasa macam susah nak lepaskan Humaira?
"Tapi aku tetap kena kahwin juga. Dengan Aizad pula tu." Humaira merengus geram.
"Bukan itu yang kau nak ke? Kau kan suka dia?"
"Benda dah lepas, Khai. Aku tak nak ingat balik. Dua tahun, aku dah lupakan semuanya."
"Jadi keputusan kau?" Khai tidak sabar ingin tahu. Dia redha jika Humaira memilih sahabatnya, Aizad.
"5 hari lagi kita nak bertunang, betul tak? Persiapan tunang dengan akad nikah hampir siap. Kau rasa patut cancel ke?"
Soalan dijawab dengan soalan. Khai tersengih. "Kau kan kaya. Benda kecil je tu. Cancel jelah. Lagipun kau sesuai dengan Aizad. Dia kaya, setaraf dengan kau. Dia berpendidikan. Lelaki idaman malaya tu. Aku apa ada? Kerja pun tolong mak aku kat restoran je. Ilmu agama aku cetek. Aku tak yakin boleh bimbing kau. Diri aku sendiri pun tunggang langgang." Khai cuba meyakinkan Humaira supaya memilih Aizad.
"Dia suruh aku istikharah."
"Kalau itu yang terbaik, buatlah. Aku okey je kalau kena tangguhkan pertunangan kita. Nanti aku bincang dengan ibu dan Makcik Sofia." balas Khai tenang.
Humaira sudah mati akal. Geram juga dia dengan Khai yang kelihatan tenang seperti tiada apa yang berlaku.
*********
Makcik Amnah melabuhkan duduknya di hadapan Khai. Wajah anak lelakinya itu dipandang sekilas sebelum dia mula melipat longgokan pakaian di sebelahnya.
"Apa benda penting yang kamu nak bincang dengan ibu tu?" Makcik Amnah memulakan perbualan. Khai mematikan telefon bimbitnya untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam perbualan itu.
"Along rasa nak cancel pertunangan dengan Humaira sabtu ni." ujarnya dengan sekali nafas.
"Along cakap apa ni?!" Seperti yang diagak, Makcik Amnah pasti naik angin apabila mendengar keputusannya. Tangan wanita itu yang tadinya lincah melipat pakaian segera terhenti.
"Ibu, dengar dulu along jelaskan. Along bukan nak batalkan terus, along cuma nak tangguhkan. Along nak beri sedikit masa lagi untuk Humaira. Along tak nak dia silap pilih. Kalau dia pilih orang lain yang lebih layak daripada along, along happy. Tapi kalau dia pilih along yang sememangnya tak ada apa-apa ni, along takut dia tak bahagia dengan along. Along harap ibu faham dan support apa saja keputusan along." jelas Khai dengan harapan ibunya mengerti.
Nafas dihela berat. Kepala digeleng perlahan dengan sikap Khai yang sentiasa merendah diri tetapi lansung tidak fikirkan hati sendiri. "Along tahukan Humaira tak pandang apa yang along ada, tapi dia pandang kesungguhan along untuk miliki dia? Kalau along tak tunjuk langsung effort untuk miliki dia, mestilah dia akan pilih orang lain."
"Along percaya apa yang Allah dah rancang untuk along."
"Ya, ibu tahu. Tapi tanpa usaha tak akan merubah apa-apa, along. Ibu tahu kamu setuju ibu nak kahwinkan kamu dengan Humaira bukan cuma sebab kamu nak taat pada ibu, tapi sebab kamu cintakan Humaira. Betul tak tekaan ibu?"
Khai menundukkan pandangannya. Malu. "Tekaan ibu mana pernah tak tepat."
Makcik Amnah tertawa kecil. "Ibu izinkan kamu tangguhkan pertunangan itu. Tapi ibu berharap pertunangan itu tak terbatal terus. Ibu sayangkan Humaira macam anak ibu."
"Insya-Allah, ibu. Kita tunggu keputusan Humaira seminggu lagi."

COMPLETED 2015. UPDATED 2018.
HAPPY READING! DO FOLLOW ME ON INSTAGRAM @hanisalysa TAPI GEGIRLS JE TAU. KALAU BOYS FOLLOW LYS KENA TAPIS DULU SEBELUM APPROVED. KINDLY DM ME SAY 'HI LYS I'M WATTPADERS' MANA TAHU LYS APPROVED THEN FOLLOWBACK HEHE.
THANK YOU FOR YOUR SUPPORT GUYS! <3

Comments

Popular posts from this blog

FREE PRINTABLE MUTABAAH AMAL

AKU CINTA RAMADHAN!

CERPEN : BAGAIMANA AKHIRNYA AKU JATUH CINTA