HIJRAH BAB 14


TEMPOH berbaki lima hari lagi sebelum Humaira bertukar status kepada title isteri. Takut, berdebar, dan teruja jangan tanyalah. Sehingga tidak lena tidur Humaira dibuatnya kerana memikirkan perkahwinan yang semakin hampir. Semua persiapan sudah pun seratus peratus siap cuma tinggal menyerahkan semua urusan kepada Allah agar majlis itu berjalan dengan lancar. Selama seminggu ini, Humaira langsung tidak menghubungi Khai. Biarlah hari istimewa itu nanti yang mempertemukan mereka.
Keindahan tasik menjamah ruangan mata. Humaira dan Jasmin sedang duduk di bangku menghadap tasik di hadapan mereka. Seperti biasa, tasik adalah tempat kegemaran mereka berdua. Mungkin kedai buku adalah tempat di mana kali pertama mereka bersua muka namun tasik pula menjadi tempat mereka untuk saling bertukar cerita. Hari ini Humaira akan memberitahu Jasmin bahawa statusnya akan berubah dalam masa lima hari lagi. Agak lama mereka tidak bertemu kerana Jasmin baru sahaja pulang dari kursus di Johor.
"Berseri-seri muka adik akak sekarang. Ada apa-apa ke?" usik Jasmin seperti dapat menghidu ada sesuatu yang Humaira rahsiakan dari pengetahuannya..
Humaira tertawa kecil. Haila, Jasmin ini pun satu! Orang baru je nak buat suspen. Sekeping kad berwarna keemasan dikeluarkan daripada tas tangan lalu dihulurkan kepada Jasmin. Hulurannya bersambut. "Apa ini?" Walaupun hanya mata Jasmin sahaja yang boleh dilihat, Humaira yakin riak wajah gadis itu pasti sudah berubah.
Ukiran nama pada kad ditangannya dibaca. "Walimatulurus Humaira dan Khairul..." Mata Jasmin membulat. Kanan tangannya menekup mulut. "Humaira! Barakallahu lakum wa baraka 'alaika wa jama'a bainakuma fi khair!" (semoga Allah memberi berkah ke atas kalian serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan) Ucap Jasmin teruja. Lantas tubuh Humaira dibawa ke dalam dakapan. Sungguh dia sangat gembira dengan berita itu.
"Jazakillahu khairan, kak Mien. Datang tau jangan tak datang!" Humaira mengingatkan. Geli hatinya melihat reaksi comel dari Jasmin. Teruja sungguh sahabatnya itu.
"Insya-Allah, mestilah akak datang. Hmm... Akak kenal tak dengan jejaka bertuah itu?" soal Jasmin sambil mengingati semula jika Humaira ada memperkenalkan lelaki bernama Khairul itu kepadanya sebelum ini.
"Akak ingat tak beberapa bulan lepas masa dekat Times Square tu? Khairul, the one yang pakai baju kemeja dengan tshirt kosong kat dalam." Humaira cuba membantu Jasmin mengingati semula gerangan lelaki itu.
"Ah, yang itu. I thought Humaira dengan seorang lagi tu. Err... siapa nama dia ya? Hah, Aizad! Maafkan akak, sebab akak teringat Ain ada sebut nama dia depan akak."
"Tak apa kak. Bukan jodoh saya dengan dia." Humaira senyum nipis. Pandangan kembali ditala ke arah tasik.
"Humaira..."
"Hmm?"
"Humaira macam ada nak tanya akak sesuatu je? Tanyalah, atau ada apa-apa yang akak boleh tolong?" soal Jasmin bersedia untuk memberikan apa saja bentuk bantuan yang diperlukan oleh Humaira.
Humaira masih tidak mengalihkan pandangannya dari melihat air tasik. "Akak, macam mana kita nak tahu he is the one?" 
Jasmin tersenyum. "Kita tak akan tahu selagi dia tak salam tangan wali kita. Ada orang cakap, kalau kita nak tahu seseorang itu jodoh kita atau tidak, bila kita tengok dia, berurusan dengan dia, kita akan rasa tenang. Akak kurang bersetuju dengan pendapat tersebut. Cuba bayangkan kalau kita rasa tenang dengan setiap lelaki yang kita jumpa, adakah mereka semua jodoh kita? Semestinya tidak bukan?"
Humaira mengangguk setuju. "Betul juga tu. Kita akan tahu yang he is the one bila dia dah jadi milik kita. Betul tak kak?"
"Betul tu sayang. Kalau boleh akak tahu, apa yang membuatkan Humaira pilih Khairul?"
"Hmm... Pilihan dibuat melalui istikharah dan istisyarah. Yang sebenarnya, bukan saya yang buat pilihan. Dia adalah pilihan Allah untuk saya." Fuh, ayat skema betul. 
Menurut Ibnu Hajar Al-Asqolani (852 H), "Istikharah ialah memohon jawapan bagi dua pilihan yang terbaik, bagi orang yang hanya boleh memilih salah satu darinya sahaja."
Jawapan istikharah bukan sahaja dalam bentuk mimpi. Boleh jadi jika kita lebih cenderung terhadap satu pilihan itu tanpa ada rasa ragu-ragu, itu juga dikira sebagai jawapan. Selain istikharah, istisyarah juga penting untuk membuat satu keputusan yang pasti. Istisyarah ialah meminta pendapat orang yang berpengalaman dalam bidang tertentu. Contohnya, jika ingin berkahwin, orang yang layak untuk bertanya pendapat mereka adalah ibu bapa dan saudara mara. Namun, istikharah dan istisyarah bukan saja dilakukan bila ingin berkahwin. Bila kita perlu membuat keputusan antara dua pilihan, maka istikharah dan istisyarah adalah cara terbaik. Jawapan istikharah datangnya daripada Allah manakala istisyarah pula daripada manusia. Hikmahnya, kita dapat membuat keputusan yang terbaik dengan memenuhi kehendak Allah dan orang terdekat.
"Wah, matangnya cara Humaira berfikir. Betul lah, kita mesti lakukan istikharah dan isytisyarah sebelum membuat sesuatu keputusan. Tapi, Humaira tahu tak bahawa tanpa melakukan istikharah pun kita boleh buat keputusan yang betul?"
"Oh, iya ke? Jadi tak perlu buat istikharah pun tak apa?"
"Ya, tapi itu kalau kita yakin bahawa pendapat orang tersebut boleh diterima. Sebagai contoh ketika perang Khandaq, Rasulullah SAW menerima pendapat Salman al-Farisi untuk menggali parit tanpa melakukan istikharah terlebih dahulu. Hal ini disebabkan kerana pendapat Salman al-Farisi memang tepat, serta baginda dan para sahabat tahu bahwa Salman al-Farisi adalah seorang yang hebat dan berpengalaman dalam berperang. Jadi jika hasil istisyarah dengan orang lain dirasa sudah tepat, maka istikharah tidak diperlukan."
"Oh, begitu. Kalau masih tak yakin, barulah buat istikharah kan?"
"Betul sayang."
"Jazakillahu khair, kak Mien. Terima kasih banyak bantu saya selama ini. Doakan kebahagiaan saya dengan dia ya. Saya yakin dia dapat membimbing saya." Tubuh Yasmin didakap erat.
"Semoga dapat membina keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Akak selalu doakan Humaira." Kepala Humaira yang dibaluti tudung labuh merah jambu diusap lembut. Humaira sudah ibarat adik kandungnya. Kebahagiaan Humaira adalah kebahagiaannya juga.
*****
"Alia. Ingat pesan abang. Mama, papa. Jad sayang mama dengan papa. Maafkan salah silap Jad. Takut kita tak boleh jumpa dah lepas ni." 
"Woi, apehal kau cakap macam ni?!" 
"Aku cakap je pun. Alahai... Dah lah jangan nangis. Tak gentle doh kau ni."
"Tak ada masa lah aku nak nangis sebab kau." 
"Khai, aku bukannya baru kenal kau semalam." 
"Aku akan berkahwin dengan Humaira." 
"Hahaha. Kau bergurau kan?"
"Jad, aku minta maaf sangat. Aku serius. Aku tak tipu." 
"Aizad, aku minta maaf. Maafkan aku." 
"Aku tahu kau sakit hati. Aku faham kau perlukan masa. Aku akan jelaskan semuanya nanti bila kau balik. Jad, kau dengar kan?"
"Tapi kau masih cintakan aku kan?"
"Siapa cakap? Perasaan tu dah lama terkubur, Aizad."
"Kau suka Khai?"
"Kau suka Khai."
"Sudahlah. Aku rasa kau dah tahu apa jawapan aku."
"Khai yang paksa kau kahwin dengan dia ke?" 
"Astargfirullah... Kau sedar tak yang Khai tu kawan kau? Cinta dah butakan hati kau sampai macam ni sekali ke Aizad?
"Mama, Jad dekat Rawang ni, jumpa kawan kejap. Nanti Jad terus ke rumah Humaira."
"Okay sayang. Take care."
Aizad ingin mencapai telefon bimbit yang terjatuh di bawah kakinya. Tanpa dia sedari, sebuah lori sedang menghala ke arahnya. Belum sempat lori itu merempuhnya, Aizad sempat memusingkan stereng ke kiri. Keretanya hilang kawalan ke luar jalan raya. Aizad merempuh sebuah pokok besar lalu dia tercampak keluar menyebabkan dia terjatuh ke dalam gaung. Darah panas terasa mengalir di kepala dan anggota badan yang lain. "Allah..."  Akhirnya pandangannya menjadi gelap. 
Matanya terbuka luas. Peluh dingin membasahi dahi lelaki itu. Aizad meraup muka sambil beristighfar. Mimpi yang sama lagi sejak minggu lepas. Apakah mimpi itu petanda? Siapa gadis yang berada dalam mimpinya? Kenapa dia kelihatan sangat akrab dengan Khai? Aizad harus mencari tahu siapa dirinya yang sebenar dan apa yang berlaku sebelum kemalangan itu. Dia yakin ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh keluarganya.


 Dia yakin ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh keluarganya

Salam alayk. Maaf sebab baru updated. Laptop lys rosak sebelum ni. InsyaAllah lys cuba tamatkan hijrah ni sebelum lys habis cuti ya. Mungkin lagi 2 atau 3 chappy sebelum tamat! Tak sabar kan? Hehe. Agak-agak korang, apa Aizad buat bila tahu perkara sebenar? Jom komen jawapan korang mana tahu ada yang betul :P

Comments

Popular posts from this blog

FREE PRINTABLE MUTABAAH AMAL

AKU CINTA RAMADHAN!

CERPEN : BAGAIMANA AKHIRNYA AKU JATUH CINTA