HIJRAH BAB 10



HUMAIRA pandang Khai. Khai segera mengalihkan pandangan ke tempat lain untuk mengelakkan bertemu mata dengan Humaira yang kelihatan seperti mahu menelannya.
"Aku pelik, macam mana mama aku boleh kenal ibu kau?" Humaira geram melihat Khai yang hanya beriak tenang.
"Entah. Yang aku tahu, ibu aku cakap dorang dah lama kenal. Dia tak sangka kau anak kawan baik dia sendiri. Sebab tu dia pinang kau. Salah kau lah. Siapa suruh selalu datang rumah aku." Khai menjeling.
"Eh, apa pula? Kalau tak sebab adik kau si Ain ni ajak aku, tak ingin aku datang rumah kau. Heh." Humaira menarik muka masam. Badan disandarkan ke belakang.
"Hah, dah mula dah suami isteri ni gaduh. Cuba bawa bincang elok-elok?" sakat Ain yang dari tadi tidak bersuara.
"Ain!!" marah Humaira dan Khai serentak. Ain tersengih.
"Jangan marah-marah, nanti cepat tua. Kak Humaira, masin kan mulut Ain? Dulu Ain ada cakap mana tahu Kak Humaira jadi kakak ipar Ain. Alhamdulillah termakbul. Hahaha." sakat Ain lagi.
Humaira menjeling geram. "Adik, tolong lah abang. Pujuk ibu batalkan pertunangan kitorang. Please?" rayu Khai.
"Tak nak. Ain nak Kak Humaira jadi kakak ipar Ain. Kalau Ain tolong abang, musnahlah harapan Ain dengan ibu." Ain menjelir lidah. Khai mengeluh berat.
"Haishh... Ada adik pun tak boleh harap." Khai meraup rambutnya ke belakang. Serabut.
"Ain, tolong lah. Akak tak baik pun. Ramai lagi lebih baik dari akak. Akak tak nak kahwin dengan Abang Khai poyo tu. Please?" Humaira menggenggam kedua tangan Ain erat.
"I say no, means no!" Ain menggeleng laju.
"Sampainya hati...." Humaira rasa ingin meraung.
"Khai, please buat sesuatu." rayu Humaira.
"Kau nak aku buat apa? Aku tak boleh fikir langsung tahu tak?! Serabut gila doh." Khai meletakkan kepalanya di atas meja.
"Okay macam ni. Balik nanti, kau pujuk ibu kau lagi sekali, aku pula pujuk mama aku. Kalau tak berjaya juga, tak boleh buat apa lah." Humaira mengeluh berat.
"Okay aku cuba. Ain, jom balik." Khai berdiri. Kunci kereta dikeluarkan dari poket seluar.
"Kau balik naik apa? Jom aku hantarkan." pelawa Khai.
"Tak payah. Aku datang naik teksi, balik naik teksi lah."
"Kau ni harap je orang kaya. Tapi hidup macam orang miskin. Pelik aku tengok kau. Jom lah aku hantar. Bahaya sorang-sorang." Khai tetap memaksa.
"Jom lah Kak Ain." pujuk Ain.
"Aku bukan tak nak suruh driver mama aku hantarkan, tapi aku dah biasa naik teksi. Tak apalah." Humaira terus keluar dari restoran itu untuk mencari teksi. Ain mengejar dan menarik tangan Humaira masuk ke dalam kereta abangnya.
"Kau ni degillah. Kalau jadi apa-apa nanti siapa susah? Aku jugakkk..." bebel Khai.
Humaira yang duduk di tempat duduk belakang mencebik.
"Kenapa pula kau yang susah?"
"Yelah, dah kau tu kan bakal tu..." Khai mengetap bibir. Dia menampar perlahan mulutnya yang hampir terlepas cakap.
"Bakal apa?" Humaira menjongket sedikit keningnya.
"Maksud aku, kau tu dah lah perempuan. Nanti kena culik ke, bunuh ke. Aku juga kena sebab kali terakhir kau dengan aku. Ada otak tak nak guna." sindir Khai menahan malu.
"Dah dah. Aku tak nak dengar kau membebel macam mak nenek. Baik kau diam." arah Humaira. Kepalanya serabut. Macam-macam hal dia fikir. Macam mana nak batalkan pertunangan ni?
*********
"Assalamualaikum." Humaira menolak daun pintu utama.
"Waalaikumussalam. Sini sekejap, Humaira." Datin Sofia menepuk sofa di sebelahnya.
Humaira akur. Kaki diatur ke arah mamanya.
"Siapa hantar Humaira tadi?" soal Datin Sofia.
"Khai." jawab Humaira sepatah.
Datin Sofia tersenyum sebaik mendengar nama Khai. "Kamu keluar berdua saja dengan Khai?"
"Tak. Ada adik dia sekali." 
"Kenapa monyok aje muka anak mama ni?" Datin Sofia mencubit perlahan pipi mulus milik Humaira.
"Mama, Humaira kan dah cakap Humaira tak nak tunang dengan Khai. Please mama? Humaira tak ready lagi. Banyak lagi Humaira kena belajar. Masak pun tak reti." Muncung mulut Humaira. Datin Sofia menggeleng perlahan. Nampaknya Humaira masih tidak berputus asa memujuknya untuk membatalkan pertunangan itu.
"Sayang, mama bukannya nak paksa Humaira. Tapi ini untuk kebaikan Humaira juga. Mama yakin Khai boleh jaga anak mama. Mama nak Humaira berlajar berdikari. Bila dah kahwin nanti, boleh juga belajar memasak. Tak adanya Khai tu nak marah Humaira tak pandai masak. Sekurang-kurangnya bila mama dah tak ada, ada orang boleh jagakan Humaira, boleh bimbing Humaira jadi isteri solehah..." Datin Sofia mengusap lembut kepala satu-satunya cahaya matanya bersama suaminya, Datuk Hamdan.
"Mama ni... jangan cakap macam tu." Suara Humaira mendatar. Cukuplah dia sudah kehilangan satu-satunya sahabat baiknya, Aira.
"Okay, Humaira akan kahwin dengan dia. Demi kebahagiaan mama dengan papa." Humaira mengalah. Tiada apa lagi yang boleh dia lakukan. Kebahagiaan kedua ibu bapanya adalah prioritinya.
"Alhamdulillah. Macam itulah anak mama." Datin Sofia mengucup dahi Humaira.
"Okey, jom cakap pasal pertunangan Humaira. Begini, mama baru saja berbincang dengan Makcik Amnah. Kami dah tetapkan tarikh pertunangan kamu pada 13 April ini. Bulan depan terus kahwin. Boleh?" Sambung Datin Sofia. Terbeliak biji mata Humaira. Jantungnya terasa mahu melompat keluar. Nafasnya rasa tersekat-sekat. Minggu depan?! Kenapa cepat sangat? Ya Allah... 
"Sayang, kenapa muka berkerut macam tu? Tak setuju ke?"
Humaira tersengih. "Err... Humaira setuju. Persiapan setakat ini macam mana?" tanya Humaira lembut. Dia berlagak tenang. 
"Hah, yang itu Humaira jangan risau. Mama, papa dan Makcik Amnah dah uruskan. Cuma tinggal baju je. Esok ikut mama pergi beli baju ya. Bawa Khai sekali." jelas Datin Sofia. Humaira menelan air liur. 
Breathe, Humaira. Breathe...
"Okey ma. Humaira nak dress biasa je warna putih. Tak nak colourfull sampai menarik perhatian. Nanti apa yang bakal suami Humaira dapat kan?" jawab Humaira malas. 
Datin Sofia tersenyum. Dia faham sangat citarasa Humaira sekarang. Anaknya itu sudah jauh berubah. Bila keluar rumah langsung tak nak pakai baju yang terang. Mula-mula dia agak keberatan dengan perubahan Humaira. Datuk Hamdan juga. Bila difikirkan, itu yang terbaik buat Humaira. Selama ini, mereka salah mendidik Humaira. Sebaik-baik perancangan, perancangan Allah lebih baik. Jika dulu dia malu bila kawan-kawan setaraf dengannya mengejek penampilan anaknya, sekarang tidak lagi. Pedulikan apa orang kata, pekakkan telinga.
"Okey mama faham. Dah, pergi mandi. Dah nak masuk maghrib ni. Kejap lagi papa balik." Datin Sofia mulai mengatur langkah ke biliknya.
"Okey mama." Humaira senyum tawar.
********
"Dah cukup dua tahun kan kau kat sana? Bila nak balik Malaysia? Aku rindu..." Khai ketawa. Gay ke macam tu? Itu namanya Ukhuwah Fillah. 
"Good news, aku balik bulan depan. Aku rindu kau juga bro. Rindu nak main skate sama-sama. Hah, apa benda penting yang kau nak beritahu aku tadi?" tanya Aizad bila menyedari sudah lima minit mereka sembang kosong.
Khai mengetap bibir. Dia takut. Pasti Aizad akan marah dan membencinya bila mengetahui dia akan berkahwin dengan Humaira tidak lama lagi.
Ya Allah, bantu aku. Khai membisu. Lama.
"Khai? Kau ada kat sana lagi tak? Hello?!" panggil Aizad separuh menjerit.
Khai tersedar dari lamunan. "Err... ya ya, aku ada ni." 
"Hah, apa yang kau nak cakap tadi?" Aizad tidak sabar ingin tahu.
"Aku akan berkahwin tak lama lagi." 
Suara dihujung talian menjerit dengan nada teruja. "Woahh! Siapa gadis yang berjaya curi hati sahabat aku ni?" 
"Sumpah aku tak sabar nak tengok kau kahwin, dude. Kebetulan pula aku dah nak balik sana, boleh lah aku tolong apa yang patut. Diam-diam ubi berisi kau ya?" Sambung Aizad ceria.
Jeda. Peluh membasahi dahi Khai.
"Khai... siapa gadis bertuah tu?"
"Jad, aku minta maaf..." 
"Tadehal, bro. Kau tak bagitahu awal-awal je, bukannya tak invite aku terus. Tapi kenapa kau macam tak happy je ni? Ada masalah ke?"
"Bukan..." Perlahan nada suara Khai. Dia masih tidak bersedia untuk memberitahu Aizad.
"Habistu kenapa? Takde financial problem kan? Kalau ada aku boleh je support."
"Semua dah settle, Jad. Tunggu kau balik aje ni." Khai tertawa kecil sekaligus menceriakan suasana yang mulai tegang.
Aizad turut ketawa. "Ya, aku balik lah nanti. Tapi aku still tak puas hati. Ada masalah apa ni?"
"Aku akan berkahwin dengan Humaira." kata Khai dengan sekali lafaz. Difikirannya sudah membayangkan apa reaksi Aizad nanti.
"Hahaha. Kau bergurau kan?" Aizad ketawa dihujung talian. 
"Jad, aku minta maaf sangat. Aku serius. Aku tak tipu." Khai memejamkan matanya. Tiada respon dari Aizad. 
"Aizad, aku minta maaf. Maafkan aku." Masih tiada respon walau talian masih bersambung.
"Aku tahu kau sakit hati. Aku faham kau perlukan masa. Aku akan jelaskan semuanya nanti bila kau balik. Jad, kau dengar kan?"
Jeda lagi. Khai menghela nafas berat. "Aizad..."
Tutt.. tutt..
Khai melihat skrin telefon bimbitnya. Aizad telah menamatkan  panggilan. Perasaan bersalah semakin menyelubungi diri.

HAI SEMUA! KORANG RASA AIZAD AKAN MAAFKAN KHAI TAK? JADI TAK KHAI KAHWIN DENGAN HUMAIRA? APA LAGI KORANG TUNGGU TU? VOTE CEPAT BARULAH LYS SAMBUNG UPDATE MUAHAHAHA!
ADIOS~

Comments

Popular posts from this blog

FREE PRINTABLE MUTABAAH AMAL

AKU CINTA RAMADHAN!

CERPEN : BAGAIMANA AKHIRNYA AKU JATUH CINTA